Followers

Saturday, May 28, 2016

Cuti - Cuti De Rhu Beach Resort Cherating

Dah plan lama dah nak holiday bulan mei ni kan. Hajat nak ke Langkawi tak kesampaian, tapi sebab nak laut juga makan pergi lah Cherating. Pilih punya pilih, kita decide De Rhu Beach Resot je la. Percutian kali macam lemau sikit, mood macam tak berapa nak happy walaupun tujuan asal adalah nak celebrate Birthday husband, annyversary kami dan birthday Adam. Semuanya dalam bulan Mei. Mood tak berapa nak happy pasal banyak benda antaranya Intan yang tak habis-habis buat perangai out of control dia, husband pun macam tak berapa ada mood, nampak penat tak cukup rehat dan percutian yang sekejap sangat. 

Hurmmm... Jom la layan je gambar masa kat De Rhu beach resort tu. Review aku pasal hotel ni yang paling aku suka ialah katil dia besar gila. Puas tidor 4 beranak 1 katil. Aku amik bilik super duluxe dengan sea view tapi tak sea view sangat pun pasal pantai jauh sangat, sayup mata memandang aje. Ni pun antara sebab percutian ni rasa hambar sikit sebab masa booking aku ingat bilik dengan sea view ni, indah la pemandangan nampak laut jelas, tapi non hado. 


Ni gambar last day. Adam tak takut langsung main pasir, pijak pasir. Siap makan pasir lagi. Nyum nyum sangat sedap agaknye kat dia



Kakak Intan yang Always suka main pasir. Bingit telinga dari dalam hotel asyik ajak main pasir. Siap pesan awal -awal nak mainan korek pasir yang baru, yang besar. Haih. 


Gambar memang tak ikut turutan. Ni gambar fist day. Mandi kolam. Kolam dia banyak ye. Dari secetek cetek sampai dalam tenggelam. Sila awasi anak anda.  Budak budak suka la kan swimming pool macam ni.


Petang tu mandi kolam air dia panas ye. Haaa.. x shuke.


Tenang je pergi time weekdays. Tak ramai orang. 


Kakak Intan dengan tagline 'tak over tak sah'


My encem boy, birthday boy Adam dum de dak.  Suka sangat dia tawaf satu kolam tu dengan pelampung ni. Aku tengokkan je dari tepi kolam. Elok ye beli pelampung gini kat baby. Selamat, tak mudah terbalik sebab dia lebar, baby pun bebas walk around the kolam tanpa kita pegang. 


Gambar pantai lagi. Sekali lagi Kakak intan dengan tagline dia 'tak over tak sah'


Cubaan adik mengimbangi badan dalam air laut 


Yeay berjaya. kacak sangat gaya dia macam dah besar sangat padahal berat baru 7.9kg saja.


Main pasir lagi, Ibu yang excited buat istana pasir





Memandang pantai. Air laut pun seram nak mandi. Cuma main pasir je kat tepi pantai. 


Ok tu je la cerita holiday kat de rhu beach resort cherating.  KekNi bagi 3 bintang je la kar Resort ni..huhu. Tak berapa nak enjoy.

Ok daaaa..







1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails