Followers

Monday, January 21, 2013

Stress

Bila tak dapat jumpa suami lebih dari 6 hari aku akan dapat penyakit stress. Lebih lebih lagi bila perut makin membesar, stress pun makin besar jugak.  Sampai rasa, nak baby keluar cepat, supaya dapat teman aku hari-hari.. =(


.Stress.

Saturday, January 19, 2013

Mom, Baby & Kid Expo PWTC

Minggu ni kan seperi dihebahkan ada Expo barang baby kat pwtc kan... Sebab excited, aku awal-awal dah pergi dah... Gila penat jalan kaki naik train. First time pergi pwtc akn, ingat kan turun kat station PWTC tu terus la masuk PWTC tp rupanya jauh jugak kena berjalan. Sampai- sampai je nampak meriahnye orang, nampak macam best laaaa...  

So untuk permulaan, aku round dulu satu expo tu, dah round baru perasan, aik, ni je ke kedainye? huhu.. Tak banyak mana pun. Survey harga, ada yang murah ada yang biasa dan dan ada je yang lagi mahall dari harga jual kat online... Antara yang murah,ada satu kedai depan pintu masuk tu, tak ingat la nama ape, dia jual baju-baju baby RM 10. Tulis kat situ , 1 pcs RM 10 tp rupanya 1 set Rm 10 okeh.. Tapi kena pandai selongkar la, ada yang memang 1 pcs je, ada yang dah siap2 di combine kan. 


Set pertama, dapat baju lengan panjang, seluar panjang dan topi.. 3 in 1 set ni RM 10... Berbolai -bolai berlaga perut tarik-tarik baju baby kat situ..hehe..


Ni set no dua..  3 in 1 jugak, Rm 10 je 1 set ni. Dapat romper, seluar panjang dan baju lengan panjang lagi... Memang aim baju dan seluar panjang  pun...



Ok, set tilam baby jenama Baby Love ni pun sambar sebab nampak comel dan harga pun ok, RM 70 tak silap..




dan yang ni pulak beli dari banyak kedai, asing-asing beli. Sapu tangan comel, baby bip, stokin comel dan tshirt baby... Tshirt tu saiz 3 bulan rasanya, nampak besar la pulak...Tapi cute gila... Beli sebab cte dan murah, RM 5 sahaja...


Cuba la teka berapa duit lebut untuk semua item yang aku cerita kat dalam entry ni? RM 130 Only.... Berbaloi tak ? Aku rasa berbaloi, sebab kalau biasa shopping 1 helai baju baby pun dan berbelas ringgit... ni 3 helai dapat Rm 10...hehe..

Ape lagi, sapa yang tak pergi boleh la pergi tengok-tengok hari ni dan esok... =)

Tuesday, January 15, 2013

Kedai Shopping Baju Baby Online

Ya Allah kenapa la baju baju baby ni comel sangat. Geram aku. Sekarang ni tengah menahan nafsu shopping baju baby online sebab nak tunggu expo baby kat pwtc weekend ni (walapun pada hakikatnye tengah tunggu last parcel dari poslaju petang ni..huhu). Aku harap minggu ni last la beli baju baby, cukup cukup la tu ibu oiii. Banyak lagi benda nak kena beli, barang untuk berpantang aku, breast pump, baby carrier  sume. Huhu... Duk pikir barang baby je, nak nak baju. 

Sampai husband tegur barang untuk diri sendiri satu pun tak beli. Dah la tak pernah ade kain batik, nak berpantang nanti comfirm la kena pakai kain batik je. Redhoo je dengar bebelan dia..huhu.. Tak pe la, next month punye bajet untuk barang aku pulak ye. Alang alang dah tengah bulan ni, kite habiskan lah bajet untuk barang baby lagi masa expo nanti...huihuihui...  

Ni antara kedai barang baby online yang aku selalu terjah.. Ibu -ibu, mummy - mummy, mama- mama yang gila nak shopping online jugak, meh la terjah. Best jugak shopping online ni, sebab dapat compare harga yang paling murah, dan paling best kalau dapat COD, Cash On Delivery, jimat duit postage..hehe...



Ha... romper kat sini comel comel comel belake... Cer terjah Fb Butterfly Boutique


Haaaa... Aku beli barut baby comel kat sini... FB Sweet n Cozy. Banyak lagi barang baby comel-comel dkat sini mummy sekalian..




Baju ni dari Sweet Qaseh FB. Baju kat sini murah-murah jugak. Aku ada mabil set romper 2 set, COD kat KLCC lagi, memang berbaloi...


Mek beli sleepsuit kat Sya&Nas Kiddies Store ni. Comel gila kan!!! Rasa nak gigit je bila dah pegang..huhu...

Ok itu je la setakat ni..Nanti bila aku dah continue shopping barang baby lagi, i hupdate okeh....Daaaa

Saturday, January 12, 2013

Shopping Barang Baby


Antara perkara yang mengujakan untuk menyambut orang baru ni adalah shopping la kan. Dah start sikit-sikit dah terutama pakaian baby la. Beli sikit-sikit dulu. Sekarang bila dah scan 3d dan  dah tau jantina baby, makin galak rasanya sebab seronok boleh pilih yang pink pink dan comel2...huhu... Sekarang ni duk shopping online je dulu.. 


Jeng  jeng jeng, ni hasil online shopping minggu lepas. Barut baby, bedung baby dan sehelai baju mengandung untuk ibu... Dah nak masuk 7 bulan ni, setiap hari nak pergi kerja duk termenung depan almari tengok baju - baju yang dah tak muat kat perut bila pakai...


Ni la barut dan bedung baby tu. Comel tak? huhu... Suka sangat corak barut baby tu, kain pun lembut je. Beli 6 helai je, maybe nak suruh mak jahit pulak beberapa helai barut lagi yang jenis bertali..


Ni pulak baru semalam menyambarnye kat Ampang Park.. Tujuan pergi Ampang Park cuma nak pergi beli ink printer je, tapi bila ddah lalu depan kedai baju baby ni, berkenan la pulak... Romper ni kat bahagian buntut ade riben, tu yang buat aku lagi teruja nak beli. Stokin tu pulak terlalu lalu lalu comel sampai rasa nak gigit jek..haha

Tuala, set mandian baby, napkin, sarung tangan, sarung kaki semua dah beli dah masa balik JB hari tu tapi semua warna putih dan yang sesuai untuk baby boy and girl sebab masa beli tu tak tau jantina baby lagi.. Tapi sekrang ibu kena stop shopping dlu, nak tunggu next week 18 - 20 jan ade expo mother , baby and kids kat PWTC... Tak sabar nak sambung shopping kat sana pulak. Harap2 best la expo tu. Target adalah set tilam baby, beberapa helai baju, pampers  dan beg baby.  Tu jek... huhu.. ye ke tu jek?

Boleh percaya ke ibuuuuuuuuu???

Wait and see je la nanti... =) 

Wednesday, January 9, 2013

My Pregnancy - Minggu ke 25,3 Klinik Dalam Masa 2 Hari

Aku dah mula rasa tak larat nak panjat tangga office lagi setiap hari. Tiap hari pagi tengahari dan petang kat office adalah sangat penat dan mintak bantal. aku suspect hb aku low buat aku anemia dan cepat letih. Isnin hari tu oleh kerana perasaan penat yang tak berbelah bagi lagi dan tak tertahan tahan lagi, aku decide pergi pusrawi untuk buat check up padahal hari Selasa adalah hari patut aku pergi check up kat klinik kerajaan. Tapi sebab tak bleh blah punya penat, aku pergi gak pusrawi dekat office ni dengan tujuan untuk dapatkan mc dan misi berjaya. 

Jadi hari Selasa aku MC dengan bahagia walaupun asyik rasa nak tumbang pitam. Check up kat klinik kerajaan pukul 2. Oleh kerana suami tercinta ada, aku ajak dia pergi scan 3d kat Klinik Famili Dr Wan Kamariah kat Setiawangsa. Dalam pada badan lemah longlai tu, aku bersemanagat gak nak pergi scan sebab katanya minggu 25 sampai 30 adalah yg sedang elok untuk scan 3d. And you know what, baby betul2 buat suprise kat ibu dan papa dia.

Mula - mula scan 2d Dr cakap nak buat 3d macam tak cantik gambar yang akan keluar sebab baby duk pengang kaki dia dua-dua dengan tangan letak kat muka. Tak nak tunjuk muka dia kat kitorang.. Huhu... Comel sangat la tu main kaki sampai ke muka.. Dr tanya dari awal mengandung doa-doa nak baby girl ke boy? Aku jawab tak kisah Dr asalkan sihat. Walaupun dalam hati nak girl tapi perasaan kuat kata dalam perut ni baby boy. Tiba-tiba dr terus tunjuk punggung baby. Ha...tengok tu, saya nampak burger dia.. Sorry papa, saya girl, geng dengan ibu..kata dr.. Omakk...Terkejut aku.. Terkejut dengan senyuman sampai telinga...

Intan payung ibu yang duk pegang kaki sampai ke muka

Papa dia redhoooo...huhu... Sambil cakap alaa tak dapat la nak beli kreta control besar tu.. Over sangat kan.. Misi scan 3d berjaya. Papa dia buat buat merajuk sebab bukan baby boy, tak dapat geng ngan dia. Hasil scan dapat la beberapa keping gambar scan dan jugak cd yang ada video baby dalam perut dan gambar. Lepas scan terus badan yang lemah longlai rasa bersemangat sangat sangat..

Petang ke Klinik Kesihatan Ibu Anak Kampung baru pulak untuk check up bulanan. Seperti yang aku agak, memang HB aku low sangat. Bacaan pertama 10.4 je ok. Masa nurse cucuk pun nurse dah cakap cairnya darah awak puan. Memang la cair takut pulak aku tengok. No wonder la aku cepat letih teramat sangat, lesu dan nak pitam.  Bila tengok rekod buku merah, aku punya hb setiap bula menurun.. Adoi la. So nurse menegaskan supaya makan lah kerang, makan lah sayur hijau dan minum lah susu dan jangan skip makan semua vitamin untuk meninggikan hb dan mencegah kelesuan dan kepenatan itu.

Maka berakhirlah journey 2 hari dengan 3 klinik aku untuk weeks ke 25 kali ini. Semakin besar cabaran menjadi ibu mengandung ni aku rasa...  Semoga diri ini dan baby tabah dan kuat menghadapi hari hari mendatang...

InsyaAllah....










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails