Followers

Friday, December 30, 2011

Preparation Yang Tertangguh


Walaaaaaah... dah akhir bulan 12 dah.. Beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2012.. Berapa bulan je lagi tarikh keramat tu nak sampai. kadang rasa macam lambat je lagi. Tapi bila dikira-kira balik mak hai, garu kepala pikir sempat ke tak sempat ni ha nak buat persiapan...

Kalau tengok kat facebook, tiap-tiap weekend ada member kahwin, ada je invitation untuk weekend seterusnya, tu yang rasa macam lame je lagi turn aku tu. Gamaknye, makin la liat nak mula sambung buat preparation lagi..

Tapi setakat ni, benda-benda besar kebanyakkan nye aku dah setel kan...

Booking Dewan - Done
Booking Bridal - Done
Booking Photographer - Done
Tukang Masak - Done

Tapi yang tak done nye banyaaaaaaaaaaaaaaak lagi.... Antara yang penting...

Kursus kahwin - Jangan kata pergi, booking pun belom.. Oi.. Makan hati tul ngan En Tunang tu.. Pegi sendirik kang..

Baju Nikah - Kain tak cari lagi, tailor pun haram tak jumpe lagi... duk berangan tak habis tengok majalah pengantin je.

Kad Jemputan - Ni la hai... Pun tak start lagi berusaha untuk mendapatkan nye... Padahal mak ngan orang sana dah mula berkata.. I jawab 'senyum..tak perlu kata apa-apa..' =)

Barang Hantaran - Owh.. ini banyak jugak modal nak keluar ni.. orang tu dah la demand nak macam-macam... List dah ade, tapi kaki masih belum rajin melangkah untuk mencari...

Goodies - Ini, benda ni, kadang rasa macam tak payah, tak membazir. Tapi bila pikir balik, perlu jugak... Lama duk pikir.. Nak bagi ape ye yang memberi manfaat kepada tetamu dan tidak mendatangkan pembaziran... dah ade dah dalam palaotak tapi masih memikir...

Oh itu je yang aku ingat setakat ni.. InsyaAllah bulan depan aku akan kembali bersemangat dan rajin meneruskan perjuangan yang belum selesai ini...Cewah...Hehe






Nak Jadikan Ziana Zain Sumber Inspirasi Boleh?


Ziana Zain.. Ibu kepada empat orang anak. Tapi gila ah badan dia.. Solid molid kalah anak dara kan.. Kau mampu?? Haha.. Bertuahnye badan... Tapi aku rasa, untuk dia maintainkan badan dia jadi macam ni setiap kali lepas bersalin adalah bukan senang, diet dan bersenam di samping ke pusat pelangsingan kan...

Huisss... Nak tampal gambar ni kat bilik boleh? Buat sumber inspirasi nak kurus.... huhu...

Monday, December 26, 2011

Derr... Kambing Pun Lagi Bijak Dari Lu...

Aku dekat Jb sekarang. Al maklumlah cuti lama, harus la balik jenguk mak bapak ye tak? Baru 3 minggu tinggalkan jb rasa macam lama sangat dah.. Mana tak nye, balik-balik rumah tengok anak si Kuning yang dua ekor dah besar, dah berlari-lari kemain la aktif.. Suke kakak tengok...huhu.

Ok kali ni bukan nak cerita pasal anak kucing tapi nak cerita pasal perangai manusia sorang ni yang aku baru jumpe tadi. Cam ni, sebab dah lama tak merasa cool blog kegemaran aku tu kan, so aku pun pergi la The Store area rumah tu nak beli cool blog...So sebagai manusia berakal, kakak ni pun beratur la kan nak order..

Tapi tetiba datang sorang mamat India ni ngan awek dia yang bajet gangster la sangat kan potong Q kakak terus je ke depan buat order... Hamboi hang... Tak ade adap ye.. Tapi sebagai manusia bijak yang berotak, malas la kakak ni nak bergaduh ngan dia kan... kenal sangat la perangai manusia-manusia cacat otak macam tu kan... So tengok je la kebiadapan die tu... Ape kelas kakak ni nak gaduh ngan orang cacat otak kan..

Tapi tak habis lagi die buat order, terus amoi cool blog tu sound die kan... "Hello, nak order sila beratur dulu ye..". Nak tau ape die jawab? Die jawab cam ni.. "So kalau tak beratur tak boleh order la??? " Dengan muka maha berlagak gila bababababababasssssssss punye... Ya Ampun kauuuuuu.... Nak muntah aku tengok. Pastu die ketuk meja order tu pastu terus blah...

Ape la punya manusia... Kambing nak masuk kandang pun tau beratur kan.. Ape la punya perangai... Geleng kepala je la mampu... Eh rasa cam kambing pun lagi ensem dari mamat tu tadi..haha..

Ok bye...

Saturday, December 24, 2011

Tarikh Perkahwinan Yusri Dan Lisa Surihani


Hai. Ini bukan blog gosip. Ini blog suka suka hati. Jadi suka suka hati nak update pasal cerita Yusri dengan Lisa Surihani. Ala cerita yang hari ni diorang buat pengunguman nak kawin. Excited jugak la nak tau kisah diorang ni. Tak tahu lah kenape. Bukan peminat fanatik pun ahkak ni. Tapi maybe sebab rasa Lisa dengan Yusri ni memang nampak sepadan dan sweet gitu... Daripada pengunguman perkahwinan yusri dan lisa yang aku baca kat beautifulnara, yusri dan lisa akan bernikah pada 23 februari 2012 dan majlis pulak 26 februari... Ape? 26 februari?? Sama ngan tarikh aku bertunang tu..huhu..

Ape pun aku harap sweet couple ni akan bahagia dan kekal untuk selama-lamanya.. Amin... tak sabor nak tengok majlis diorang... Mesti wedding of the year jugak kan... Mmm.. tp please please please... Kalau nak tahap weeding of the year pun, di taja bagai pun, jangan sampai baju je mewah dengan mutiara belian ke hapa benda tu kan tapi tak cukup kain... Nampak bodoh nanti... Ops.. mulut kau kan.. Leser..

Tapi betul la, jangan canang majlis juta-juta tapi kain untuk baju kahwin tak cukup nak beli sampai terpaksa buat senteng paras lulut jek... Opss.. terleser lagi... =)

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari aku ye... =).

Sunday, December 18, 2011

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Saturday, December 17, 2011

Cerita Ariff Alfian Melayu Yang Berkahwin sejenis


Cerita dan kisah Ariff Alfian pelajar tajaan Petronas yang gay, kahwin dengan mat saleh kat Dublin memang mengeramkan. Kat mana dia letak otak, hati dan perasaan dia sampai sanggup buat perkara yang memalukan dan mengaibkan keluarga macam ni.

Lagi kesian pada famly dia yang yang terpaksa bayar balik tajaan petronas sebanyak lebih 8ratus ribu yang ditarik balik sebab Ariff Alfian ni gagal tamatkan pengajian. Suka hati die je kan? Tak pikir langsung perasaan mak ayah yang membesarkan dia. Geram betul. Dah la tu, siap berbaju melayu bagai kawin sesama jenis.

Semoga Ariff Alfian ni bertaubat la cepat-cepat dan sedar apa yang dia buat sangat-sangat la salah. Ape la makna kau kecewakan mak bapak kau, famly kau, rakyat Malaysia, orang Islam demi nak puaskan hati dan nafsu kau tu.. dan semoga mak ayah Ariff Alfian ni tabah menghadapai dugaan dan ujian Allah...

Kisah

Friday, December 16, 2011

Khabar dari Blogger Yang Lama Bertapa

Asalamualaikum. Humakhai lamanya aku tak tulis blog. Lepas je bertukar wajah blog, terus senyap. Bukan sengaja. Tapi disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. OMG terasa kekok pulak jari nak menaip tiap butir kata malam ni. Maklum la dah lama tak mengarang..

Perkembangan terbaru hidup aku adalah yang pertama aku baru pindah KL. Kerja kat KL pulak. Tapi masih berada dalam company yang sama cuma jawatan je yang berbeza ni.. Alhamdullilah dah dua minggu duduk sini. Tapi first week je 5 pasang kasut yang diletak kat luar rumah kena kebas. Sadis. Kasut baru kot. Tak puas pakai lagi.. Hampeh punya pencuri.

Alhamdullilah jugak dan terima kasih kepada company yang menyediakan rumah yang sangat selesa dan cantik untuk kitorang. Rumah besar 3 tingkat, 7 bilik tapi penghuni tetapnye 4 orang je...haha. Mula-mula masuk memang seram gila babas. Tapi sekarang dah ok.. dah serasi...hehe. Sebelum pindah, bos dengan excited nye bagitau rumah ni dah siap ade oven, boleh la aku buat kek, tak payah bawak oven dari jb katanye. Haha...

Tapi sorry la, buat masa ni aku berhenti buat dan ambil tempahan kek semua. Ye la baru pindah ni sokmo sibuk. Lagi pun aku tak biasa lagi kat sini kan.. Jalan pegi opis pun ingat-ingat lupa lagi... Jalan pegi kedai makan je ingat sebab dekat..


Eh boring la entri tak de gambar... Kan? Kan? Nanti lah aku sambung cerita..huhu.. Cerita bergambar pulak lepas ni ye... Nak tido dah. Sok keje.. Tata... =)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails