Sempena bulan Annyversary ni KekNi nak mengimbau nostalgia la sikit sikit. Kenangan zaman dating dulu. KekNi kenal Bf KekNi ni masa belajar kat Matrikulasi Penang, dia kat Melaka tahun 2005. Bukan berkapel terus pon, masa tu masing masing ada kapel dah. Kawan saja saja. Pastu lama menyepi. Tup contact semula bila masing-masing dah single. Pastu dari kawan tak tau bila declare jadi kapel ntah..haha.. Tahun 2006 la. Sampai sekarang dah kahwin ada anak 2. Serius memang tak ad declare, mula engko jeles, aku jeles terus sanyang menyayangi gituw..haha
Zaman dating kat City Square Jb. Gila lama tak pergi CS. Ensem ok pakwe KekNi dulu. Masa ni dah nampak kegilaan dia kat kereta.
Gila tak ensem? Paling suka rambut dia style macam ni. Sekrang, bila suruh buat rambut camni, dia juih bibir je tak nak.
KekNi. Jangan ingat KekNi tak pernah kurus ya. Zaman berat 53kg ni. Size seluar 26 je. Baju size M. Ko mampu? Sekarang? Kau jangan tanya. Biarlah rahsia sahaja.
Couple of the year. Lokasi Dating ialah Danga Bay.
Dulu danga bay cantik banyak tempat boleh jalan jalan, tepi laut, taman, shopping mall semua lengkap. Sekarang dah haru biru dek pembangunan. Yang kekal cuma funfair tu aje. Nyampah sangat , musnah dah tempat kenangan.
KekNi dulu cinta jarak jauh. Jumpa 1-2 bulan sekali je, kene tengok kewangan. Almaklumlah student lagi. Sorang kat Melaka, Sorang kat JB. 3 tahun belajar kat UTM memang setia dengan dia je la walaupun jauh. Kadang habis kelas pergi Jusco taman u tu nak beli barang, stok megi segala. Pastu tengah nak ambil megi kat rak tu ade pulak kapel ni duk bergurau senda bercengkerama sambil pilih megi. Eh panas pulak hati kita, kita ni dah cinta jarak jauh, pakwe jauh nun di Melaka, tak leh teman beli megi,kahkah.. Diorang boleh pulak nak sweet sweet depan KekNi. Jeles sangat ni. Tapi redho je la kan, nama pun jodoh.
Dating kadang pakwe KekNi ni datang Jb, kadang KekNi turun melaka. Balik hari je uolls, gigih naik bas ekspress kau. Cinta punya pasal. Ada sekali je la pakwe KekNi ni datang Jb naik motor dari Melaka. Ye la, student lagi, mana ada kereta. Tapi KekNi punya risau jangan cakap la. Tu je la sekali dia bawak motor, lepas tu tak kasi lagi dah.
Aktiviti dating biasalah, Makan Kfc @ Mcd, tak mampu lagi nak makan Pizza hut, kenny rogers segalah bagai, student katekan. Pastu tengok wayang, karokea. Amboi lama sangat dah sejak kahwin tak pernah tengok wayang ni. Teringin gak nak dating berdua lagi macam zaman bercinta, tapi sedar diri anak dah dua..huhu
Lepas habis belajar, tahun 2009 pakwe KekNi balik Pahang. Lama gila la tak jumpa. ada 3 bulan kot. Sedih sangat. Rindu gila ok. Jauh kot nak datang Jb dari Pahang. Sabar je la kan. Dan akhirnya dia dapat kerja, beli kereta, dapat kereta terus datang JB jumpa KekNi.. Peh baru la bermula drama cinta sebenar. Zaman masing masing dah bekerjaya, Tak da dah deting naik bas, naik moto segala. Naik kereta pesona dia je dah.
Pastu tahun 2011, dah kumpul duit sikit kitorang pun bertunang. 2012 pulak bernikah.. Alhamdulilah zaman dating 2005 - 2012 bercinta. Tahun ni 2016, maka genap 10 tahun kami berkenalan.. Semoga hubungan ni sampai ker Syurga InsyaAllah.. =)
No comments:
Post a Comment