Followers

Wednesday, May 13, 2015

Mengidam Di Kala Mengandung 37 Minggu


Nyumm Nyum... Baru lepas lunch kat Secret recipe tadi. Sebenarnya aku mengidam sangat nak makan stimboat kat Seol Garden. Terbayang bayang kuah tomyam dia yang pekat dan pedas tu. Tapi kat Kuala Lipis ni mana la hado Seol Garden nye. Paling dekat yang ada pun kene pergi KL. Dengan perut yang dah 37 minggu dan rasa nak beranak ni, aku rasa memang tak kesampaian la nak ajak husband ke KL semaa-mata nak makan Seol Garden. Maka terus teringat Tom yam kung kat Secret recipe pun sama sedap, pedas dan pekat macam tom yam Seol Garden tu. 

Jadi bila husband cuti hari ni dan kami pun dari malam tadi duduk kat rumah Lipis ni, maka tengahari kita makan kat Secret Recipe, order lah mak buyung Tom Yum Kung. Pehhhhh sedap gila, sedap dia berkali ganda bila kita mengidam ni. Tahu je la kan, secret recipe portion makanan dia kan besar-besar, selalu kalau order aku makan mesti tak habis dah muak. Tapi tadi, makan dengan selera sangat sampai habis kau! Licin aku makan sorang. Penangan mengidam kan.. Aku rasa Tom Yum Kung yang aku dapat tadi dia punya plating lagi mengiurkan dari gambar atas ni. Aku tak snap gambar pun tadi. Tak ingat...hehe.. TOm Yum dia punya merah menyala, udang dia besar gila... Sedap sangat aku menikmati tadi...

Alhamdullilah tertunai hasrat perut....hehehe

4 comments:

SYANI said...

Alhamdulillah...
Penuhi je hajat nak makan apa2 sebelum bersalin.. Nanti idak le kempunan..

SyamilaMohd said...

alhamdulillah dan 37 minggu yea... tahniah dear.... semoga selamat semuanya... amiinn... ^_^

Cik Aish said...

time time mcm ni...makan je apa yg rasa nak mkn. masa ni baby dlm perut dah boleh rasa apa yg kt makan. make sure berkhasiat ye :) congrat

Suhana Mohd.Diah said...

Wahh...it can be anytime!so silalah penuhi hajat di waktu singkat ni..hihihi..

Jemput jenguk blog saya ya!
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails