Aku dah mula rasa tak larat nak panjat tangga office lagi setiap hari. Tiap hari pagi tengahari dan petang kat office adalah sangat penat dan mintak bantal. aku suspect hb aku low buat aku anemia dan cepat letih. Isnin hari tu oleh kerana perasaan penat yang tak berbelah bagi lagi dan tak tertahan tahan lagi, aku decide pergi pusrawi untuk buat check up padahal hari Selasa adalah hari patut aku pergi check up kat klinik kerajaan. Tapi sebab tak bleh blah punya penat, aku pergi gak pusrawi dekat office ni dengan tujuan untuk dapatkan mc dan misi berjaya.
Jadi hari Selasa aku MC dengan bahagia walaupun asyik rasa nak tumbang pitam. Check up kat klinik kerajaan pukul 2. Oleh kerana suami tercinta ada, aku ajak dia pergi scan 3d kat Klinik Famili Dr Wan Kamariah kat Setiawangsa. Dalam pada badan lemah longlai tu, aku bersemanagat gak nak pergi scan sebab katanya minggu 25 sampai 30 adalah yg sedang elok untuk scan 3d. And you know what, baby betul2 buat suprise kat ibu dan papa dia.
Mula - mula scan 2d Dr cakap nak buat 3d macam tak cantik gambar yang akan keluar sebab baby duk pengang kaki dia dua-dua dengan tangan letak kat muka. Tak nak tunjuk muka dia kat kitorang.. Huhu... Comel sangat la tu main kaki sampai ke muka.. Dr tanya dari awal mengandung doa-doa nak baby girl ke boy? Aku jawab tak kisah Dr asalkan sihat. Walaupun dalam hati nak girl tapi perasaan kuat kata dalam perut ni baby boy. Tiba-tiba dr terus tunjuk punggung baby. Ha...tengok tu, saya nampak burger dia.. Sorry papa, saya girl, geng dengan ibu..kata dr.. Omakk...Terkejut aku.. Terkejut dengan senyuman sampai telinga...
Intan payung ibu yang duk pegang kaki sampai ke muka
Papa dia redhoooo...huhu... Sambil cakap alaa tak dapat la nak beli kreta control besar tu.. Over sangat kan.. Misi scan 3d berjaya. Papa dia buat buat merajuk sebab bukan baby boy, tak dapat geng ngan dia. Hasil scan dapat la beberapa keping gambar scan dan jugak cd yang ada video baby dalam perut dan gambar. Lepas scan terus badan yang lemah longlai rasa bersemangat sangat sangat..
Petang ke Klinik Kesihatan Ibu Anak Kampung baru pulak untuk check up bulanan. Seperti yang aku agak, memang HB aku low sangat. Bacaan pertama 10.4 je ok. Masa nurse cucuk pun nurse dah cakap cairnya darah awak puan. Memang la cair takut pulak aku tengok. No wonder la aku cepat letih teramat sangat, lesu dan nak pitam. Bila tengok rekod buku merah, aku punya hb setiap bula menurun.. Adoi la. So nurse menegaskan supaya makan lah kerang, makan lah sayur hijau dan minum lah susu dan jangan skip makan semua vitamin untuk meninggikan hb dan mencegah kelesuan dan kepenatan itu.
Maka berakhirlah journey 2 hari dengan 3 klinik aku untuk weeks ke 25 kali ini. Semakin besar cabaran menjadi ibu mengandung ni aku rasa... Semoga diri ini dan baby tabah dan kuat menghadapi hari hari mendatang...
InsyaAllah....
2 comments:
alhamdulillah.. smga smuanya slmat jaga diri baik2..
dalam gambar scan 3d tu, adakah baby girl itu sedang tersenyum?? Ya Allah.. comel sgt.. semoga sihat2 selalu akak...
Post a Comment