Followers

Monday, April 23, 2012

My Engagement Day : Part 4


Wahaaaaaaa.... Dah setahun lebih dah majlis bertunang, dah nak nikah dah pun bulan depan, baru ni nak sambung tulis entri pasal bertunang. Hehe.. Tak pe la, kasi refresh memori sikit ye tak? Ok untuk part 4 kali ni, aku letak gambar bersama kawan-kawan ngan sedara la ye. Cerita bergambar la ye.. Yang atas ni sume bff aku la yang datang masa hari tu. Oh tak jemput ramai pun kawan-kawan sebab majlis simple je, sedara mara yang ramai.

  

Ini pulak sepupu dan anak-anak sepupu aku yang comel lote.. Happy diorang berlari ke sana sini tengok cik noy diorang kena make up hari tu. Aina pejam mata kenapa??

Sepupu dan anak sepupu jugak. Ada pipinye pakai blusher ek? Kalah blusher cik Noy tahu..


BFF lagi.. Yang hujung tu bertunang sehari lepas aku tapi dah nikah dah baru baru ni. Tunggu ye Zara, nek month kite dah sama status balik as Isteri orang. Moga-moga tukar status jadi mak orang pun sama lepas ni..hehe
 

Ok ni En Photographer suroh amek gambar yang kat meja bilik aku tu. Tu gambar muka muda ramaja tu. Lame dah. Masa tu aku baru pandai pakai ayeliner..haaaaaaaaahaaaa

Ok itu je la, rasa nak sambung part 5 pulak la jap lagi...hehe..

Sunday, April 22, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Bunga Penanggah


Hai. Bertemu kembali dalam rancangan Projek DIY oleh Bride To Be yang terlebih excited. Kali ni nak tunjuk pulak bunga penanggah yang aku buat sendiri. Simple je. Malas la nak bali yang dah siap. paling koman satu RM 1.20. Kalau dah 50 biji dah berapa kan? Huhu... Bukan kedekut, tapi tak nak membazir. Lagipun buat sendiri lagi puas dan mengikut citarasa gitu. Puas hati yang penting bila hasil tangan sendiri yang kita beri pada orang.


Ok nak kongsi kos untuk buat 50 biji bunga penanggah ni ye sebagai panduan Bride To Be yang lain, yang terasa rajin nak buat sama.

Riben Purple Besar - RM 2.80 x 2 gulung = RM5.60
Riben Purple Polkadot - RM3.60 x 1 gulung = RM 3.60
Bunga Purple Comel - RM 1.50(12 biji) x 5 =  RM 9
Silver Chain - RM 0.20 x 5 meter = RM 1.00
Pin - RM 1.50(100 biji) = RM 1.50

Total =  RM20.70
So sebijik kos dia = 20.70/50 = RM 0.41 SEN SAHAJA!!!!

 Berbaloi baloi kan..  Ok sekian sahaja rancangan Projek DIY Bride To be bersama kakak... =)




~ Bride To Be ~ DIY Lagi... Potpouri


Projek DIY lagi. Ni projek buat potpouri pulak. Tak banyak pun buat. dalam 100 je. Untuk bagi jemputan malam berinai. Simple je. Daun potpouri tu mula-mula beli kat kedai barang perkahwinan tapi tak de bau langsung. Pastu jalan-jalan, jumpe kedai 5 ringgit tu, ade pulak potpouri yang wagi gila babas. sepaket RM 5 je. Ade 3 warna dan 3 bau. Yang kaler pink bau rose tu la paling recomended. sangat wangi. Masa aku duk bunju bunjutkan poutpori ni, habis harum semerbak satu rumah.. Hehe..

Ok sekian saja rancangan Projek DIY khas untuk geng Bride To Be untuk kali ini.. =)

Updated ; Sesiap berminat untuk tempah doorgift potpourri ni, boleh ke blog Cute creative Creation saya ye =)

Saturday, April 21, 2012

~ Bride To Be ~ 36 days To Go...

 

Hai. Saya la blogger suam suam kuku yang makin jarang update Blog tu. Hah. =) . Semalam buah hati pengarang jantung telah mengupdate status di facebook berbunyi begini.. '36 Days...' Apekah itu? Itu adalah bilangan hari sebelum kami di ijabkabulkan pada 26 Hb 5 2012 nanti. Nampak nye beliau sangat lah tidak sabar. Sangat rajin mengira hari.

Aku pulak bila tau lagi 36 hari barulah mula nak panik. Mana tak nye hoi, dari awal lagi dah excited macam-macm projek DIY yang nak buat. Oh dah buat pun. Tapi semuanya separuh jalan. Dengan bunga telurnya tak siap lagi, soft cupcakes nye yang ade 400 lagi tak buat, buku doa nye yang belum print, bunga penanggah duit tak lipat lagi. Eh pendek kata semuanya separuh jalan la. Konon konon nak buat slow-slow. Tapi bila dah tau lagi 36 hari, terus gelabah.

Terus la macam lipas kudung malam tu jugak angkut budak-budak ni pergi carefour cari barang yang dah habis untuk sambung projek DIY yang tertangguh tu. Beli itu beli ini, malam tu jugak siapkan bunga telur. Macam ferari buat kerja. Hasilnya bunga telur tinggal 7 kuntum je lagi tak siap. Pasal pe tinggalkn 7 kuntum tak habiskan semua? Alkisah buat kerja sorang-sorang kat bawah malam tadi, sampai pukul 2 pagi, terasa seram yang amat la pulak. Oh terus tinggalkan bunga telur nan 7 kuntum itu dan terus naik atas beradu...huhu.

Eh, cerita tak selari dengan gambar pulak kan. Ni gambar masa balik Jb hari tu. Buah hati pengarang jantung ni sibuk nak fitting baju, nak pilih baju sendiri. Tak nak bakal bini dia ni pilih sendiri. Ya Ampun, sumpah tak tipu, dia la lelaki paling cerewet pernah aku jumpa. Korang pernah jumpa lelaki yang akan round satu Air Hitam, pergi semua kedai yang ada jual barang kaca demi untuk survey harga dan kualiti terbaik?? Ini lah dia lelaki itu. Sampai aku yang tak larat, tunggu dalam kereta je. Selain dia, lelaki yang rapat dengan aku ialah Ayah dan Abang aku. Dan sudah pastinye  kalau diorang nak beli something, cukup pergi satu kedai, pilih, bayar dan balik, setel.

 

Ok, back to the story, akjisah, nak pilih tanjak pun cerewet. Tanjak ni tinggi sangat la, tak nak la, nak pakai songkok la ape la. Rasa nak debik jek. nasib baik nak jadi suami, tak boleh nak derhaka. Seteleh dipujuk, dipuji kekacakkan tanjak tu bila dia pakai, baru la nak.Kalau tak ade hati nak pakai songkok masa sanding. Euii.. Nak kahwin sekali je tau seumur hidup ni...

Ok la, itu sajalah bebelan pada kali ini. Terasa panjang lebar pulak dari biasa. Mungkin mood berblogging sudah kembali kot...huhu..

~  

Thursday, April 19, 2012

Lama Tak Update Blog, Tersepit Dan Terkepit


RIndu.. RIndu sangat nak berblog. Rindu nak update setiap hari, tapi apakan daya. Masa macam cepat sangat berjalan. Sedar tak sedar bulan depan aku dah nak jadi isteri orang. Masih belum boleh percaya sepenuhnya walaupun dah semakin sibuk buat persiapan.

Selain kahwin, satu lagi benda serius yang berlegar legar dalam otak aku adalah kerja. Aku rasa tak sanggup nak jauh lagi dengan suami aku lepas kahwin nanti. 7 Tahun bercinta jarak jauh, tak kan la lepas kahwin pun aku masih jauh dengan dia. Aku kat KL dia pulak kat pahang. Aku rasa sampai masa dah aku duduk di sisi dia untuk jaga dia, makan minum dia, pakaian dia, hidup dia. Itulah impian semua isteri kan.

Kadang rasa pening bila pikir antara kerjaya dan kebahagiaan rumah tangga. Ceh, dah pandai cakap pasal rumah tangga sekarang kan.. Tapi seriusnye memang la betul. Rasa tersepit dan terkepit. Susah buat keputusan. Tentang masa depan kan?

Ya Allah, permudahkan la segalanya...

Senarai DIY Projek Yang Perlu Di Siapkan

Adoi.. Banyak pulak bnda kecik2 yang nak kena siapkn ni. Dulu bukan maen excited. Tp bila dah tinggal sebulan jr ni, rasa mcam kelam kabut nak siapkan semua.. Ok mari pergi satu persatu.


1. Bunga telur - riben habis, kena g bli riben baru bleh sambung buat.


2. Kotak - tinggal nak lekat riben.


3. cupcakes sapu tangan - ya hadoi.. Mula nak buat 250 je, dh siap pun. Tp mak suro tambah lagi 400..


4. Buku Doa - untuk malam berinai doorgift. Siap dh design. Nak print je lg.


5. potpuri comel - juga untuk mlm berinai. haram x siap ape pun


6. Brown paper bag - 100 kpg.. X siap decorate lg


Ohoohoi... Sekali banyak gila babas pulak projek Diy kakak ni.. Huhu... Tak pe... Janji kakak suka okeh... Harap harap sempat la siap...


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails