Hari ni check up mingguan kat Klinik. Punya la malas aku ni sekarang nak ke klinik. Tiap kali nurse KD yang call suruh datang, Kak patutnya kelmarin ni kak check up, bila akak nak datang? Huuuu... Bangun la aku lemah longlai terus mandi dan siap-siap nak ke Klinik. Nasib la dah jadi orang kampung kan sekarang, punya manja ke klinik pun nurse yang call ingatkan.. Kalau duk jb lagi, kau rase??? Pagi2 buta dah bangun dah kene ambil giliran yang dah keberapa puloh kat Klinik kesihatan tu.. Kat kampung ni, kilinik desa tak ramai orang boleh la kau mengada, datang-datang memang ko sorang je pesakit kat situ.. Sukati ko la nak datang pukul berape...
Result check up hari ni, Hb turun, tekanan darah turun. Nurse komen, muka nampak letih, dah larat dah ye kak? haaaaahaa... Memang tak berapa larat dah akak ko ni sekarang. Semalam petang ada rasa contraction selang berapa minit, tapi tak kuat.. tapi berulang kali. Aiseyy nak beranak dah ke aku ? Tapi aku duk baring je la mengiring melayan contraction tu.. Tak bagitau husband pun pasal nanti dia cuak lebih tak pasal cancle nak makan steamboat kat Raub malam nanti. Lepas tu hilang macam tu je rasa mengeras tu. Malam lepas makan steamboat,balik terus tido.. Rasa penatnye lahai.. Padahal duduk dalam kereta je pon.. bukan ada berjalan sangat pun..
Tetiba tengah-tengah pagi rasa sakit pinggang sangat. Rasa betul betul kat bahagian belakang bawah. Sakit amat, mencucuk cucuk. Macam period la sakit dia.. Puas la aku bengkokkan lutut nak tahan sakit, lepas tu tertido. Lepas tu datang lagi sakit tu berulang ulang. Asal sakit sangat je terjaga la aku. Dekat subuh aku terjerit sikit, sakitnya abang! Ingatkan husband masih tido lagi, rupanya dia tersedar juga. Ha? sakit? Mula la nak cuak macam aku nak beranak dah. Perut pulak rasa macam nak berak je, terus la aku bangun pergi toilet macam nenek tua si bogkok 3 terbongkok bongkok pegang pinggang ke tandas..
Mencabarnye la dia punya sakit. Lepas subuh nak tidur balik sebab masih rasa sakit macam sengugut tu. Cakap kat husband, tak yah la keje hari ni.. Dia kata kenapa? Aku cakap tak da pe2.. Pastu terus tido balik. Bangun bangun pagi, tengok dia dah pergi kerja! Stressnya mak.... Mak dah la sakit pinggang ni, nak kene pergi klinik, drive sendiri la dengan Intan tu pergi Klinik pagi tadi dengan rasa sikit marah... Tu muka tak da mood, lesu je.. Nurse pun tegur nampak letih...
Tq Intan teman Ibu pergi Klinik walaupun Intan buat perangai tak nak mandi pagi sampai ibu kena angkut dia masuk bilik air, buat perangai balik dari klinik tak nak pakai slipar.. Turun dari kereta tak nak pakai selipar... Nangis ibu koooo... Dengan perut memboyot nak menjeritkan perangai dia lagi...huuuu..
Harapan aku kalau lah ditakdirkan bersalin minggu ke 38 ni, aku tak kisah, tapi mohon Allah permudahkan dan percepatkan proses bersalin aku supaya tak la aku duk hospital lama-lama, kesian Intan nanti...
1 comment:
take care dear. semoga dipermudahkan urusan melahirkan baby nanti..
akhir2 ni banyakkan mencangkung k.. banyakkan makan nenas dan tembikai..inshaaAllah mudah nanti..
sila minum susu atau makan pil kalsium utk elakkan sakit2 badan dan kejang2 kaki...
Post a Comment