Followers

Friday, February 13, 2015

Aduan : Perkhidmatan Nationwide Yang Sangat Teruk

Tracking No : 75292390

1. Barang saya (Tracking No : 75292390) telah di pos pada 6/2/2015 tapi sampai hari ni 13/2/2015 masih belum saya terima. 
2. Semakan online tracking no tidak dikemaskini sejak 7/2/2015
3. Saya telah cuba menghubungi nationwide Johor bahru berkali kali tapi tidak dijawab.
4. Online Enquiry form dah dihantar 2 kali langsung tiada respon.

Tolong jangan bagi alasan Raya Cina menyebabkan ia lambat dihantar kerana ini bukan pertama kali masalah begini berlaku. Pernah berlaku sebelum ini, setelah saya call nationwide Johor Bahru, barulah barang saya dihantar pada hari tu juga, tapi dalam kes kali ini, nationwide langsung tidak dapat dihubungi

Sekiranya pihak nationwide tiada tenaga kerja atau kemampuan yang mencukupi untuk memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan, sila berhenti daripada menawarkan perkhidmatan yang sangat teruk ini.

Sikap & perkhidmatan yang  sambil lewa, tidak bertanggungjawab pihak anda sangat sangat menyusahkan hidup orang lain dan mendatangkan kerugian di pihak pengguna.

TOLONG RESPON email saya secepat mungkin.  

- Ni isi email yang aku send pada nation wide setelah perpuluha kali call tak dapat, 2 kali send online enquiry form langsung tak ada respon dan muntah hijau check online tracking no dia yang last update 7/2/2015. SANGAT GERAM!!! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails