Ini cerita tentang lemak. Aku suka nasi lemak, masak lemak pucuk manis, masak lemak cili padi ayam, udang masak lemak dan tidak juga lupa pada keju yang lemak berkrim. Tapi dalam banyak -banyak lemak, lemak kat badan ni je la yang aku tak gemar..huhu.
Baru-baru ni terbaca tentang kes bunuh manusia gemuk untuk lemak sebagai bahan kosmetik. Kejadian ni jadi kat Peru. Gilak la.. Jangan jadi kat Malaysia sudah.. Takut tu..
Baru-baru ni terbaca tentang kes bunuh manusia gemuk untuk lemak sebagai bahan kosmetik. Kejadian ni jadi kat Peru. Gilak la.. Jangan jadi kat Malaysia sudah.. Takut tu..
LIMA: Satu kumpulan penjenayah di rimba Peru membunuh orang untuk mendapatkan lemak mereka, menurut polis kelmarin.
Mereka dikatakan menyedut lemak mangsa dan menjualnya di pasaran gelap bagi kegunaan firma kosmetik.
Tiga suspek, yang diberkas awal bulan ini, mengaku membunuh lima orang untuk mendapatkan lemak mereka, kata Ketua Skuad Antipenculikan Peru, Kolonel Jorge Mejia.
Menurut beliau, suspek, dua daripada mereka diberkas ketika membawa sejumlah botol berisi lemak cecair, memberitahu polis bahawa harga lemak itu ialah AS$15,000 ($20,800) seliter di pasaran gelap.
Kolonel Mejia berkata suspek mendedahkan bahawa lemak itu dijual kepada orang perantaraan di Lima.
Meskipun polis mengesyaki lemak itu dijual kepada syarikat kosmetik di Eropah, sebarang jualan tidak dapat disahkan.
Polis menahan dua suspek, Serapio Marcos Veramendi dan Enedina Estela, di sebuah stesen bas di Lima pada 3 November lalu.
Mereka membawa satu liter lemak manusia dalam sebuah botol minuman ringan.
Maklumat yang diperolehi polis membantu operasi menangkap seorang lagi suspek, Elmer Segundo Castillejos, 29 tahun, tiga hari kemudian di tempat yang sama.
Kolonel Mejia berkata Castillejos mengaku geng penjenayah itu mengerat kepala, tangan dan kaki mangsa, mengeluarkan organ mereka, kemudian menggantung mayat pada cangkuk besi.
Mayat itu dipanggang atas lilin menyebabkan lemaknya menetes ke sebuah takung yang diletak di bawahnya.Ketiga-tiga suspek akan didakwa dengan pertuduhan membunuh, komplot jenayah, memiliki senjata api secara haram dan mengedar dadah, kata satu kenyataan Mahkamah Tinggi Lima. -- AP
Sumber dari sini
Ni kalau kat Malaysia ni maunye aku pun jadi mangsa sekali ni.. =(
1 comment:
camni smua org yg gemuk nk jd kurus ni takut kene bunuh nanti heheheh
Post a Comment