Minggu ke 24 maksudnya dah masuh 6 bulan. Perut dah boyot, perangai makin malas. Berat bertambah 3 kg dalam masa 2 minggu melayakkan aku buat ujian kencing manis untuk kali kedua iaitu minum air gula yang sangat la meloyakan itu. Rasa sakit hati pasal sebelum check up yang naik 3 kg ni, berat aku tak naik tau, nurse suruh naikkan berat badan, lalu aku balik jb makan dengan gembiranya, terus naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Terus nurse KD tu suruh aku pergi klinik koyan jumpa Doktor setelah aku merayu rayu tak mo minum air gula lagi dengan alasan baru minum masa 4 bulan hari tu dan result dia ok, tak da kencing manis.. Benci sangat.
Dalam kereta on d way nak jumpa Doktor tu aku duk la pikir alasan apa nak elakkan dari minum air gula ni. Rasanya alasan aku kuat. Sepanjang 6 bulan pregnant kali ni, berat aku baru naik 4 kilo, maksudnya masa bulan ke 6 ni je la berat aku naik sangat.. Tu pun pasal aku makan banyak kat jb. Kan maksimum boleh naik berat 12 kg sepanjang kehamilan. So tak yah laaaaaaaaa minum air gula.. Tak nak.. Bila sebut air gula je terus loya tekak aku ni.. Cukup-cukup la...
Tapi bila jumpa Doktor, tak nak pulak aku berhujah bagai nak rak.. Cuma cakap, saya dah minum hari tu, baru lagi dan result ok, tak da Kencing manis ponnnn.. Lalu doktor memberikan tazkirah panjang lebar tentang kepentingan mengesan kencing manis semasa hamil dan kesan kencing manis kepada baby.. Maka aku redhooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.... Khamis ni minum air gula lagi!!!!!
No comments:
Post a Comment