Followers

Sunday, May 1, 2016

Kepada Wecare Goshop Yang Care Sangat Kononnya

ccc : wecare@goshop.com.my

Kepada pihak khidmat pelanggan Go Shop yang tidak bertanggungjawab, penipu dan tidak menghormati pelanggan,

Hari ini 1 Mei 2016, maka genap 1 bulan tempoh laporan masalah tempahan saya dihantar (Email pertama pada 30 Mac 2016).
Oleh kerana pihak khidmat pelanggan Go Shop sangat lembap dalam bertindak dan berfikir, saya ulang dengan jelas laporan saya sekali seperti dibawah

Laporan saya
  1. 1. Saya telah membuat tempahan Yonanas Desert Maker bernilai RM148 Pada 30 Mac 2016 melai website https://www.goshop.com.my/
  2.  Pembayaran secara online melalui Cimbclicks dan FPX  sebanyak RM148 telah berjaya, Rujuk Resit Cimbclicks & FPX dilampirkan.
  3. Sistem online goShop pada mulanya menyatakan status pembayaran tempahan saya sebagai PENDING
  4. Setalah beberapa ketika, tempahan & no ID tempahan saya terus hilang dari sistem Online Goshop.
  5. Jadi saya membuat laporan ini untuk mendapatkan semula duit saya bernilai RM148 yang telah ditolak dari akaun saya.

Tindakan GoShop
  1.  31-3-2016  memberi respon Melalui email telah terima bukti pembayaran 
  2.  Pada 01-04-2016 Goshop  Mengatakan Proses pemulangan wang dalam masa 14 hari (Sepatutnya pada 14-04-2016 saya dah terima duit saya semula tapi sehingga 13-04-2016 langsung tiada sebarang status update daripada GoShop dan duit saya juga belum dipulangkan)
  3.  Pada 13-04-2016 Goshop melalui telefon mengesahakan telah terima Rm148 dari akaun saya dan  akan refund semula dalam masa 14 hari  lagi (Janji pertama 14 hari, tambah lagi 14 hari jadi total 28 hari untuk pulangkan duit) 
  4. Tetapi sehingga 27 -04-2016 saya masih belum terima duit saya dan goshop langsung tidak telefon atau email untuk update status. 
  5. Saya hubungi GosHop bertanyakan status, dan ini penipuan dari customer servis goshop kepada saya untuk 3 hari berturut-turut
    • 26-4-2015 Customer Servis berjanji pegawai atasan akan call saya semula pada hari yang sama [PENIPU - Tiada call dari GoShop]
    • 27-4-2016 Customer Servis berjanji pegawai atas akan call saya sebelum pukul 6 hari yang sama   [PENIPU - Tiada call dari GoShop]
    • 28-4-2016 Saya dapat bercakap dengan Pegawai bernama Adment tetapi dia pun tak jelas dengan status report saya dan seperti biasa berjanji bahagian kewangan akan call saya semula pada 29-4-2016 [PENIPU! - Tiada call dari GoShop]

Saya melebelkan Customer Servis GoShop sebagai;

#TIDAK BERTANGGUNJAWAB  kerana langsung tidak mengambil berat laporan pelanggan, tidak berusaha untuk update status laporan yang dikemukakan oleh pelanggan walaupun telah dihantar email berkali kali dan di hubungi berkali kali

#PENIPU kerana membuat pelbagai janji palsu kepada pelanggan iaitu proses pemulangan wang dalam masa 14 hari menjadi 28 hari seterusnya sebulan dan mungkin lebih setahun. Menipu bahawa akan menghubungi saya semula setiap kali saya call bertanyakan status lepaoran saya tetapi langsung tiada call dari goShop selepas itu.

# TIDAK MENGHORMATI PELANGGAN kerana tiada etika dalam menyelesaikan masalah pelanggan, membuat pelanggan bengang dengan penipuan demi penipuan dan alasan setiap kali diajukan soalan berkenaan status laporan yang dah sebulan. 

Saya terpaksa menyebarkan pengalaman buruk saya berusan dengan pihak GoShop ini kepada orang ramai melalui blog review, fb dan lain-lain untuk memberikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati hati dan berfikir semasaknya sebelum berurusan online dengan GoShop dan sebagai pengajaran juga kepada pihak GoShop agar tidak sewenangnya memperbodohkan pelanggan.

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails