Followers

Tuesday, February 24, 2015

My Pregnancy : Mengandung di minggu ke 24

Minggu ke 24 maksudnya dah masuh 6 bulan. Perut dah boyot, perangai makin malas. Berat bertambah 3 kg dalam masa 2 minggu melayakkan aku buat ujian kencing manis untuk kali kedua iaitu minum air gula yang sangat la meloyakan itu. Rasa sakit hati pasal sebelum check up yang naik 3 kg ni, berat aku tak naik tau, nurse suruh naikkan berat badan, lalu aku balik jb makan dengan gembiranya, terus naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Terus nurse KD tu suruh aku pergi klinik koyan jumpa Doktor setelah aku merayu rayu tak mo minum air gula lagi dengan alasan baru minum masa 4 bulan hari tu dan result dia ok, tak da kencing manis.. Benci sangat.

Dalam kereta on d way nak jumpa Doktor tu aku duk la pikir alasan apa nak elakkan dari minum air gula ni. Rasanya alasan aku kuat. Sepanjang 6 bulan pregnant kali ni, berat aku baru naik 4 kilo, maksudnya masa bulan ke 6 ni je la berat aku naik sangat.. Tu pun pasal aku makan banyak kat jb. Kan maksimum boleh naik berat 12 kg sepanjang kehamilan. So tak yah laaaaaaaaa minum air gula.. Tak nak.. Bila sebut air gula je terus loya tekak aku ni.. Cukup-cukup la... 

Tapi bila jumpa Doktor, tak nak pulak aku berhujah bagai nak rak.. Cuma cakap, saya dah minum hari tu, baru lagi dan result ok, tak da Kencing manis ponnnn.. Lalu doktor memberikan tazkirah panjang lebar tentang kepentingan mengesan kencing manis semasa hamil dan kesan kencing manis kepada baby.. Maka aku redhooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.... Khamis ni minum air gula lagi!!!!!




Friday, February 20, 2015

Promosi Tempah Kad Kahwin Percuma Guest Book + Wedding Photo Props


Wahai bakal bakal pengantin, bride to be yang tengah survey kad kahwin, tengah cari idea kad kahwin, Jom tempah kad kahwin dari Cute Creative Creation. Kita ada buat promosi terbaru ni ha.. PERCUMA WEDDING GUEST BOOK + WEDDING PHOTO PROPS untuk tempahan 500 ke atas.




Jangan risau pasal design, kami bagi free caj of design, Tak kisah la korang nak kad kahwin tema floral ke, tema vintage ke, tema ekslusif ke, tema klasik ke, semua nya boleh.. Tak ada caj. 

Jom tempah kad kahwin dengan harga murah siap ada free gift lagi ni. Cepat-cepat sementara masih valid lagi promotion ni ye..

Hubungi kami atau layari Fb / blog Cute creative creation untuk tengok design kad kahwin sedia ada, kalau tak berkenan design sedia ada, beritahu saja tema anda dan kami buat design baru khas untuk anda


Jemput Ke Blog & FB Cute Creative Creation untuk melihat design sedia ada dan maklumat lanjut
whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2015

Happy Birthday & Sweet 18 to Me


Sweet 18 gitu sempena 18 februari katanya. Tq kepada suami, keluarga, dan kawan-kawan atas ucapan dan doa.. 

Saturday, February 14, 2015

Kilatkan Basikal Guna Losyen Johnson Baby


Bila papa basuh dan kilatkan kereta dia suka sangat memerhati dan tengok. Bila ada peluang, senyap-senyap dia kilatkan basikal dia pulak. Guna LOTION JOHNSON BABY lagi tuuuuuuuuuuuu... haaa... memang berlikat plus lembut basikal dia tuh..

Anak la anak...

Friday, February 13, 2015

Aduan : Perkhidmatan Nationwide Yang Sangat Teruk

Tracking No : 75292390

1. Barang saya (Tracking No : 75292390) telah di pos pada 6/2/2015 tapi sampai hari ni 13/2/2015 masih belum saya terima. 
2. Semakan online tracking no tidak dikemaskini sejak 7/2/2015
3. Saya telah cuba menghubungi nationwide Johor bahru berkali kali tapi tidak dijawab.
4. Online Enquiry form dah dihantar 2 kali langsung tiada respon.

Tolong jangan bagi alasan Raya Cina menyebabkan ia lambat dihantar kerana ini bukan pertama kali masalah begini berlaku. Pernah berlaku sebelum ini, setelah saya call nationwide Johor Bahru, barulah barang saya dihantar pada hari tu juga, tapi dalam kes kali ini, nationwide langsung tidak dapat dihubungi

Sekiranya pihak nationwide tiada tenaga kerja atau kemampuan yang mencukupi untuk memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, sila berhenti daripada menawarkan perkhidmatan yang sangat teruk ini.

Sikap & perkhidmatan yang  sambil lewa, tidak bertanggungjawab pihak anda sangat sangat menyusahkan hidup orang lain dan mendatangkan kerugian di pihak pengguna.

TOLONG RESPON email saya secepat mungkin.  

- Ni isi email yang aku send pada nation wide setelah perpuluha kali call tak dapat, 2 kali send online enquiry form langsung tak ada respon dan muntah hijau check online tracking no dia yang last update 7/2/2015. SANGAT GERAM!!! 

Monday, February 9, 2015

Cuti Sudah Habis Bro..

Hai.. Bersiaran langsung dari Pahang Darul Makmur.. Kami dah balik Pahang semula setelah 2 minggu bercuti cuti kat JB... Cutiiiiiiiiiii... Cuti dah habis bro.. Duit pun makin tipis sebab asyik shopping je keje ko kat JB..


Antara aktiviti shopping dan berjalan jalan kat jb..


Naik kereta tok ayah semestinya


Jalan jalan cuci mata masuk kedai perabot vari inspirasi dan idea gitu..


Selfie sebelum shopping


Kat mall


Model tak berbayar


Manja tetapi garang


Antara hasil shopping, baju raya cina untuk Intan

Ok dh habis cuti, dah habis shopping... Sekarang mari kita bekerja keras semula menambahkan tabungan! Huuuu

Thursday, February 5, 2015

Non Stop Order

2 minggu kat Jb, 2 minggu jugaklah order non stop aku terima. Alhamdullilah rezeki Allah bagi.. Bawa balik paper bag kosong 1000 pcs ke jb  pun dah habis. Nasib baik kt sini aku tak berapa bizi buat kerja rumah, membasuh or masak sebab mak yang buat.. heee... Dasar anak duduk rumah emak! Jadi dapatlah fokus siapkan semua tempahan. Agak-agak dah penat mengadap kerja depan laptop, baru la cari kerja rumah tolong mak lipat baju kemas rumah ke ape ke kan..   


Antara tempahan 1000 Tasbih mini 


Printed paper bag untuk Majlis Aqiqah & Birthday



Doorgift buku doa majlis Aqiqah


Paper bag lagi untuk majlis kenduri kesyukuran dan cukur jambul


Buku doa doorgift majlis sambutan ulangtahun


Kalendar kuda mini doorgift


Guest book pengantin tema hijau


Cover guest book customade design


Guest book lagi tema pink


Guest book pengantin request letak gambar


Guest book lagi tema purple cadbury katanya


Pon letak gambar juga...


Alhamdullilah Rezeki Allah mencurah-curah.. Aku pun mencurah-curah jugak duit kat shopping mall sepanjang duk jb dua minggu ni.. Dasar perempuan dah lama gian nak shopping...haha....

Kepada anda anda bride to be, bakal pengantin atau mak ayah yang sedang mencari idea doorgift untuk majlis korang, boleh lah dapatkan produk berikut daripada Cute Creative Creation

Doorgift Buku Doa
Doorgift Kalendar Mini
Doorgift Mini Tasbih
Printed White @ Brown Paper Bag
Wedding Guest Book
Wedding Photo Props

Sesuai untuk semua majlis Perkahwinan, pertunangan, aqiqah, cukur jambul, kenduri kesyukuran, birthday dan sebagainya....

Jom jenguk blog atau fb Cute Creative Creation untuk tengok contoh2 tempahan lain dan juga untuk buat tempahan 


sms/whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails