Followers

Monday, February 25, 2013

32 Weeks... Sesi Check Up Yang Menakutkan

Masuk 32 minggu. Ibu pun tak pasti wahai anak ni dah masuk bulan ke 8 atau masih 7 bulan lagi. Tak reti macam mana pengiraan Dr. Kalau ikur EDD, minggu bersalin adalah minggu ke 40, 40/ 4 = 10 minggu kah? Huhu.. tak apa lah, kita cerita by week je la ye. Sejak masuk 7 bulan, kena check up di KKIA dua minggu sekali. Ianya amat penat ye anak. Tak tahu kenapa makin lama, makin lama sangat masa menunggu masa nak buat check up. Ibu sangat lah boleh belah...

Tapi check up tadi nasib baik papa ada, so tak la ibu boring sangat sebab boleh buli buli papa mintak itu ini, cubit, tumbuk papa bila geram sangat. Baby tak yah la kesian kat papa sebab dia kalau gurau ngan ibu, cubit ibu lagi tak ada belas kasihan... Suka sangat cubit hidung ibu sampai merah2 hidung dan berair mata...huh.

Ok, check up kali ni macam biasa, bila nurse nak ambil bacaan denyut jantung baby, baby suka tepis alat tu sampai terpeleot  dari perut ibu kan.. Terkejut nurse tu. Ni bukan kali pertama ye baby buat macam tu.. Biasaaaaaaaaa dia.. Lasak sangat. Dan macam biasa, baby suka bergerak-gerak alih badan masa tengah check jantung baby kan.. Jenuh la nurse tu kejar dan cari baby dalam perut ni. Sampai tadi nurse tu geram dia cakap kalau baby dah keluar, rasa nak cubit-cubit je sebab baby tak reti diam.. Wah suka hati je dia nak cubit anak ibu kan?

Lepas tu, nurse tu bagi nasihat dan ceramah pasal kelahiran dan pantang pasal baby dah 32 minggu. Bagus nurse ni, banyak info yang dia bagi. Sampai pucat lesi muka ibu... Antara yang di cerita/di ceramah/dinasihatkan adalah seperti berikut;

1. Dah masuk 32 minggu, kena bersiap sedia. 2 orang anak dia lahir masa minggu ke 31.
2. Sawan ibu mengandung, simptom muntah, mata berpinar, sakit ulu hati yang boleh bahayakan baby.
3. Tanda-tanda nak melahirkan - Keluar air, perut mengeras, sakit pinggang, rasa nak berak
4. Jangan makan jamu lepas pantang - nanti baby kuning
5. Bersalin anak pertama mesti KENA GUNTING - nurse cakap sambil buat gaya mengunting!
6. KENA JAHIT - Soooooooooooooooooooooo Scary!
7. Aku kata nak bersalin kat Pahang pantang kat JB dia cerita pasal JAHITAN TERBUKA.
8. Teknik pernafasan dan meneran semasa nak keluarkan baby. - silap teknik kepala baby boleh Lonjong 

Ibu adalah seram sejuk mendengar itu semua okeh. Lebih -lebih lagi bab terkoyak, gunting dan jahit itu... Sooooooooooooo scary. Sampai nurse tu stop kejap berceramah then tanya "Saya Menakutkan Awak Ke????" Ya Allah, lebih dari takut.... huuuuuuuuuuuuu... Nurse tu cakap, rilex, semua orang akan merasa. Dan jangan risau sangat, nanti tekanan darah naik lagi susah..haaaa..

Ok itu lah pengalaman check up 32 minggu yang akak menakutkan...  Nurse suro tengok You tube, proses melahirkan supaya boleh belajar. Ibu sambil tutup tutup mata dengan tangan cakap tak nak, tak berani... Hoh... Sabar je laaaa nurse tu kata...




Saturday, February 16, 2013

Daripada Wanita Bekerjaya Kepada Surimah + Online Bisness Woman

Kandungan dah nak masuk 8 bulan dah. Nak tak nak aku kena juga memikirkan dengan serius tentang perkara serius ni. Gila susah nak pikir. Antara kerjaya & kewangan & keluarga. Menjadi weekend housewife yang mana duduk sendiri tanpa suami kat Kuala Lumpur memang suatu yang agak mencabar. Tapi sekarang okeh lagi sebab belum ada anak, so boleh feeling feeling couple gitu.. Jumpe hujung minggu melepas rindu...wuuuu.... =)

Tapi bila anak dah keluar, adakah aku mampu jaga anak sorang-sorang kat KL ni? Ataukah aku mampu tinggalkan anak pada suami dan duduk sorang - sorang kat sini? Aku rasa tak mampu, tak sanggup dan tak tergamak  untuk semua tu... Nanges =(. Aku tak boleh pentingkan diri jauh dari suami dan anak demi kerjaya, dan aku juga tak boleh berlagak tabah dan kuat jaga anak sorang -sorang tanpa suami kat KL ni demi kerjaya juga.

Tapi sesungguhnya, aku tak tahu dan tak dapat nak jangka macam mana hidup aku kalau aku tinggalkan kerjaya sekarang demi keluarga, demi untuk dapat hidup bersama suami dan anak di bawah satu bumbung setiap hari dengan bahagia. Aku akan kehilangan  monthly income. Macam mana rasa dia? Macam mana? Ye memang aku ada side income dengan online bisness sekarang. Tapi mesti akan terasa jugak perbezaan bila income utama tu tak ada kan.. Macam mana pula dengan penat lelah aku belajar kan, macam tak berbaloi...

Tapi dalam masa yang sama, aku teruja nak jadi housewife, nak ada di samping suami setiap hari, nak memasak untuk suami setiap hari, nak jaga suami setiap hari, nak bermanja ngan suami setiap hari.. Semua ni tak pernah dapat sejak kapel sampai lah kahwin...Dapat kejap -kejap je, tu pun kalau ada cuti panjang. Kalau tak, masa kitorang lebih banyak habis dalam perjalanan ulang alik je aku rasa. Penat kau tau macam gitu... Nak hidup normal macam keluarga lain. Kesian aku, kesian suami,Lebih lebih lagi bila ada anak. Kesian la kat anak nanti.

Kata suami, rezeki ada kat mana-mana.. Berhenti kerja tak bermakna rezeki putus terus.. Yang penting niat kita kan... Ya Allah.. Susahnya nak buat keputusan ni..   Walaupun sayang tapi aku tak boeh pentingkan diri... Banyak hati nak dijaga, banyak perkara nak dipertimbangkan, banyak aspek perlu dipikirkan... 

Sabtu, Ahad, Isnin.. Ada masa 3 hari lagi. Selasa ni aku terpaksa jugak beri keputusan..... 

Apakah keputusannya? 

Tunggu je la Selasa ni... 

Semoga dipermudahkan...

BFF & Makan - Makan @ Ben's KLCC

Berkumpul bersama BFF dari zaman MRSM Pontian dulu memang mengujakan. Perangai memang sumpah tak berubah walaupun masing masing ada yang dah jadi mummy, bakal bini orang dan makcik orang. Bila keluar dengan diorang memang tak berhenti berdekah ketawa. Kali ni akeluar 4 orang iaitu aku, azie, ain dan fara, aku rasa perangai dan ketawa berdekah tu masih boleh control lagi. Kalau ade yang lain terutamanya ateq dan nisak, memang comfirm ketawa berdekah memang tak boleh cover lagi... Boleh terkejut anak dalam perut aku okeh dengar hilai tawa makcik-makcik ni...

Plan berkumpul hari tu adalah idea makcik nisak debomm... Tapi akhirnya dia yang tak ada.. Sentap sangat ngan makcik tu... Dah la sejak kahwin ni aku selalu je tak dapat join aktiviti meronggeng diorang. Dulu zaman anak dara, aku la yang tak pernah tinggal okeh... Diorang pergi JB kahwin eju, pergi bercoti coti malaysia ke Sabah sume aku tak dapat ikut sebab perut yang dah semakin membesar ini...  Jeles okeh... Tapi aku redho.... Tunggu la anak ni keluar, aku cuti cuti satu malaysia okeh..


menjadi mak buyung tunggal dalam group ni buat aku macam artis la, sume nak bergambar dengan perut ku yang comel ituh...muahaaa....


Ni antara desert yang di order kat Ben's haritu... Memang sedap la... Manis tahap ngeri jugak ye.. Awas ibu mengandung. Nasib baik result kencing manis hari tu negatif...



Mummy to be, mummy, wife to be dan aunty to be bersama muka teruja dengan makanan masing-masing... Sedap kannn... Hurm... sebelum meletop perut ni rasa nak ber seol garden dengan makcik- makcik ni pulak... Rinduuu nak makan udang banyak-banyak ...heeee...

Friday, February 15, 2013

Pengantin Lama & Pengantin Baru

Cuti raya cina hari tu balik kg husband sepupu dia kahwin. Meriah.. seronok bukan main. lagi-lagi bila dah jadi mak buyung ni. Jadi pemerhati sesaje.. Jalan sikit orang dah cakap tak payah buat kerja awak tu mengandung, duk rehat je... Ewaaah..hehe.. Dulu masa anak dara kalau tak buat kerja time orang sibuk kenduri ni malu okeh... Boleh jatuh saham depan bakal bakal mak mertua... Ni dah membesar perut ni nak duduk bangun pun payah, maka terselamat lah dari buat kerj kerja berat...weeeee...


Ini Adalah pengantin lama yang bakal jadi papa dan ibu. merasa duduk atas pelamin sekali lagi dan berposing sakan.

Lagi gambar pengantin lama di malam pernikahan Otil...Pakai sedondon you... Biru Johor gitu...

Dan ini adalah pengantin barunye... Nad & Nan... Selamat pengantin baru korang. Semoga cepat - cepat membuyung macam i okeh...huuuu

Thursday, February 14, 2013

Hari Marah Sedunia

Hari ni rasa marah sangat. Semuanya buat rasa nak marah. Benda pertama buat jadi marah ialah bilamana terasa nak jadi hulk tunggu 3 jam untuk sampai giliran ku buat check up kat Klinik Kesihatan. 3 jam tau tak. Dah la pergi sorang-sorang. Dengan tak makan dari pagi. Rasa separuh mati... Memang tak boleh blah lagi rasa. Nak mengamuk je rasa. Kalau pergi ngan husband boleh jugak buat muka geram, tumbuk2 die lepas kan sakit hati. Dan kalau ada husband ikut jugak, tentu aku tak kelaparan tahap macam tu sebab dia akan belikan makanan.

Kedua. Check up kali ni kena injet kancing gigi untuk kali kedua. Sakitnye yang kena je la tau. Sampai kebas badan lah. Sebab dah kebas badan dan rasa sengal sengal separuh badan kat bahu ni, lepas zuhur aku nak rilek la kejap kat surau office sebab memang tak berdaya dah ni. Baru terlelap 5 minit, datang sekumpulan akak akak lanjut usia yang duduk melepak bergelak tawa, berbual tak hingat dunia. Panasnye hati membara-bara rasa tak terkata. Dah la berkumpul betul-betul sebelah telinga aku ni. Please laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Rasa nak tampar.. Kalau ye pun gembira membicarakan isi semasa kat SURAU, ketawa dan volume suara tu control la sikit. Kau kat SURAU kotttttttttttttt! 

Eeee.... Tak tau la kenapa emosi hari ni sangat la mencabar tercalar-balar... Nak kata nak datang bulan, mak buyung tengah mengandung ni haaa... Hai, rasa nak cepat - cepat la bersalin, nak duduk berehat kat rumah bersenang-senang sambil main dengan baby. 

Masa... Sila cepat berlalu...


Thursday, February 7, 2013

My BFF Dah Selamat Melahirkan Baby Boy!

Tahniah Mai sebab dah selamat lahirkan baby boy!!! Excited sgt dapat sms dari ko semalam.. Keluar awal beberapa minggu dari due date. Alhamdullilah semuanya selamat. 

Aku bertunang dulu pastu beberapa bulan lepas tu ko pulak bertunang. Kau nikah dulu, sehari selepas kau nikah, aku pulak nikah. dan kau bersalin dulu dan insyaAllah  2 bulan selepas ni aku pulak bersalin ye tak??? 

Memang BEST FRIEND FOREVER sangat!!!

Mai  Bertunang

Aku Bertunang

Tuesday, February 5, 2013

GITS Family Day Untuk Tahun Ke 3

Alhamdullilah, dah 3 tahun join Family day company yang membawa maksud tahun ketiga setia di sini..   Tahun ni family day di buat kat Lexis Port Dickson. Best la.. Antara sebab ianya best adalah sebab selalu family day hadir sebagai anak dara, sekarang datang dengan husband. Pastu selaku mak buyung, tak join banyak game, hanya jadi tukang sorak, so tak la penat sangat macam tahun tahun lepas...hehehe..

Moh la layan entry bergambar dengan caption pasal gambar sikit-sikit... 

Di mulakan dengan gambar hari last yang mana macam biasa la meeting staff bersama bos-bos, sempat lagi bergambar dengan lisa suriram...


Malam terakhir kat sana, adalah Malam Dinner yang mana temanya adalah Red Vogue. Semuanya bergaya dengan gembiranya tak kira tua muda...


Mak buyung hanyaa mampu sarung jubah merah je ha.. Tak larat dah berjalan nak cari baju cecantik lagi... huuuu


Tahun ni bawak husband, insyaAllah tahun depan boleh bawak baby pulak kannnnnn....


Anak en Hadi yang comel lote gebu gila... Rara...


Nadia dan Syahmi, best friend sepanjang 3 hari family day....


Wafiey kacak bersama bapak angkat kurang kacak....haha.. 


Oh dapat award masa malam tu... Kahkah, kelakar sangat, macam main bagi je sesuka hati ko award tu..


Sesi sukaneka, game dan teambuilding yang havoc... 





Oppa gangnam style...


Comel sangat anak syukri ni.. Bersama bapak angkat jugak ni, bapak sebenar tak tahu ke mana masa ni..


Persembahan ibu ibu mengandung... huu...


My group... Purple sesaje... Time sukaneka.. masa ni aku tak sampai lagi, sampai lambat sangat... 



Alya si comel lagi.. Harap anak ibu nanti keluar pun sama comel macam alya ye...



Urwah yang tak banyak ragam... senangnye jaga dia... menyegih je


Pelikat ball... Meriah habis...


Ko ade Bos sempoi macam ni???


Main main pasir sambil diperati oleh bapak bapak budak yang teruja nak main jugak


Santai - santai ibu dan anak.. Mungkin tahun depan aku macam gini gak gamaknya...


Ukasyah si kacak....



Rania yang sangat behave dan berdikari.. seronok tengok dia, boleh main sorang-sorang, tak kisah mak ayah dia sibuk main game lain..


Ibu ibu mengandung yang hanya mampu jadi penonton dan tukang sorak masa diorang main game


Ok banyak lagi gmabar sebenarnya, tapi takat ni je la nak tunjuk... huhu... Jadi lah satu entri..


Sekian... =)

Sunday, February 3, 2013

Bila Marah...

Orang kata kalau kite Tengah marah, untuk redakan marah tu, daripada tengah duduk, kita kena berdiri, kalau tak reda jugalah kita berjalan...  Tu orang kata. Aku kata Pulak,bila tengah marah, daripada tengah duduk, kita kena bangun dan bersiap, lepas tu ambil kunci kereta, tuju terus ke Shopping mall... Kalau x reda jugalah marah lepas Shopping, kita pergi makan sedap sedap Pulak..   Masa tengah duduk makan dan penat Shopping tu la kita boleh duduk bertenang sambil pikir kenapa kita rasa marah dan patutkah kita marah.. Kesan dan Akibat dari perasaan marah kita tu... Kalau kita positif, kita boleh lupakan kemarahan kita tu, kalau kita negatif, hati akan tetap keras dan nak marah jugalah...  Syaitan suka org marah marah Ni... Oleh itu marilah ucap Auzubillahhiminasyaitonnirajim...  Semoga dijauhkan dari sifat marah dan syaitan itu.

Saturday, February 2, 2013

Baju Baby Dah Siap Basuh... Yeah!!


Hari Jumaat semalam adalah cuti hari Wilayah, so ambil kesempatan yang ada untuk basuh baju baby. Rasa rasa macam dah cukup dah kot baju2, tuala, selimut, bedung semua tu untuk basic newborn. Nanti lepas lahir kita beli lagi ye baby, masa pantang tu ibu klik klik je beli online, sonang....


Basuh tangan je... Mula -mula kita asingkan kepada 2 baldi, satu yang bewarna warni, satu lagi putih. Takut ada yang turun warna kan..  


Lepas tu kite rendam dengan sabn ABD pureen ni... Wangi tau bau dia, memang bau baby sangat. Harum semerbak bilik air...huhu


Selepas direndam, di gosok gosok sikit dengan tangan, di bilas dan diperah... Jadi la satu baldi je...


Tshirt, romper dan sleepsuit baby... Cukup la tu kot kan... 


Set baju ber butang depan.. Ada 6 set je nih, cukup tak agak-agak nye yek? 


Sapu tangan, barut, sarung tangan, sarung kaki dan stokin. Mak aih, bercinta nak sidai benda kecil kecil ni... Sampai duduk bersila aku...huhu..

Tu first batch punya basuhan. Batch kedua pulak tak sempat nak snap gambar sebab dah penat. Batch kedua  tu basuh segala tuala, bedung, selimut dan lampin baby... Semua tu masuk mesin basuh dan putar jek.. Tak larat dah nak basuh tangan... hehe... 

Esok papa dia datang kita ajak pergi carefour cari bekas untuk simpan baju bay ni, beg hospital ibu dan beg hospital baby... Dah 7 bulan lebih ni kena lah bersiap sedia dengan apa juga kemungkinan kan... Lagi lagi bila duk jauh dari suami ni... 

Ok daaaaa....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails