Hari ni mari bercerita pasal kehamilan. Aku dan suami berkahwin bulan Mei 2012, tahun ni la. kebetulan, beberapa kawan sekolah, sebaya aku pun kahwin dalam bulan yang sama atau lebih kurang sama. Sebulan selepas majlis, sorang sorang member yang kahwin hampir sama dengan aku mengkhabarkan berita gembira kat fb yang diorang mengandung. Ya Allah, seronok sangat dengar berita gembira diorang. Ramai yang bunting pelamin. Untunglah... Aku pulak masa tu dan sehingga sekarang masih lagi mengekalkan perkahwinan jarak jauh yang mana aku di KL dan suami di Pahang.
Bulan kedua perkahwinan, aku harap akan ada berita gembira untuk aku pulak selepas bulan pertama hanya dapat berita gembira dari kawan-kawan. Tapi nasib masih belum menyebelahi, sekali lagi bendera merah datang menjelma. Masa tu dah mula rasa sedih. Ye la, orang semua dah sibuk cerita pasal kandungan diorang.. Aku di bulan kedua masih belum ada apa-apa. Tapi aku tetap positive kan diri, bersabar dan tidak mau stress.
Bulan ketiga, aku tak terlalu berharap sangat, aku anggap semua itu rezeki, kalau ada, adalah... Sampai lah bila bendera merah lewat beberapa hari, Bila lewat 3 hari aku masih buat dont know, ye la bulan sebelum pun lewat 3 hari, excited sgat buat ujian kehamilan sendiri kat rumah tapi hasilnya -ve dan esoknya bendera merah datang tanda tiada baby yang sedang hadir dalam perut ni. Tapi bulan ketiga ni, masuk hari ke lima bendera merah tak datang, bangun pagi terus buat ujian kehamilan tapi tak se excited macam bulan lepas nak buat tu.
Tengok hasil UPT tu dengan dalam hati berdoa dua garisan merah muncul.. Dan alhamdullilah, dua garis itu muncul! Gembira tak terkata. Keluar masuk bilik air sambil pegang UPT tu, tak tau nak buat ape sebab happy sangat. Nak terus bagitau husband tapi takut benda ni tak comfirm lagi. Terus mandi sambil ketawa dan senyum macam orang gila..haha. Gembira sangat katanye. Pastu siap siap pergi kerja. Sambil tu sempat sms suami "Abang nak baby tak?". Terus dia call tanya dah ada ke?? Hehe.. Aku jawab "ntah la... macam ade kot. =)"
Esoknya husband datang KL sebab dia cuti. Aku ajak dia ke Klinik untuk sahkan yang aku ni betul ke pregnant. Ye la kan, takut result UPT tu silap ke kan..huhu. Aku masuk bilik Dr sorang, saja biar dia tunggu luar. Keluar je dari bilik Dr, dengan senyum sampai telinga, pergi kat husband, dia pun tnya dengan excited. Aku pun jawab la comfirm pregnant, 4 minggu. Masa tu antara detik paling manis dalam hidup. Dia terus peluk dan cium dahi aku.. Terharu sangat masa tu..
Sekarang kandungan dah masuk 10 minggu. Aku harap baby dalam perut ni akan sentiasa sihat dan terus membesar dengan sihat, kuat dan sempurna.. Menjadi ibu mengandung yang tinggal berjauhan dengan suami atas sebab kerja memang agak mencabar, hati jadi makin sensitif, lagi-lagi bila tak sihat, terasa sangat sedih sayunya... Tapi aku kena kuat, kena kuat demi baby ni. Walaupun tak pasti bila baru kitorang dapat tinggal bersama setiap hari, tapi aku pasti Allah dah tetapkan sesuatu yang baik untuk kami satu hari nanti..
Aku jugak bersyukur kerana masih ada suami yang sangat mengambil berat, garang gila babas sejak aku mengandung ni, makan itu tak bleh, makan ni tak bleh, nak pergi opis malam pun kena bebel sampai kadang nak bergaduh. Tapi aku faham, dia buat semua tu sebab dia sayang aku dan Baby... =). Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan hidup kami sekeluarga, bahagiakan kami hingga ke syurga, peliharakan lah anak kami berikan kesihatan yang baik dan sempurna untuknya... Amin..
5 comments:
Tahniah Aini... bestkan pregnant ni.. Nak2 pulak anak sulung.. Take care ye.
congratz... =)
Thank Syani & Shin Chan
tahniah... tang senyum sorang2 mcm org giler tu akak pernah buat gak masa mengandung anak pertama hahaha...
bestnyer....kami masih menunggu berita gembira tu...kami pun berkahwin jarak jauh...dah nk masuk 2 tahun dah :(
Post a Comment