Followers

Friday, September 20, 2013

Bestnye Jadi Baby, Montel-montel Pun tetap Cute!

Aku sebenarnye stress dari pagi tadi  lagi bila pakai baju kurung moden  rasa senak dan seksa tang perut.. Phewwwwww. Mesti korang membayangkan kehodohan pakai baju kurung moden ketat di perut kan? Tak de la ketat sangat, tapi rasa tidak enak la. Bila hembus napas, nampak la macam ada tayar kat perut, bila buat biasa, ok jew... ~ sedapkan hati..  Mula-mula macam nak tukar baju lain, tapi bile pikir kan betapa malas nye nak iron baju lagi, maka teruskan je la pakai baju ni..

Hailaaaa.. Terus aku stress sepanjang hari ni. Pastu terus bercita-cita nak berpantang macam masa baru lepas bersalin hari tu.. Hei, aku lost 20 kg tau lepas pantang kat pahang hari tu.. Berkat makan bubur nasi, roti  je tiap hari, tiada makan bergoreng dan di samping set bersalin nona roguy tu.. Pastu balik jb, duduk rumah mak 2 bulan ni, hambik... terus naik kat perut. Syorgaaaa sangat kan makanan mak masak... 

Aah tak kira, lepas ni aku memang kena berpantang semula... Hapuskan dan singkirkan lelemak ini!!!




Tengok intan tu.. .Montel2, mok2 pun orang still panggil comel. Jeles ibu! Ibu nak comel macam intan gak please...


Wednesday, September 18, 2013

Ibu Yang Bizi Menggila

Hai, hari ni nak citer pasal minggu2 terakhir aku sebagai wanita bekerjaya. Aku kn dh hntar notis 2 bulan 1st ogos hari tu. Maksudnya bulan ni adalah bulan terkahir la aku kerja. Dan aku request tempoh notis dua bulan tu aku kerja kt Hq jb je coz Intan senang aku nak jaga bila duduk jb dengan parent aku.

Bulan pertama notis tu ok la, bekerja riang ria kt jb, blik kerja bergoleh ngan anak. Bahagia sangat rasa walaupun suami nun jauh di Pahang. nak wat cam ne kan, gini la nasib...gitu.. So bulan kedua pulak start awal bulan aku dh kena outstation ke kl every week.. Isnin - khamis. Cian intan kena tinggal. Penat tak terkata berulang naik bas. Nak drvie x berani pulak kan sensorang.

Bos pulak, dh tau kite ni nak berenti, punye la banyak task die bagi kannn.. Full sampai hjung bulan. Penat mak nak... Dh la opsi kl tu tingkt 4 x de lift... Seksa rasa. Pulak bisness online aku cute creative creation bnyak pulak order masuk. Nak tolak sayang pulak . Lagi lagi bila pikir dh nak berenti kerja ni kan. Maka kerana masa yang terhad sgt pasal asyik ulang alik jb kl jb kl, rutin aku bila dalam bas adalah buat draft design buku doa customer.. Org sedap mentido dalam bas, aku genyeh2 mata depan laptop.

Bila kat jb, hari jumaat dan khamis kdg2, di gunakan sebaik mungkin untuk uruskan printing dan pos tempahan customer. Sabtu ahad sibuk siapakn tempahan paper bag n buku doa tu.. Penat... Kadang kesian tengok intan golek2 depan tv sorang2 sampai tertido masa aku siapkan tempahan.. Huuu.. Tp biasanya bila tengok dia golek2 tu mana tahan nak biar lama-lama.. Mesti nak golek2 jugak ngan si comel ibu tu. Bila dia dh tidur, baru aku sambung siapkan tempahan.

Alhamdulilah tempahan x putus. Rezeki Allah.. Semoga rezeki dari Allah tak putus buat kami sekeluarga...

Monday, September 9, 2013

Impian Yang Tak Tercapai Capai

Bile baca blog orang, cerita pasal lepas kahwin terus pindah rumah sendiri, deco rumah sendiri, serius teruja plus jeles.. Bila laaaaaaa dapat merasa hias rumah sendiri, pergi kedai perabot pilih-pilih mana suka, pilih warna cat kesukaan... Pikir susun atur rumah, hias laman, cari kain langsir, pasang wallpaper..


Nak... Nak.. Nak.... Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... =(

Tuesday, September 3, 2013

Intan Darina 4 Bulan ~ Dah Pandai Meniarap Dah Dia....

Ok, untuk rujukan intan di masa akan datang, Intan start meniarap sendiri di usia 4 bulan.. Bijak anak ibu...Cayang diaaaaa

Hari pertama pandai meniarap.. Kerja tak tidu siang tau.. Asyik la nak meniarap x mau baring.. Intan la Intan payung


Tengok.. Bila berjaya meniarap je terus pandang ib dan buat muka bangga... Hehe...


Dah malam2, mata dah kecil pun masih nak meniarap jugak... Sekarang tidur tak boleh pakai kelambu dah.. Lasak gila dia tidor sejak dah pandai meniarap dan berpusing-pusing ni...


Bangun-bangun tidur pun terus la meniarap... Intan la Intan... Ok itu je la kisah Intan meniarap...heeeee

First Time Berjauhan Dengan Intan....


Hari ni Selasa. Ibu kat outstation ke KL ni dari hari Ahad.. Sejak Intan dalam perut ibu sampai la Intan nak masuk 5 bulan ni, ni la first time ibu berjauhan ngan Intan... Rinduuuuuuuuuuuuuu sangat kat Intan. Setiap minit nak kene tengok gambar Intan ok. Balik kerja mesti nak tengok video Intan yang papa record sebelum ibu n papa gerak ke KL.. 


Ni gambar sehari sebelum Intan kena tinggal. Ibu n papa bawak Intan jalan2 g Jusco Bukit indah... Intan behave sangat. Walaupun duduk dalam stroller bukan main ganas sampai kaki terkeluar... 

 Ni senyuman Intan masa ibu n papa nak gerak pegi KL dah.. Suka la sangat dia tu.. Dia ingat ibu siap kan dia comey2 ibu nak bawak dia jalan lagi la tu.. Tapi sebenarnya nak tinggalkan dia kejap kat atok.. Oleh sebab atok nak pergi kenduri kahwin hari tu, so Intan pun kena la bersiap comey2 ikut atok pergi kenduri kahwin dan ibu n papa pulak gerak ke KL...


Ibu miss U so much Intan bucuk2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails