Followers

Thursday, May 28, 2015

Koleksi Baju Raya Dar Nurita Harith Yang Meletop

Bulan depan dah start puasa, maka bermulalah juga proses mencari-cari baju raya untuk kita dan keluarga kan? Lagi lagi perempuan macam aku yang gila shopping. 



Pereka fesyen bernama Nurita Harith memang  sangat dikenali ramai. Namanya sebaris dengan pereka fesyen terkenal tahah air yang lain kerana kejayaan yang dimilikinya. Bakatnya dalam menghasilkan koleksi baju pengantin yang menawan dan menarik tidak dapat di sangkal lagi.  Selain itu rekaannya yang selalu mencuri tumpuan ialah untuk evening  wear, pakaian tradisional dan pelbagai lagi, sangat pelbagai kan?

Elemen femnin sentiasa ada dalam setiap koleksi fesyennya dengan penggunaan soft layers dan drapes. Selain minat beliau  dalam industri fesyen sendirii, penglibatan  beliau yang cukup meluas dalam dunia fesyen merupakan pendorong dalam kejayaan beliau hari ini. Seperti kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan...heee

Nurita Harith mendapat pendidikan di Surrey Institute od Art di London. Elemen unik dalam setiap rekaannya dan minatnya terhadap seni antara faktor membuatkan kita kagum dengannya.  Beliau tidak pernah gagal menghasilkan pakaian yang cantik, terkini dan sesua untuk dipakai oleh wanita pelbagai peringkat umur. Bakat dan rekaan beliau menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di Malaysia seperti Haniz Zalikha yang merupakan selebriti blogger yang terkenal. Selain itu, pengacara popular Neelofa juga  adalah antara selebriti popular yang  menjadikan koleksi Nurita Harith sebagai pilihannya.  Patutlah cantik je selalu baju diorang kan kat TV.



Berita baik untuk anda dan aku sendri, koleksi baju raya Nurita Harith sudah boleh didapati untuk musim lebaran pada tahun ini yang menampilkan elemen pergerakan dan sifat perubahan artistic.  Sangat menarik bukan konsep untuk koleksi Nurita Harith pada tahun 2015 ini?  Masakan tidak, Koleksi Hari Raya  yang istimewa ini adalah hasil kerjasama beliau dengan ilustrator kontemporari terkemuka dan artis abstrak D.U.R.A  Belau sekali lagi berjaya menonjolkan keunikan untuk koleksi Hari Raya ini sekaligus menyebabkan koleksi baju raya terbaru ini mendapat sambutan yang hebat daripada peminat dan pengikut beliau. Cantik, menarik, meletop.  

Saturday, May 23, 2015

PROMOSI SET TASBIH MINI SIAP PACKING DAN TQ TAG


Berita baik untuk 3 hari ni sahaja. 22 hingga 25 Mei 2015. Cute Creative Creation sedang buat harga promosi untuk Tasbih Mini siap packing dan TQ tag. Sangat sesuai sebagai doorgift pelabagai majlis seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, Aqiqah, Cukur Jambul dan sebagainya... 

Harga biasa Loose Tasbih Mini adalah RM1.30. Tapi sempena promosi 3 hari ni dengan harga yang sama iaitu RM1.30, anda bukan sahaja dapat Tasbih mini tapi juga packaging yang cantik berserta Tq Tag di dalam nya. Sangat berbaloi.

Apa lagi, jom tempah sekarang, 3 HARI SAHAJA OK PROMOSI TASBIH MURAH NI!!!

WHATAPPS  =  0127164176

https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

SEGERA!!!!!



Wednesday, May 20, 2015

Mengandung 38 Minggu, Tanda Nak Bersalin

Hari ni check up mingguan kat Klinik. Punya la malas aku ni sekarang nak ke klinik. Tiap kali nurse KD yang call suruh datang, Kak patutnya kelmarin ni kak check up, bila akak nak datang? Huuuu... Bangun la aku lemah longlai terus mandi dan siap-siap nak ke Klinik. Nasib la dah jadi orang kampung kan sekarang, punya manja ke klinik pun nurse yang call ingatkan.. Kalau duk jb lagi, kau rase??? Pagi2 buta dah bangun dah kene ambil giliran yang dah keberapa puloh kat Klinik kesihatan tu.. Kat kampung ni, kilinik desa tak ramai orang boleh la kau mengada, datang-datang memang ko sorang je pesakit kat situ.. Sukati ko la nak datang pukul berape...

Result check up hari ni, Hb turun, tekanan darah turun. Nurse komen, muka nampak letih, dah larat dah ye kak? haaaaahaa... Memang tak berapa larat dah akak ko ni sekarang. Semalam petang ada rasa contraction selang berapa minit, tapi tak kuat.. tapi berulang kali. Aiseyy nak beranak dah ke aku ? Tapi aku duk baring je la mengiring melayan contraction tu.. Tak bagitau husband pun pasal nanti dia cuak lebih tak pasal cancle nak makan steamboat kat Raub malam nanti. Lepas tu hilang macam tu je rasa mengeras tu. Malam lepas makan steamboat,balik terus tido.. Rasa penatnye lahai.. Padahal duduk dalam kereta je pon.. bukan ada berjalan sangat pun.. 

Tetiba tengah-tengah pagi rasa sakit pinggang sangat. Rasa betul betul kat bahagian belakang bawah. Sakit amat, mencucuk cucuk. Macam period la sakit dia.. Puas la aku bengkokkan lutut nak tahan sakit, lepas tu tertido. Lepas tu datang lagi sakit tu berulang ulang. Asal sakit sangat je terjaga la aku. Dekat subuh aku terjerit sikit, sakitnya abang!  Ingatkan husband masih tido lagi, rupanya dia tersedar juga. Ha? sakit? Mula la nak cuak macam aku nak beranak dah. Perut pulak rasa macam nak berak je, terus la aku bangun pergi toilet macam nenek tua si bogkok 3 terbongkok bongkok pegang pinggang ke tandas..

Mencabarnye la dia punya sakit. Lepas subuh nak tidur balik sebab masih rasa sakit macam sengugut tu. Cakap kat husband, tak yah la keje hari ni.. Dia kata kenapa? Aku cakap tak da pe2.. Pastu terus tido balik. Bangun bangun pagi, tengok dia dah pergi kerja! Stressnya mak.... Mak dah la sakit pinggang ni, nak kene pergi klinik, drive sendiri la dengan Intan tu pergi Klinik pagi tadi dengan rasa sikit marah... Tu muka tak da mood, lesu je.. Nurse pun tegur nampak letih... 


Tq Intan teman Ibu pergi Klinik walaupun Intan buat perangai tak nak mandi pagi sampai ibu kena angkut dia masuk bilik air, buat perangai balik dari klinik tak nak pakai slipar.. Turun dari kereta tak nak pakai selipar... Nangis ibu koooo... Dengan perut memboyot nak menjeritkan perangai dia lagi...huuuu..

Harapan aku kalau lah ditakdirkan bersalin minggu ke 38 ni, aku tak kisah, tapi mohon Allah permudahkan dan percepatkan proses bersalin aku supaya tak la aku duk hospital lama-lama, kesian Intan nanti... 




Saturday, May 16, 2015

Tempahan Surah Yasin Doorgift Custom Made Dibuka Semula



Surah Yasin Doorgift  dengan customade cover.  Buku Yasin ini sesuai untuk dijadikan doorgift, cenderamata dan cenderhati bermanfaat kepada tetamu majlis anda

 Sesuai untuk dijadikan doorgift & cenderahati perlbagai majlis
-  Doorgift Majlis Perkahwinan
- Doorgift Majlis Pernikahan
- Doorgift Majlis Pertunangan,
- Doorgift Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
- Cenderahati Kenduri Kesyukuran
- Cenderahati Kenduri Tahlil
- Cenderahati Majlis Harijadi

Doorgift / Cenderahati yang Bermanfaat & Berkualiti dengan Harga Bajet
Mengandungi 28 mukasurat termasuk cover
- Khafiat membaca Surah Yasin
- Surah Yasin & Terjemahan bahasa melayu
- Doa selepas membaca surah Yasin

Cover adalah customize. 
- Boleh pilih design sedia ada atau request design baru / tukar warna
- Boleh letak nama, tarikh atau ucapan
- Tiada caj tambahan untuk design

Kualiti Yang Terjamin.
- Cover daripada kertas Glossy Art Card 230 gsm (Berkilat)
- Content daripada kertas Glossy Art paper 85gsm (Berkilat)

Harga Surah Yasin  Doorgift 
100 pcs RM3.40/pcs
300 pcs RM2.50/pcs
500 pcs RM1.95/pcs
800 pcs RM1.55/pcs
1000 pcs RM1.35/pcs

FREE POSTAGE UNTUK TEMPAHAN 500 PCS KE ATAS!!!

Hubungi kami untuk tempahan & maklumat lanjut
whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

Wednesday, May 13, 2015

Mengidam Di Kala Mengandung 37 Minggu


Nyumm Nyum... Baru lepas lunch kat Secret recipe tadi. Sebenarnya aku mengidam sangat nak makan stimboat kat Seol Garden. Terbayang bayang kuah tomyam dia yang pekat dan pedas tu. Tapi kat Kuala Lipis ni mana la hado Seol Garden nye. Paling dekat yang ada pun kene pergi KL. Dengan perut yang dah 37 minggu dan rasa nak beranak ni, aku rasa memang tak kesampaian la nak ajak husband ke KL semaa-mata nak makan Seol Garden. Maka terus teringat Tom yam kung kat Secret recipe pun sama sedap, pedas dan pekat macam tom yam Seol Garden tu. 

Jadi bila husband cuti hari ni dan kami pun dari malam tadi duduk kat rumah Lipis ni, maka tengahari kita makan kat Secret Recipe, order lah mak buyung Tom Yum Kung. Pehhhhh sedap gila, sedap dia berkali ganda bila kita mengidam ni. Tahu je la kan, secret recipe portion makanan dia kan besar-besar, selalu kalau order aku makan mesti tak habis dah muak. Tapi tadi, makan dengan selera sangat sampai habis kau! Licin aku makan sorang. Penangan mengidam kan.. Aku rasa Tom Yum Kung yang aku dapat tadi dia punya plating lagi mengiurkan dari gambar atas ni. Aku tak snap gambar pun tadi. Tak ingat...hehe.. TOm Yum dia punya merah menyala, udang dia besar gila... Sedap sangat aku menikmati tadi...

Alhamdullilah tertunai hasrat perut....hehehe

Mengandung 37 Minggu

Masuk 37 Minggu ni alahai tak berdaya sangat. Semalam pergi check up kat klinik, pergi pejabat pos pos barang customer. Berdua je dengan Intan. Intan pulak tak tahu kenapa dia hiper sangat semalam, macam nak pengsan aku nak control dia. Dah la tunggu giliran kat Klinik sikit punya lama. Kat pejabat pos pun boleh tahan lama jugak. Dari pukul 10 pagi, pukul 1 ptg  baru siap. Sampai rumah terus rasa nak demam, nak pengsan semua ada. Baring atas katil, nasib baik Intantenton balik-balik terus tidur, boleh aku berehat atas katil kejap. Tapi tak boleh nak lelap pun, badan berpeluh-peluh macam nak demam. Punya la letih..  Baru sedar sebenarnya diri tu dah tak larat dan tak mampu buat kerja berat sorang2, dah tak boleh drive sorang-sorang. Dah tak daya.

Nak baring pun macam tak sedap hati memikirkan ada lagi order yang tak siap. Dalam hati 2 hari ni rasa macam akan bersalin tak lama je lagi. Ni semua pasal tabiat baca pasal pengalaman bersalin orang lain sebelum tidur. Sampai malam sebelum tu, termimpi adik  baby dah keluar dan aku dah kat JB pun berpantang. Sebenarnya malam tu tidur pun tak lena, sakit sangat pinggang. Bangun pergi toilet 4,5 kali satu malam. Dah la nak bangun dari katil punya seksa.Tu yang rasa macam nak dekat beranak sangat je tu. Jadi kena siapkan order orang awal-awal.. Tak tenang dibuatnya selagi tak siap.

Tapi bila order semua dh siap, boring pulak tak da buat apa2 dan risau pulak income tak masuk..hihi.  Harap semuanya dipermudahkan.. Cepat & mudah bersalin. ce[at balik Jb dan cepat kurus semula.Berat aku nak cecah 90 kg dah oiiiiiiiiiiii.... Pengsan nak kurus balik! 




Saturday, May 9, 2015

Deko Rumah Sewa

Sebenarnya tak da la deko sangat pun. Yang basic je. Ni gambar gambar selepas rumah di cat, di pasang langsir, dimasukkan perabot asas. Non ada lagi frame frame gambar, hiasan bunga bungaan dan sebagainya. Semuanya basic sahaja. Tema deko rumah sewa kita warna Cokelat, merah dan hitam gitu. Kombinasi laki bini. Dah bini nak tema cokelat untuk rumah ni, laki pulak tak habis habis dengan hitam merah dia, maka beginalah combination dia.



Ruang tamu. Kecil je rumah sewa kami, tapi selesa Alhamdullilah, Tak la penat nak mengemas dan tak la banyak nak kene beli perabot..haha..  Ni je pun dah banyak berhabis duit simpanan kami.. Ruang tamu cuma ada sofa L shape, Rak tv, tv dan meja kopi free gift dari beli sofa tu..hehe.. Carpet tu made in Nilai 3. Murah-murah je beli. Kalau ikut laki ku, dia nak yang tebal, baru rasa kalau pijak katanya. Tapi ikut aku pulak, biar la tak tebal, asal ok, besar dan ikut bajet. Maka dapat lah karpet besar kotak kotak tu dengan harga RM159 je uollsss... Murah sangat..Muat satu hall..Corak kalau ada warna merah tu confirm la laki ku yang empunya pilihan.. Asalkan harga ikut bajet aku, maka bersatu hatilah kami membeli.. 




Antara runag tamu dan ruang makan ada banyak space maka aku letak satu lagi karpet berbulu yang panjang tu dekat situ. Best lepak baring-baring kat karpet tu dan area tu pun betul-betul bawah kipas, sejuk je... Intan pun kalau tengok tv suka baring situ sampai tertido..Karpet pun made in Nilai 3 jugak. Yang ni mula-mula husband tak suka, tak kasi bel sebab takut banyak sangat habuk sembunyi nanti. Tapi aku nak jugak, aku kan RAJIN vacum karpet...haha...



Ni pulak view dari ruang makan. Hurmm.. Tema hitam merah lagi, siapa lagi yang pilih kan.. Sayang sangat orang yang pilih tu dengan meja makan dia. Siap bubuh plastik takut rosak meja makan dia. Tak lain tak bukan  laki ku lah. 




Aku gagah tampal wallpaper kat ruang makan ni. Nak kasi cantik sikit. Kalau tak nampak sama je semua dinding kan. Gigih pasang sendiri masa mengandung 6 bulan ok. 





Dapur kecil je. Muat la nak letak yang asas. Dapur gas pinggan mangkuk semua dah ada.. Periuk kuali cerek je yang tak da lagi..haha.. Tunggu la lepas pantang nanti baru cari. Sekarang ni memang tak duduk betul lagi, cuma sekali sekala datang tidur. Hari tu family datang dari Jb pun siang malam ajak makan luar je..hehe.. Dapur tak berasap... Ais box penuh dengan makanan, bila lapar tak yanh masak, makan je apa yang ada...

Tu je la kisah rumah sewa kami yang baru siap. Nanti lepas pantang baru start deko ddeko hias rumah betul-betul. Sekarnag ni tengah tunggu hari nak bersalin, memangtak ada mood nak teruskan perjuangan menyiapkan rumah ...




Tuesday, May 5, 2015

Bercuti Di Avillion Admiral Cove Port Dickson

Sepeti yang aku cakap 2 minggu lepas, planning nak becuti cuti sebelum bersalin dah pun diselesaikan. Hah. Tapi mood aku sikit punya rosak first day tu di buat papa Intan. Aku ngan Intan dh siap dari pukul 9 pagi lagi. Siap pergi KLinik kejap check up adik baby. Pukul 10.30 dah sampai rumah, ingat dah boleh bertolak pergi pd tapi papa intan boleh pulak pergi bengkel kereta nak ambil kereta kesayangan dia tu. Amarah nye lah aku. Pasal dah la kereta tu belum siap lagi, dia boleh tunggu kereta tu sampai siap. Pukul 11 tak balik lg, pukul 12 tak balik lagi, pukul 1 pun tak balik lagi! Maka amuk  la mak buyung yang dah eksited sangat nak bercuti ni. Mana tak nya, aku dah plan baik punya bertolak pagi-pagi jadi boleh la bersantai-santai duduk dalam hotel sambil tengok pemandangan laut.. Last2 di tengahari buta tu aku ngan intan sampai tertido tunggu papa dia balik. Pkul 1 lebih baru sampai rumah. Aku dah masam muncung panjang 8 kaki dah! Langsung tak cakap apa dari bertolak sampai la ke PD. 


Sampai PD pukul 6 petang lebih... Sepanjang perjalanan memang muncung je la muka aku..haha... Bagus jugak buat macam tu. Papa Intan pun tak berani tegur, so tol, minyak semua dia bayar. Selalu kita share,.. haha.. Dah nak masuk hotel baru aku bersuara cakap nak makan dulu lapar! Kahkah. kebulor gila ok sebab ego sangat nak sentap2 nak merajuk tak nak bercakap ngan laki sampai tengahari pun tak makan lagi pasal malas nak bercakap dengan dia yang aku lapar tanpa protes. Pukul 6 lebih confirm la dah kebulor sangat.. So kitorang makan dulu kat kedai makan depan pantai.. Lepas makan barulah mood aku ok sikit...hehe..



Check in hotel, dh booking awal-awal guna Agoda tapi dapat bilik yang tak da view laut, trus minta tukar bilik lain yang mengadapa laut, tak pa kena tambah duit janji dapat view cantik dan menenangkan hatiku yang masih lagi panas tu.. Ni la view dari bilik... Best sangat. Tenang je rasa. Selain kapal-kalap yang berlabuh, dari bilik ni juga boleh nampak kapal terbangyang banyak sangat terbang rendah, aku rasa kapal terbang tu semua on the way nak ke KLIA, tu yang terbang rendah sangat tu. Intan suka la sangat.  Dia belajar 2 jenis transport lagi kali ni iaitu kapal laut dan kapal terbang.. Suka sangat duduk kat balkoni tu tengok kapal dan kapal terbang. Malam tu kita keluar pergi giant jap lepas tu drvie thru mcd. Aku memang nak rilek2 dalam bilik je, maka makan la kita mcd dalam bilik sambil tengok laut malam.


Pagi-pagi lagi lepas bangun tidur Intan dah tercongok depan balkoni tengok laut. Mintak susu, menyusu pun sambil baring kat depan ni. Sampai jatuh botol susu dia dari balkoni tu..haha.. Nasib baik ibu bawak 2 botol susu.  Lepas susu, siap-siapkan dia untuk breakfast dan mandi swimming pool. Tak mandi pagi pun, cuma basuh muka je... Intan dah siap-siap pakai bikini dan sarung tshirt dan seluar pendek. 



Papa pulak baru bangun. Tak menghayati percutian langsung kan papa tu Intan. Sementara tunggu papa dia bersiap, Intan tetap mengadap balkoni tengok laut. Tengok kapal dan kapal terbang. 



Muka mak buyung di pagi hari tak mandi memang tak boleh belah. Masa ni baru lepas sarapan. Intan happy sangat la nak terjun swimming pool. 





Sebelum Intan mandi wimming pool, kita ambil gambar pemandangan sekital hotel dulu. Menarik dan cantik. Cuma sayangnya tak da area yang boleh main pasir dan air laut. Semuanya macam pelabuhan bagi kapal kecil macam ni. Kalau nak main air laut kena menapak tempat jauh sikit, lalu mak buyung tidak kuasa.... 




Tiba la masa Putri Intantenton merendamkan diri dalam swimming pool


Suka sangat la dia, memang tujuan aku ke sini nak happykan dia sebelum bersalin. Nanti dah bersalin berapa lama lagi baru boleh holiday macam ni. Kena tunggu adik baby besar sikit baru boleh kan.



Masa ni pagi lagi, baru pukul 8 lebih kot, so cuaca tak panas dan best je, budak2 pun tak  ramai lagi. Masih menikmati tidur mungkin. Best la, tenang dan happy je.. 


Anak dara ibu yang dah nak jadi kakak. Lepas puas berenang, bawak dia masuk bilik, mandikan dan bagi susu panas, terus tidur balik. Fuh.. Penat sangat gayanya main air kat swimming pool tadi. Aku pun siap-siap berkemas walaupun baru pukul 10 lebih. 



Pemandangan bila tengahari. SubahanaAllah, cantik sangat. Laut nampak biru.. Maka aku pun bersiap siap nak check out. Macam rushing je percutian kali ni. Sebab takut balik nanti jem kat hiway, cuti panjang baru start kan. Lagi satu family aku nak datang pahang esok harinya, jadi kena la balik awal untuk prepare ape yang patut. 


Lepas bersiap kita snap snap gambar la dulu sebelum chekc out.Intan bagun tidur macam biasa terus mengadap laut. Tak sia-sia tukar bilik sea view.. =)


Mak buyung kembang setaman. OMG belive or not, di kala 9 bulan mengandung ni berat aku dah almost 90kg! Matilah nak turunkan balik berat... Masa bersalin intan tu, sehari sebelum bersalin berat 82 kg je. Ni sebulan lagi nak bersalin berat dah nak cecah 90 kg! 


Family Picture.. Intan ni sekarang memang susah kalau di ajak bergambar.. Tengok la tu, habis nak di kokangnye pipi papa dia tengah kita nak snap gambar.  tak pa la nak, janji muka ibu ngan papa ko meletop dalam gambar ni.


Balik tu Alhamdullilah dari PD ke KL lancar, tapi line sebelah yang dari KL ke JB hazab yer jem dia... Panjang gila.. Sepanjang perjalanan.. Kami singgah KL kejap konon nak cari mainan Intan Slide and swing tu kat Aeon big tapi non ada.. Aku pulak boleh terlupa nak ajak papa Intan cari kat chow kit.. Padahal dari rumah tu la tujuan nak singgah KL.. 

Begitulah percutian singkat, emo dan kejap kami ke Port Dickson....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails