Haluu ni sambungan entri pergi Tambun hari tu... Balik dari tambun kan lalu Cameron Highland, harus la singgah kejap. Lagipun awal sangat lagi.. Kita sampai Cameron dalam 3 petang. Hajat dihati memang nak singgah kat Lavender Garden ni ha.. Tak pernah singgah walaupun dh naik muak pergi cameron.. << Kononnnnn...hahaha
Syok sangat tido dalam kereta dari ipoh sampai la cameron. sedar sedar dah sampai Cameron. Tu pun papa yang kejut. Ibu ngan Intan sedap terbongkang kat belakang.. Dengan muka bangun tidur ayuh kita melawat ladang lavendar..
Eksited bukan main.. Cantik sangat tempat dia.. Cuti sekolah nak hoi, memang la ramai rombongan bas sekolahjoin sama... redho je laaa...
Motif papa dia suruh snap gambar mempomen kereta antik? Tu laa.. ada diploma automotif suruh kerja ngan puspakom ke perodua ke bergelumang dengan kereta tak nak, nak juga bergelumang dengan emas kat lombong nun...
Lavender uollssss.. First time tengok live... Tapi tak wangi pon???
Anak ibu bucuk bucuk Intan Payung
Sape suruh tiru gaya ibu?? Abaikan ibu mengandung 3 bulan yang gemok itu. Baru 3 bulan dah macam gitu kembangnya, cukup 9 bulan nanti?? Tak muat terus camera...
Ini bunga intan, Bungaaaa, B U N G A.. Bungaaaaaa...
Tak fun langsung la papa!
Yeay selak skirt dia...
Habis raound Lavencder garden, kita singgah tempat wajib kita kalau ke cameron.. Iaitu minum teh kat ladang teh... walaupun teh o strawberi secawan RM5 tapi redho je la sebab nak meikmati view ladang teh yang indah ni...
Sebelum tu singgah pasar brinchang bli la skit untuk bawak balik. Beli jagung, strawberri, mainan intan,.. Eh cokelat cair untuk celop strawberry tak sedapa dh macam selalu beli.. Sampai hari ni tak habis pun cokelat tu pasal tak sedap. Strawberry dh selamat kita buat strawberry shake... Sedap yg amat..
Tu je la kisah cuti sekolaj kami yg tidak lagi bersekolajh...
Heehee..
2 comments:
Bestnyer jalan2 kat CH.
Mmg cantik n sejuk je mata mmndang suasana kat sana
Best kan p CH.. Kak Iera dah p bulan 9 lps..
Post a Comment