Followers

Sunday, July 26, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015


Ampun dan maaf di pinta dah raya ke 10 baru nak up gambar raya kat blog. Memang hampeh, Maklumlah anak dah dua hidup memang meriah dan huru hara sikit, ada je benda nak kena buat sampai lupa banyak benda.  Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Raya pertama adalah di Pahng bersama suami tercintaaaa... Hilang sudah gundah gulana, stress segala bagai macam entri entri aku sebelum ni. Kesimpulannya aku memang tak boleh jauh lama lama ngan suami, nanti mula meroyan stress, amukan semua pasal tak tahan menanggung rindu... Gitu...haha


Ni kali ke 3 aku beraya kat Pahang di hari raya pertama. Macam biasa, kat sini raya pertama tak semeriah macam kat Johor. Pasal diorang kat sini Raya kedua yang akan meriah gila babas sebab YB iaitu pakcik husband aku ni akan buat Open house kat rumah ni setiap raya ke 2. So raya pertam rilex rilex makan soto je. Aku mula mula kawin dulu macam tak boleh terima, apekah makan soto dihari raya pertama?? Selalu kat jb raya pertama adalah super meriah dengan macam macam makanan. Ketupat daun, ketupat palas, ayam merah, ayam rendang, daging rendang, sambal udang, kuah lodeh, sambal goreng, kuah kacang segala bagai penuh atas meja. Soto ni kalau kat Jb dah hujung2 raya, time orang buat open house baru muncul. Betul tak tipu punya... Tapi kat sini sebab esoknya open house dan confirm2 melambak makanan orang catering buat, maka kami tidak la beria memasak untuk raya pertama. TAPI...... ketahuilah soto air tangan bapak mertuaku adalah super sedap!!!! Memang favvy aku sangat. Tak sah kalau tak ulang 3 mangkuk makan..  Sodap bak hang...


My hero. 2 orang hero didalam hatiku kini. Sam hensem, sama comel.Aku selalu pandang muka adam lepas tu cakap kat suami aku macam ni. Abang, muka dia macam muka abg kan?? Banyak kali kot tanya, pasal geram je tengok muka adam macam muka papa dia versi baby...huhu.. Dah anak dia, opkos la sama... Ape lah ibu.. Soalan tak membina langsung. Adam behave je di hari raya pertama ni. Maybe selesa pakai baju melayu siap ibu tuck in kaki dan tangan.. 


Ibu anak dua yang stress dengan lelemak yang bertebaran.. Pantang kali ni turun 10 kg saja.. Sedih! Tapi memang dah agak pun pasal pantang kat rumah mak sendri, mengada lebih order itu ini, siap pergi bazar ramadhan lagi dalam pantang.. huh. Masa intan dulu, turun 20 kg ok dengan jayanya... Sekarang hazab tengok muka n badan sendiri, macam di pam pam pom pom je.


Ni gambar family yang paling ok. Adoi la susah benar nak ambil gambar dengan intan tenton ni... Ada je peragai dia.. Korang tengok la sendiri



 Nak gigit Papa

Nak melarikan diri. Haha.. Sikit punya kuat papa dia pengang tu tau. Adam redho je tido dalam pelukan ibu sampai ke sudah.. Oh ye, suami aku kerja ok dari ray pertama dan kedua tu. Raya ketiga nak balik jb baru dia cuti.. so kat pahang aku tak da beraya ke mana pun. Pakai cantik-cantik, tunggu suami keluar kejap dari tempat kerja dia jap, so dapat la ambil gambar sama-sama. Pastu makan soto, Salam - salam ahli keluarga, makan soto lagi, ambil gambar lagi. Pastu tidurkan adam dan kau pun tertido sekali dengan baju rayaaaaaa...hahaha.. Dah petang orang kampung mula datang nak tolong untuk hari terbuka esoknya...

Sekian cerita hari raya pertama saya...



1 comment:

Aimi Muhamad said...

Comel je semua.selamat hari raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails