Followers

Sunday, December 7, 2014

Cuti Sekolah Kami Ke Lost World of Tambun

Haha walaupun anak kami masih belum bersekolah dan kami berdua pun bukan lah bekerjaya sebagai cikgu tapi tetap juga nak join mood cuti sekolah, berjalan jalan time cuti sekolah.. Sebenarnya dh plan lama nak pergi Tambun tapi last2 cuti sekolah juga jodoh ke Tambun ni.. 

Kami gerak dari koyan (sempat ke pejabat pos setlekan pos barang customer, cuci kereta semua) dalam pukul 10.30 pagi. Singgah makan KFC kat cameron highland, teruskan perjalanan melalui simpang pulai dan sam[ai kat tambun dalam pukul 2 petang..      


Kucing Tambun.. Huhu.. Intan eksited sangat tengok binatang ni kat pintu masuk


lepas je salin baju, terus tuju ke kolam budak kecik.. Aku yg terlebih eksited join Intan main gelongsor air tu. GIla laju, gedebuk aku jatuh dalam air. Dh la air cetek kan, rasa jugak lah terhentak punggung mak buyung  di dasar kolam. Terus insaf tak nak main lagi...huuu.. Lepas tu jadi tukang ambil gambar je tengok Intan ngan papa dia main air...aku cuma mampu duduk diam2 dalam air, tak berani nak main lagi...huhu.


Intan tarik tangan papa nak ajak main gelongsor air. Ibu adalah membosankan bagi dia pada ketika itu sebab aisyik duduk je dalam air macam bdak berendam. Tak fun langsung ibu ni!


Ko tengok... Ada hati papa dia nak lepaskan Intan sorang-sorang terjun dari gelongsor tu. Aku dah terpekik pekik dari hujung.. memang air tu cetek, tapi  dalam keaadan duduk intan tu paras dada jugaklah... 


Muka 2 orang kanak-kanak kepuasan dapat main gelongsor air. Dan ulang main 2, 3 kali lagi.. 


Main gelongsor besar pulak.. Kemain la seronok kan korang.. 


Lepas puas main air kat kolam budak ni, kitorang simpan telefon dalam locker, sebab nak masuk kolm dewasa yang macam sungai tu pakai pelampung besar. Best sangat pusing sungai tu... Papa kayuh pakai kaki dari belakang. Ibu kat tengah2, intan pulak depan sekali..huhu... Gambar tak da, sebab dah simpan telefon kan. Sangat happy family time tu.. Paling kelakor, aku masuk dalam lobang pelampung besar tu, lepas tu susah nak lepas keluar, haaaaaaaahaaa.. perut ku besar! Lakiku ketawa terbahak bahak sampai keluar air hidung! 


Lepas dah puas main air, kitorang salin baju nak main kat tempat mainan yang ni pulak.. Best nye la. Bestnya la papa a semua game dia main.. Aku yang mengandung ni kene sedar diri la kan. intan plak banyak mainan dia tak lepas ketinggian lagi. 


Intan jerit jerit suruh papa dia turun.. Papa! pAPA! Papaaaaaaaaaaa! Hahaaa... 


Kagum tengok papa naik buai tinggi pusing-pusing tu...


Dan ni jelah mainan yang Ibu dan Intan dapat dan layak  naik...haha...Marry Go Round.. 


Pastu naik keretapi pusing Lost world of tambun. Naik 2 x. Mula-mula lepas mandi tu dengan baju basah2. Tapi tak puas sebab tak dapat ambik gambar.  Lalu lepas salin baju, naik lagi sekali untuk tengkap gambar. Best. Ada Zoo,  Ada Kawasan biji timah, gua semua.. Tapi kita tak turun pun kat semua tempat tu, kita ambil gambar je...


Ada gajah batu


Ada Harimau


Zoo


Best! Ni masa nak balik. Intan takut ngan orang ni..haha... 


Kitorang stay kat Impiana Hotel Ipoh. Hotel Lost Word mahal nau time cuti sekolah... Nasib dapat book hotel Impiana ni online n dapat harga murah ari walk in.. Hotel selesa, bilik besar, best. =)

Oh ya, malam tu nak cari makan kat Ipoh punya la payah sebab kita mana la tau tempat kat ipoh ni kan... Punya la lapooo ko... Huhu..

Esoknya .... Next time la sambung...huhu.. 

2 comments:

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Hafiz Hafizol said...

seronok sangat nie kak.. lama dah x main taman tema air nie.. haha.. XOXO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails