Hai. Saya la blogger suam suam kuku yang makin jarang update Blog tu. Hah. =) . Semalam buah hati pengarang jantung telah mengupdate status di facebook berbunyi begini.. '36 Days...' Apekah itu? Itu adalah bilangan hari sebelum kami di ijabkabulkan pada 26 Hb 5 2012 nanti. Nampak nye beliau sangat lah tidak sabar. Sangat rajin mengira hari.
Aku pulak bila tau lagi 36 hari barulah mula nak panik. Mana tak nye hoi, dari awal lagi dah excited macam-macm projek DIY yang nak buat. Oh dah buat pun. Tapi semuanya separuh jalan. Dengan bunga telurnya tak siap lagi, soft cupcakes nye yang ade 400 lagi tak buat, buku doa nye yang belum print, bunga penanggah duit tak lipat lagi. Eh pendek kata semuanya separuh jalan la. Konon konon nak buat slow-slow. Tapi bila dah tau lagi 36 hari, terus gelabah.
Terus la macam lipas kudung malam tu jugak angkut budak-budak ni pergi carefour cari barang yang dah habis untuk sambung projek DIY yang tertangguh tu. Beli itu beli ini, malam tu jugak siapkan bunga telur. Macam ferari buat kerja. Hasilnya bunga telur tinggal 7 kuntum je lagi tak siap. Pasal pe tinggalkn 7 kuntum tak habiskan semua? Alkisah buat kerja sorang-sorang kat bawah malam tadi, sampai pukul 2 pagi, terasa seram yang amat la pulak. Oh terus tinggalkan bunga telur nan 7 kuntum itu dan terus naik atas beradu...huhu.
Eh, cerita tak selari dengan gambar pulak kan. Ni gambar masa balik Jb hari tu. Buah hati pengarang jantung ni sibuk nak fitting baju, nak pilih baju sendiri. Tak nak bakal bini dia ni pilih sendiri. Ya Ampun, sumpah tak tipu, dia la lelaki paling cerewet pernah aku jumpa. Korang pernah jumpa lelaki yang akan round satu Air Hitam, pergi semua kedai yang ada jual barang kaca demi untuk survey harga dan kualiti terbaik?? Ini lah dia lelaki itu. Sampai aku yang tak larat, tunggu dalam kereta je. Selain dia, lelaki yang rapat dengan aku ialah Ayah dan Abang aku. Dan sudah pastinye kalau diorang nak beli something, cukup pergi satu kedai, pilih, bayar dan balik, setel.
Ok, back to the story, akjisah, nak pilih tanjak pun cerewet. Tanjak ni tinggi sangat la, tak nak la, nak pakai songkok la ape la. Rasa nak debik jek. nasib baik nak jadi suami, tak boleh nak derhaka. Seteleh dipujuk, dipuji kekacakkan tanjak tu bila dia pakai, baru la nak.Kalau tak ade hati nak pakai songkok masa sanding. Euii.. Nak kahwin sekali je tau seumur hidup ni...
Ok la, itu sajalah bebelan pada kali ini. Terasa panjang lebar pulak dari biasa. Mungkin mood berblogging sudah kembali kot...huhu..
~
1 comment:
jadi pengen lihat baju pengantinnya
Post a Comment