Followers

Monday, June 8, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Alhamdulilah dah selamat melahirkan anak kedua pada 28 Mei 2015..  Dalam pada kata serik bersalin induce anak pertama dulu, tup tup bersalin anak kedua dah. Hehe.  Excited nak cerita sebenarnya sebab pengalaman bersalin anak kedua ni lain sangat dari pengalaman bersalin anak pertama dulu.

Al kisahnya mula-mula bapa mertua warded sebab ada masalah hati. Semua orang jadi risau dan macam kelam kabut sebab dengan aku yang tengah tunggu hari nak beranak, bapa mertua pulak masuk wad jadi orang semua sibuk berulang alik ke hospital jaga bapa mertua. Aku yang sarat ni pun tak ketinggalan. 26 hb tu family mertua dan aku sekali tidur kat rumah sewa aku kat lipis tu sebab senang nak melawat abah kt hospital. Malam 26 hb tu aku tidur kat ruang tamu sebab bilik penuh dan intan pun dah tertido kat luar. Tapi aku tak boleh tido pun sebenarnya, tak selesa dengan perut besar tido kat bawah kan.

27 hb tu husband ajak balik rumah mertua dulu sebab nak jenguk keadaan rumah. On d way balik tu aku saja cakap kat husband, abg tak da pun bagi syg minum air kelapa mengandung kali ni. Dulu masa intan, dekat dekat bersain hari hari minum air kelapa.. terus dia call adik dia suruh cari kelapa muda 2 Bijik..huu. Sampai rumah petang tu aku dapat la minum air kelapa muda sebijik. Tak share ngan sapa2, nikmat sangat.  Pastu petang husband ajak balik rumah sewa semula, aku cakap tak nak la, nak rehat kat rumah je, penat ulang alik sebenarnya plus sakit badan tido bawah.

So malam tu husband tido kt rumah sewa, aku ngan intan kat rumah kg. Aku macam tak sedap hati, call husband tanya x balik ke? Tengah malam aku start rasa macam senggugut. Hu.. Kejap kejap datang masa tido. Maka tiap kali rasa senggugut tu aku terbangun. Bila rasa eh apsal asyik berulang
je sakit ni. Contraction ke ni? Tapi tak la sakit sagat sebab aku dh biasa rasa senggugut masa anak dara dulu kan. Aku whatapps husband, tanya sekali lagi tak balik ke tido rumah? Tak bagitau pun aku sakit macam senggugut tu sebab tak nak dia over risau. Dia pun tegah jaga abah kat wad malam tu. Tapi dia mcm dapat rasa la, dia cakap kalau sakit bagitau.. Aku tak reply, terus mentidurkan diri sambil melayan sakit senggugut tu.

Pagi 28 hb tu tepat la aku mengandung 39 minggu sebenarnya. So bangun pagi konon nak siap awal awal nak g klinik untuk check up 39 minggu kan. Tetiba masuk toilet nampak ada keluar lendir plus darah. omg omg... nak beranak betul dah ke ni? Sakit contraction tu masih ada lagi, masih tak berapa sakit pun lagi. Lepas mandi aku whatapps husband bgtau suruh balik sebab aku dah keluar tanda dan sakit sakit sikit. Aku duduk mengadap laptop, siap terima satu tempahan buku doa dan aku siapkan pagi tu jugak designya, terus hantar kilang untuk printing...hee rezeki jangan ditolak..

Lepas tu contraction makin sakit lagi tapi still boleh tahan. Pagi tu tak lalu dh nak makan. Cuma rebus telur separuh masak 2 biji, minum nescefe dan hbiskan lagi air kelapa lagi 1 biji. Husband sampai rumah terus pergi klinik. Dh agak, dia punya panik sampai drive kete mcm hape laju dia. Kene kereta melantun time contraction datang, mula l aku bising. . Nurse buat VE dah bukak 2cm. Dia surh pergi hospital terus naik ambulans. Ok sekali lagi naik ambulans..huhu.. Sebelum naik ambulan tu aku pesan kat husband suruh beli roti kat kedai bakeri tu. Konon nak makan dulu ka wad nanti.

Sampai je hospital, terus dr check bukaan lagi, omg terus 4cm uolls.. Contraction makin kuat tapi still boleh tahan. Dr suruh masuk labour room terus, x payah masuk wad.. Aku macam tak sedia je nak beranak ni. Dah la lum makan roti yang husband beli tu lagi. Terus cakap nak jumpa husband dulu. Nurse pun bawa husband dulu, nampak je husband bukan nak salam ke ape ke dlu, terus tanya roti mana roti? Haha.. Roti cheese tu kira aku punya mengidam terakhir la sebelum bersalin.  Tapi nurse kata dah nak masuk labour room tak boleh makan, takut kalau ada masalah dan kena ceaser nanti payah. Alaaaa... Aku dah kelip kelip mata nak nangis. Dah la teringin sangat plus tak makan apa apa makanan berat dari pagi sampai tengahari tu. Aku cakap ala nurse, bagi saya rasa secubit je
ye, mengidam ni. Terus aku cubit roti tu makan terus..heheh.. Salam husband dan pesan suruh dia masuk teman aku nanti..

Masuk labour room pukul 2 petang. Dr kasi ubat berak, berak habis-habis dulu. Pastu Dr terus pecahkan ketuban. Bila dia daha start pecah ketuban tu, baru la sakit yang sangat sangat dan ral contraction datang.Adoi la.. Mula-mula masih boleh tahan, sambil berzikir tiap kali contraction kuat datang, aku zikir Lailahailaantasubhanakainikuntuminalzoliminnn.. Tarikh nafas hembus nafas sepanjang contraction datang. Aku tak ambil sebarang uabt, sedut gas pun tak untuk kurangkan sakit bersalin kali ni. Memang bersalin anak kedua ni aku nekad nak bersalin tanpa gas yang melalokkan, aku nak segar dan sedar sampai bersalin, nak rasa meneran dengan betul. Aku dah belajar dah teknik meneran kali ni..hehe.. Dalam pukul 3 sakit dia buat aku punya teknik pernafasan kelam kelibut, dah mula merengek sakit nurse... sakit nurse... Dr datang buat VE, dia kata baru buka 5 cm. Adoi la, mengalir air mata dah, dah satu jam baru bukak 1 cm. Aku cuba control perasaan, tak nak menangis sebab bila kau menangis masa contration tu lagi sakit kau rasa. Lebih baik kau tarik dan hembus nafas untuk atasi sakit tu, lebih membantu seriously. 

Dekat pukul 4 sakit dia tak terhahan sangat. Kaki aku dah ke sana sini dah nak tendang orang je rasa. Rasa nak meneram pun ada. Ini lah yang aku nak rasa, masa bersalin Intan dulu, aku cuma rasa sakit dan last2 penat je. Tak rasa nak meneran pun sebab dah letih menjerit sakit dan sedut gas. Kali ni baru rasa betul betul nak meneran. Aku suruh nurse panggil husband. Masa husband masuk tu aku menangis semula, sakit abg.. sakit sangat.. Masa ni berpeluh peluh aku, rasa panas sangat padahal dalam labour room tu aircond. Husband cium dahi dan pegang kepala aku sambil baca apa aku pun tak ingat. Nurse datang aku cakap tak tahan dah nurse... Sakit sangat ni... Rasa nak meneran. Nurse tu buat VE pukul 4 petang tengok bukaan dah 8cm.. Ya Allah, bila nak 10 cm ni,, Sakit sangat... Aku tarik tangan husband, minta maaf kat dia.. Masa tu Nurse masih kat bawah tengah check Ve. Tetiba nurse jerit panggil nurse2 yang lain. Dia kata dah full... Dah 10cm.. Alhamdullilah... Aku rasa bersemangat sangat masa tu nak teran, nak cepat bersalin dan hilangkan semua sakit tu,  

Aku praktikkan teknik meneran yang aku baca kat blog Irine Nadia yang baru bersalin hari tu. Alhamdullilah, berapa kali teran, keluarlah adik baby pukul 4.29 petang seberat 3.13kg tanpa sebarang koyakan. Hilang semua sakit. Aku rasa segar je sebab sakit dah hilang. Tapi masalah lain pulak datang. Aku bleeding dengan banyaknya! Darah tak mau berhenti lepas uri dikeluarkan. Dr datang ramai ramai. Aku tak tau betapa seriusnya.. Dr terus suruh Nurse padang gas kat aku, dan aku diberi bius kat peha. Dan bermulalah pulak proses nak menghentikan bleeding, keluarkan darah beku yang  ya Allah sakit teramat sangat... Aku redha je la walaupun rasa terkilan jugak masa bersalin aku tak ada koyak apa kan, tapi sebab beeding ni, proses Dr nak keluarkan semua darah beku buat aku kena jugak jahit last-last. Dalam pukul 6 kot baru siap semua tu... Maghrib baru aku ditolak masuk wad bersama baby...  

Begitulah proses bersalin anak kedua aku... Berbeza dari anak pertama. Sakit bersalin dalam LB cuma 2 jam 30minit, berbanding anak pertama, 8jam. Tanpa induce, tanpa gas, tanpa forcep.. Alhamdullilah Allah permudahkan... Ye betul, preparation mental, fizikal dan ilmu sebelum bersalin sangat membantu,,, Kapada ibu      ibu lain , persiapkan diri dengan membaca teknik teknik yang betul untuk bersalin  dan banyakkan baca pengalaman ibu - ibu lain. Seriiously sangat membantu. 

7 comments:

HanNis SaNia said...

kenapa ada darah beku tu ye??

SYANI said...

Tahniah Aini dapat baby baru...
Selamat berpantang..

cik mah said...

Seronok bc pengalaman. Tahniah...

Aimi Muhamad said...

alhamdulillah

y i e n said...

welcome 2 da club mak anak 2, hehehe~

Su Hamid said...

Tahniah. Selamat berpantang.^^

joi said...

infonya sangat menarik,,,
mantap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails