Hai, hari ni kakak nak bagi tutorial untuk buat Veil Nikah kepada adik-adik bakal pengantin, bakal tunangan orang sekalian yang teruja nak tau dan mempunyai semangat dan iktizam yang tinggi untuk men DIY sendiri Veil korang..hehehe.. Kepada yang malas dan kaya, boleh beli je terus kan.. Tak payah susah-susah dik non.
Ok first, kena niat nak buat DIY ni dulu...huhu. Serius ok. Kena niat dulu, moga di permudahkan.. Sebenarnya aku buat Veil ni sendri selain sebab tak mampu nak beli sendri(beratus-ratuskot harga kalau yang macam ni kat kedai), nak pakai sekali je kot. Satu lagi sebab nak buat sendiri sebab nak menjadikannya satu kenangan terindah dalam hidup. Actually persalinan untuk majlis nikah semuanya buat sendiri, tak ada yang sewa. Daripada Veil, Tudung Nikah, Baju Nikah, sampai la kasut nikah semua aku DIY sendiri. Tapi kasut aku beli yang kosong la pastu aku hias sendri. Gila nak buat kasut sendri, tahap jimmy choo kot dah tu...hah. Jadi sepasang persalinan dari hujung kepala ke kaki aku simpan elok2 sebagai kenangan hari nikah aku. Baru la rasa ade something special yang aku bleh simpan sampai ke anak cucu gitu.
1.KAIN NET LEMBUT
- Kain net lembut ok, bukan kain net buat bunga telur yang kejung itu. Boleh didapati kat kedai
kain la kan. Aku beli kat kedai kain kat Jalan Tar, nama kedai tu Osman tak silap aku. Please
mention KAIN NET LEMBUT ok masa nak beli. Kalau tak nanti die bagi kain net biasa yang
keras. Biasanya kain net lembut harga dia mahal sket, tapi x sampai pun rm 20 semeter. Belas-
belas je gitu. Aku guna 1.5 Meter kain net warna putih.
2.BORDER LACE
- Border lace ade macam-macam. Kalau kat jakel dan gulatis tak ade harga puluh-puluh, ratus-ratus je yang aku jumpa. Aku beli kat kedai kain Osman kat jalan TAR jugak dengan harga RM 35 semeter. Aku guna 1.5 Meter jugak. Oh ye. border lace ni, dia kan boleh guna atas bawah, kita kena gunting dia, so kalau kita beli 1.5 meter, lepas kita gunting nanti, hasilnya jadi lah 3 meter. Cukup-cukup untuk keliling Veil tu.
3. MANIK MUTIARA
- Ni kat kedai barang hantaran pun banyak jual. Aku pakai saiz sedang je. Manik ni untuk kite jahit atas veil tu supaya veil jadi berat sikit dan cantik terletak bila pakai. Selain tu manik tu jugak buat veil kite nampak lagi gojes meletop.
Cara-cara buatnye pulak, first potong kain net jadi bentuk D macam gambar bawah ni. Panjang depan korang kena ukur la ikut kesukaan korang. Aku suka kiri kanan hujung panjangnya sampai ke siku.
Kemudian, potong pulak border lace ikut bentuk, pastu jahit kat keliling kain net tadi. Tapi sebelum jahit, Korang kena ukur la ye supaya border lace tu cukup-cukup untuk keliling veil tu. Kalau tak cukup, selain kena beli border lace tambahan, untuk jimat, korang jugak boleh potong border lace tu ikut bentuk sebiji sebiji, maksudnye pecah-pecahkan dia, so nanti pada kain lace, korang boleh susun semula bagi cukup. Tapi mak sure la potong elok-elok ikut corak lace tu ye.
Tadaaaa... siap dah jahit keliling dengan border lace. Setelah dijahit keliling border lace tu kepada kain net, maka boleh lah korang hias pulak dengan manik. Oleh kerana tema nikah aku putih salju gitu, maka manik mutiara pun warna putih la.
Hias la ikut kreativiti anda...huhu... Dan lebihkan pada ekor hujung supaya veil kite nampak berat sikit kan... Bila dah siap, gantung la depan almari dengan bangga sambil tunggu hari nikah dengan excitednye....wawawa....
Bila sampai harinya, bergaya sakan la dengan veil buatan sendiri itu sepuasnya.. Ye la kan, penat penat buat, kali tu je la nak pakai kan... So pakai puas-puas...ngeh ngeh...
10 comments:
nice tutOrial..:)
boleh try jugak nti..hehehe
saLam..whoaa..creative nye..! anak sape La nih.ngeee
rs cm penah tgk awak La..muke famiLiar..ke sbb cm iras2 najwa Latif sket?hehe =)
BTW, salam knaL.saye br foLLow awak.free visit/foLLow La ye~
sya-orked.blogspot.com
cantiklah hai..bagusnya yunk pandai DIY sendiri.. jijah sewa je..hehehe
tengah pikir nak pakai veil ke tak ni hmmm
Thanks for sharing! Kreatif dan cantik!
cantiknya.Saya pun nak kahwin and semangat nak buat sendiri,tapi dkt johor ini,tak tahu dkt mana nak cari borderlace.
cantik,saya pun plan nak diy tapi tak tahu bila nak mula..
jarsofmyheart.blogspot.com
Tutorial paling senang nk di buat...thanks sbb sudi berkongsi....
Tudung veil nikah warna putih meman cantik.
Pengantin nampak suci umpama hubungan suami isteri yang terbina
salam
jahit border lace tu dia lekat elok eah pada net....kena tak letak gam fabric ker...cantik awk punya veil..suka =)
Post a Comment