Followers

Thursday, May 28, 2015

Koleksi Baju Raya Dar Nurita Harith Yang Meletop

Bulan depan dah start puasa, maka bermulalah juga proses mencari-cari baju raya untuk kita dan keluarga kan? Lagi lagi perempuan macam aku yang gila shopping. 



Pereka fesyen bernama Nurita Harith memang  sangat dikenali ramai. Namanya sebaris dengan pereka fesyen terkenal tahah air yang lain kerana kejayaan yang dimilikinya. Bakatnya dalam menghasilkan koleksi baju pengantin yang menawan dan menarik tidak dapat di sangkal lagi.  Selain itu rekaannya yang selalu mencuri tumpuan ialah untuk evening  wear, pakaian tradisional dan pelbagai lagi, sangat pelbagai kan?

Elemen femnin sentiasa ada dalam setiap koleksi fesyennya dengan penggunaan soft layers dan drapes. Selain minat beliau  dalam industri fesyen sendirii, penglibatan  beliau yang cukup meluas dalam dunia fesyen merupakan pendorong dalam kejayaan beliau hari ini. Seperti kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan...heee

Nurita Harith mendapat pendidikan di Surrey Institute od Art di London. Elemen unik dalam setiap rekaannya dan minatnya terhadap seni antara faktor membuatkan kita kagum dengannya.  Beliau tidak pernah gagal menghasilkan pakaian yang cantik, terkini dan sesua untuk dipakai oleh wanita pelbagai peringkat umur. Bakat dan rekaan beliau menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di Malaysia seperti Haniz Zalikha yang merupakan selebriti blogger yang terkenal. Selain itu, pengacara popular Neelofa juga  adalah antara selebriti popular yang  menjadikan koleksi Nurita Harith sebagai pilihannya.  Patutlah cantik je selalu baju diorang kan kat TV.



Berita baik untuk anda dan aku sendri, koleksi baju raya Nurita Harith sudah boleh didapati untuk musim lebaran pada tahun ini yang menampilkan elemen pergerakan dan sifat perubahan artistic.  Sangat menarik bukan konsep untuk koleksi Nurita Harith pada tahun 2015 ini?  Masakan tidak, Koleksi Hari Raya  yang istimewa ini adalah hasil kerjasama beliau dengan ilustrator kontemporari terkemuka dan artis abstrak D.U.R.A  Belau sekali lagi berjaya menonjolkan keunikan untuk koleksi Hari Raya ini sekaligus menyebabkan koleksi baju raya terbaru ini mendapat sambutan yang hebat daripada peminat dan pengikut beliau. Cantik, menarik, meletop.  

2 comments:

rony said...

trimakasih,,
infonya sangat menarik,,
mantap,,,

naga-mark said...

infonya sangat menarik,,
mantap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails