Followers

Friday, December 19, 2014

Kerenah Anak Pertama Nak Dapat Adik





Pehhhh... Sebelum taip entri, kesat dahi dulu... Ko tau, sejak dua menjak ni sejak mengandung ni, perangai Intan ya ampunnnnn... Sungguh mencabar kesabaran. Aku sekarang dah percaya la cakap orang yang anak kita ni dia macam tau bila dia dah nak dapat adik, perangai dia jadi terlebih sikit. Terlebih manja, terlebih nakal, terlebih aktif...

Aku ni sibuk tau. Walaupun duduk rumah yang kononnya jadi suri rumah tapi sebenarnya aku lagi sibuk dari pompuan yang kerja kat luar. Mana taknya, ko kalau kerja kat luar, anak ko hantar baby sister  atau taska kan? Kerja rumah siang confirm la tak buat kan? Tapi hakuu? Aku adalah suri rumah + online bisnes woman. Can u imagine? Bekerja mengadap laptop di samping menyudahkan kerja rumah dan jaga anak. Tapi kalau time order tak laju memang sedap la aku mengadap drama sambung sambung kat tv, tapi bila order lebat dan laju, masa itu adalah emas!

Sebelum ni Intan ok je, kalau aku duduk bilik mengadap kerja depan laptop, dia boleh main sendiri dalam bilik tunggang terbalik bakul mainan macam tongkang pecah bilik. Time aku masak, dia duduk dapur sama punggah pinggan mangkuk. Aku tak kisah pun dia sepah - sepah, asalkan dia bahagia dan aku dapat buat kerja aku jugak..huhu.. 

Tapi sekarang tidak lagi ok... Asal aku mengadap laptop, dia akan panjat aku, nak duduk atas riba, nak pegang mouse, nak capai itu ini. Bila aku basuh pinggan kat dapur, di tarik tarik aku keluar dari dapur suruh ikut dia main. Bila aku masak, melalak lalak nak suruh itu ini.. Sangat la mencabar emosi aku ya Allah.. Dia nak kita layan dia sentiasaaaaaaaaaaaaa..... Mak ko banyak kerja nakkk... Rupanya macam tu ye perangai anak pertama bila ibu dia nak bg adik baru.. Mungkin dia dapat rasa lepas ni dia akan kongsi ibu dia ngan adik dia, so dia nak perhatian yang lebih dari ibu dia sekarang...

Mula-mula aku asyik stress dan marah dia sebab geram sangat tak boleh nak buat apa tau. Tapi lama-lama rasa kesian pulak, dan aku layankan je.. Jadi masa aku buat kerja sangat terhad.. Ni dia dah tidur baru aku mengadap laptop betul-betul. Kadang bila mak su atau atok dia bawak dia jalan naik moto pergi kedai ke, jalan ke, baru la aku masak dan makan ape yang aku nak sangat makan dengan nikmatnya sebab dia tak da nak kacau...huhu...  

But aku sedar la dia memang nak perhatian, dan sekarang aku lebihkan perhatian kat dia.... Tak pa la ibu stay up je buat kerja lepas ni...Demi kesayanganku Intan Darina...

Monday, December 15, 2014

Cameron Highland Di Cuti Sekolah

Haluu ni sambungan entri pergi Tambun hari tu... Balik dari tambun kan lalu Cameron Highland, harus la singgah kejap. Lagipun awal sangat lagi.. Kita sampai Cameron dalam 3 petang. Hajat dihati memang nak singgah kat Lavender Garden ni ha.. Tak pernah singgah walaupun dh naik muak pergi cameron.. << Kononnnnn...hahaha



Syok sangat tido dalam kereta dari ipoh sampai la cameron. sedar sedar dah sampai Cameron. Tu pun papa yang kejut. Ibu ngan Intan sedap terbongkang kat belakang.. Dengan muka bangun tidur ayuh kita melawat ladang lavendar.. 



Eksited bukan main.. Cantik sangat tempat dia.. Cuti sekolah nak hoi, memang la ramai rombongan bas sekolahjoin sama... redho je laaa...


Motif papa dia suruh snap gambar mempomen kereta antik? Tu laa.. ada diploma automotif suruh kerja ngan puspakom ke perodua ke bergelumang dengan kereta tak nak, nak juga bergelumang dengan emas kat lombong nun...



Lavender uollssss.. First time tengok live... Tapi tak wangi pon???



Anak ibu bucuk bucuk Intan Payung


Sape suruh tiru gaya ibu?? Abaikan ibu mengandung 3 bulan yang gemok itu. Baru 3 bulan dah macam gitu kembangnya, cukup 9 bulan nanti?? Tak muat terus camera...


Ini bunga intan, Bungaaaa, B U N G A.. Bungaaaaaa...


Tak fun langsung la papa! 


Yeay selak skirt dia...


Habis raound Lavencder garden, kita singgah tempat wajib kita kalau ke cameron.. Iaitu minum teh  kat ladang teh... walaupun teh o strawberi secawan RM5 tapi redho je la sebab nak meikmati view ladang teh yang indah ni... 

Sebelum tu singgah pasar brinchang bli la skit untuk bawak balik. Beli jagung, strawberri, mainan intan,.. Eh cokelat cair untuk celop strawberry tak sedapa dh macam selalu beli.. Sampai hari ni tak habis pun cokelat tu pasal tak sedap. Strawberry dh selamat kita buat strawberry shake... Sedap yg amat..

Tu je la kisah cuti sekolaj kami yg tidak lagi bersekolajh...

Heehee..

Monday, December 8, 2014

Mini Kalendar 2015 Version Terbaru Dari Cute Creative Cretion

kalendar mini 2015

Kalendar Mini 2015 versi kalendar kuda kami buka tempahan mulai hari ini. Bersaiz mini yang comel dan sesuai sebagai doorgift kenang kenangan untuk majlis istimewa anda kepada para tetamu yang hadir.

Didatangkan dengan CUSTOMADE DESIGN iaitu anda boleh memilih design yang ada mahukan mengikut tema anda. Boleh juga diletak nama majlis, nama pengantin, dan sebagainya untuk bahagian Header Mini Kalendar ini.

Kalendar mini 2015 ini dilengkapi dengan Cuti umum dan cuti sekolah Malaysia untuk tahun 2015. 

Sangat sesuai sebagai cenderahati majlis Perkahwinan, Pertunangan, Aqiqah, Cukur Jambul, Kesyukuran dan sebagainya. 

Senarai Harga Mini Kalendar 2015  mengikut kuantiti adalah seperti berikut ;

100 Pcs = RM1.30
200 Pcs = RM1.10
300 pcs = RM0.90
500 pcs = RM0.80
1000 pcs = RM0.65

Murah, Berkualiti dan Berbaloi!!!!
Tempah sekarang Mini Kalendar 2015 dengan CUSTOMADE DESIGN

Untuk tempahan

whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

Sunday, December 7, 2014

Cuti Sekolah Kami Ke Lost World of Tambun

Haha walaupun anak kami masih belum bersekolah dan kami berdua pun bukan lah bekerjaya sebagai cikgu tapi tetap juga nak join mood cuti sekolah, berjalan jalan time cuti sekolah.. Sebenarnya dh plan lama nak pergi Tambun tapi last2 cuti sekolah juga jodoh ke Tambun ni.. 

Kami gerak dari koyan (sempat ke pejabat pos setlekan pos barang customer, cuci kereta semua) dalam pukul 10.30 pagi. Singgah makan KFC kat cameron highland, teruskan perjalanan melalui simpang pulai dan sam[ai kat tambun dalam pukul 2 petang..      


Kucing Tambun.. Huhu.. Intan eksited sangat tengok binatang ni kat pintu masuk


lepas je salin baju, terus tuju ke kolam budak kecik.. Aku yg terlebih eksited join Intan main gelongsor air tu. GIla laju, gedebuk aku jatuh dalam air. Dh la air cetek kan, rasa jugak lah terhentak punggung mak buyung  di dasar kolam. Terus insaf tak nak main lagi...huuu.. Lepas tu jadi tukang ambil gambar je tengok Intan ngan papa dia main air...aku cuma mampu duduk diam2 dalam air, tak berani nak main lagi...huhu.


Intan tarik tangan papa nak ajak main gelongsor air. Ibu adalah membosankan bagi dia pada ketika itu sebab aisyik duduk je dalam air macam bdak berendam. Tak fun langsung ibu ni!


Ko tengok... Ada hati papa dia nak lepaskan Intan sorang-sorang terjun dari gelongsor tu. Aku dah terpekik pekik dari hujung.. memang air tu cetek, tapi  dalam keaadan duduk intan tu paras dada jugaklah... 


Muka 2 orang kanak-kanak kepuasan dapat main gelongsor air. Dan ulang main 2, 3 kali lagi.. 


Main gelongsor besar pulak.. Kemain la seronok kan korang.. 


Lepas puas main air kat kolam budak ni, kitorang simpan telefon dalam locker, sebab nak masuk kolm dewasa yang macam sungai tu pakai pelampung besar. Best sangat pusing sungai tu... Papa kayuh pakai kaki dari belakang. Ibu kat tengah2, intan pulak depan sekali..huhu... Gambar tak da, sebab dah simpan telefon kan. Sangat happy family time tu.. Paling kelakor, aku masuk dalam lobang pelampung besar tu, lepas tu susah nak lepas keluar, haaaaaaaahaaa.. perut ku besar! Lakiku ketawa terbahak bahak sampai keluar air hidung! 


Lepas dah puas main air, kitorang salin baju nak main kat tempat mainan yang ni pulak.. Best nye la. Bestnya la papa a semua game dia main.. Aku yang mengandung ni kene sedar diri la kan. intan plak banyak mainan dia tak lepas ketinggian lagi. 


Intan jerit jerit suruh papa dia turun.. Papa! pAPA! Papaaaaaaaaaaa! Hahaaa... 


Kagum tengok papa naik buai tinggi pusing-pusing tu...


Dan ni jelah mainan yang Ibu dan Intan dapat dan layak  naik...haha...Marry Go Round.. 


Pastu naik keretapi pusing Lost world of tambun. Naik 2 x. Mula-mula lepas mandi tu dengan baju basah2. Tapi tak puas sebab tak dapat ambik gambar.  Lalu lepas salin baju, naik lagi sekali untuk tengkap gambar. Best. Ada Zoo,  Ada Kawasan biji timah, gua semua.. Tapi kita tak turun pun kat semua tempat tu, kita ambil gambar je...


Ada gajah batu


Ada Harimau


Zoo


Best! Ni masa nak balik. Intan takut ngan orang ni..haha... 


Kitorang stay kat Impiana Hotel Ipoh. Hotel Lost Word mahal nau time cuti sekolah... Nasib dapat book hotel Impiana ni online n dapat harga murah ari walk in.. Hotel selesa, bilik besar, best. =)

Oh ya, malam tu nak cari makan kat Ipoh punya la payah sebab kita mana la tau tempat kat ipoh ni kan... Punya la lapooo ko... Huhu..

Esoknya .... Next time la sambung...huhu.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails