Followers

Sunday, July 26, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015


Ampun dan maaf di pinta dah raya ke 10 baru nak up gambar raya kat blog. Memang hampeh, Maklumlah anak dah dua hidup memang meriah dan huru hara sikit, ada je benda nak kena buat sampai lupa banyak benda.  Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Raya pertama adalah di Pahng bersama suami tercintaaaa... Hilang sudah gundah gulana, stress segala bagai macam entri entri aku sebelum ni. Kesimpulannya aku memang tak boleh jauh lama lama ngan suami, nanti mula meroyan stress, amukan semua pasal tak tahan menanggung rindu... Gitu...haha


Ni kali ke 3 aku beraya kat Pahang di hari raya pertama. Macam biasa, kat sini raya pertama tak semeriah macam kat Johor. Pasal diorang kat sini Raya kedua yang akan meriah gila babas sebab YB iaitu pakcik husband aku ni akan buat Open house kat rumah ni setiap raya ke 2. So raya pertam rilex rilex makan soto je. Aku mula mula kawin dulu macam tak boleh terima, apekah makan soto dihari raya pertama?? Selalu kat jb raya pertama adalah super meriah dengan macam macam makanan. Ketupat daun, ketupat palas, ayam merah, ayam rendang, daging rendang, sambal udang, kuah lodeh, sambal goreng, kuah kacang segala bagai penuh atas meja. Soto ni kalau kat Jb dah hujung2 raya, time orang buat open house baru muncul. Betul tak tipu punya... Tapi kat sini sebab esoknya open house dan confirm2 melambak makanan orang catering buat, maka kami tidak la beria memasak untuk raya pertama. TAPI...... ketahuilah soto air tangan bapak mertuaku adalah super sedap!!!! Memang favvy aku sangat. Tak sah kalau tak ulang 3 mangkuk makan..  Sodap bak hang...


My hero. 2 orang hero didalam hatiku kini. Sam hensem, sama comel.Aku selalu pandang muka adam lepas tu cakap kat suami aku macam ni. Abang, muka dia macam muka abg kan?? Banyak kali kot tanya, pasal geram je tengok muka adam macam muka papa dia versi baby...huhu.. Dah anak dia, opkos la sama... Ape lah ibu.. Soalan tak membina langsung. Adam behave je di hari raya pertama ni. Maybe selesa pakai baju melayu siap ibu tuck in kaki dan tangan.. 


Ibu anak dua yang stress dengan lelemak yang bertebaran.. Pantang kali ni turun 10 kg saja.. Sedih! Tapi memang dah agak pun pasal pantang kat rumah mak sendri, mengada lebih order itu ini, siap pergi bazar ramadhan lagi dalam pantang.. huh. Masa intan dulu, turun 20 kg ok dengan jayanya... Sekarang hazab tengok muka n badan sendiri, macam di pam pam pom pom je.


Ni gambar family yang paling ok. Adoi la susah benar nak ambil gambar dengan intan tenton ni... Ada je peragai dia.. Korang tengok la sendiri



 Nak gigit Papa

Nak melarikan diri. Haha.. Sikit punya kuat papa dia pengang tu tau. Adam redho je tido dalam pelukan ibu sampai ke sudah.. Oh ye, suami aku kerja ok dari ray pertama dan kedua tu. Raya ketiga nak balik jb baru dia cuti.. so kat pahang aku tak da beraya ke mana pun. Pakai cantik-cantik, tunggu suami keluar kejap dari tempat kerja dia jap, so dapat la ambil gambar sama-sama. Pastu makan soto, Salam - salam ahli keluarga, makan soto lagi, ambil gambar lagi. Pastu tidurkan adam dan kau pun tertido sekali dengan baju rayaaaaaa...hahaha.. Dah petang orang kampung mula datang nak tolong untuk hari terbuka esoknya...

Sekian cerita hari raya pertama saya...



Saturday, July 25, 2015

Baca Blog Orang Macam Baca Novel

Hai. Selamat hari raya. Lama tak update blog kan. Aku sekarang ni dah gila duk baca blog orang macam baca novel. Serius best. Asyik baca blog orang sampai blog sebdiri nalas nak update. Best la baca blog sorang kakak ni. Banyak pasal family dia yang sempoi. Entri tak bergambar pun best je baca. So funny ok. Adik dia yang cantik tapi blur, kaean kawan dia, macam baca novel dah aku ni.. Siap gelak sorang sorang macam apa.

Banyak je cerita kelakar dia. Bukan direka reka tapi memang entri dia kelakar sokmo.. Lagi lagi bila part dia dengan adik beradik dia.. Haha..

Semoga aku lebih bersemangat blogging lepas tamat baca blog dia yang best tu..

 Ok nak smpambung baca blog orang... Bye

Monday, July 6, 2015

Stress please go away!

Ntah tak taumla bila stress nak pergi jauh jauh dari hidup aku. Aku ni jenis kalau memikir satu masalah tu, payah nak stop pikir until masalah tu selesai. Tak macam orang lain, duk mulakan masalah, cakap,itu ini kat aku pastu buat dont know je pasal masalah tu, biar aku pulak yang seksa menanggung nak memikir the solution sepanjang hari.. Stress aku stress.

Hari ni aku melepek atas katil je. Pasal stress lalu tak da mood nak buat apa pun. Adam pulak dul nak mengempeng je, tidur kejap bangun. Kejap bangun. Lagi hangin bila Adam baru tutp mata 5 minit, kakak dia datang buat kacau... Betul nak bertukar jadi hulk aku ni tau. Kalau dia tak datang kacau usik adik dia dekat2, dia terpekik pekik pulak buat busing, turun naik tangga hentak hentak kaki sampai adik dia terkejut terkejut bangun.. Bila dah bangun tu comfirm la nak sambung mengempeng lagi... Stresssss mak nak!  Nak tutup mata hilangkan stress pun payah.

Ni nasib baik kat rumah famly snediri, boleh la aku terbongkang je sebelah adam kalau stress.. Tak banyak gangguan lain selain perangai Intanyang makin hari makin mencabar kesabaran.  Aku dulu  masa blum kawin cukup menyampah bila tengok budak kecil nakal2 pastu mak bapak dia tak reti mak marah, just cakap ' adik.. Janganlah macam tu, jangan la macam ni..' Contohnya la kan. Dala, hati aku masa tu, kalau aku ada anak nanti, nakal macam tu, aku tak cakap lelembut dah macam tu, memang aku akan bangun dan stop kan dia dari buat benda benda nakal macam tu. Hakikatnya, bila dah anak dua ni, aku tak larat dah nak stopkn semua kenakalan intan. Kalau dulu ye. Tapi selarang, aku just mampun cakap benda yamg sama... ' intan... Jangan la macam tu, intan jangan la macam ni.. Intan bla bla bla...' Tak larat. Tak larat..

Walaupun tak puasa, hari ni aku bercita cita masa berbuka nanti nak order Mcd.. Lantak la nelum habis oantang pun. Aku stress. Aku nak makan. Sekian.

Friday, July 3, 2015

Semangat Yang Hilang

Tak tau la lagi berapa hari nak raya, berapa hari lagi habis pantang. Semangat yang hilang buat aku
rasa tak excited pun untuk raya ni. Selalunya akulah paling beria, baju raya mestimpaling tidak 3 pasang, kasut baru confirm ada. Tapi tahun ni? Non adoo.. Baju raya adalah sepasang yg mama beli kain kt jakel awal tahun hari tu. Konon nak sedondon 3 beranak di hari raya pertama tapi dah kata raya ni husband kt pahang dan aku dengan anak anak kat jb kan, nak sedondon apekah gunanya?

Dengan perasaan hambar, boring, sedih tak boleh nak describe la dengan kata kata.  Malam tadi aku stress gila lepas whatapps dengan husband pasal raya. Penghabisannya aku malas dah cakap apa2 pasal raya, asal cakap je mood aku jadi ke laut. Pasal stress, pagi ni aku bawak intan pergi window shopping kat plaza tasek. Ingat nak happy kan diri, tapi sekali bertambah sedih pulak. Pasalnya kat mall duk la pasang lagu raya.. Orang sume sibuk shopping raya kat anak anak. Selalu time nak raya ni confirm la pergi shopping dengan husband dan anak, tapi kali ni cuma aku ngan intan je. Memang tak da mood langsung la nak shopping raya. Kami cuma jalan jalan je tak beli apa2.. Tengok, sampai tak bernafsu nak bershopping memang pecah rekod la aku kan.. Tak pernah dalam sejarah.

Last last balik rumah dengan beli jagung cup untuk intan dan roti bun dari kedai kek seosons untuk aku.. Kesian intan. Ibu tengok kasut, tengok baju intan pun tak bernafsu nak beli.. Padahal selalunya tak raya pun ibu ko kemaruk beli baju kasut ko tiap kali pegi mall.. Tak pe la Intan, nanti kita pergi lagi bila mood ibu dah ok ye. Kita cari baju raya intan dan adik ok.. Kesian ank ibu..




Thursday, July 2, 2015

My Little Hero, Mohammad Adam Bin Mohd Norhilmi

Lahir seminggu awal dai tarikh yang sepatutnya pada 28 Mei 2015. Nama nya Mohammad Adam. Semoga akhlakmu mencontohi akhlak 25 Rasul, dari akhlak Nabi Adam S.A.W sehinggalah akhlak Nabi Muhammad S.A.W..

Amin..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails