Alhamdullilah aku selamat melahirkan anak no 3 pada hari Jumaat, 17/11/11 tepat jam 11 malam. Hari ni genaplah seminggu berpantang. Sesungguhnya proses mengandung dan bersalin anak ke 3 ni sangatlah mencabar..huhu. Pengalaman bersalin yang berbeza beza untuk setiap anak.
Malam 15 hb tu, RABU. Hati aku sedih lagi, sebab dah 2 kali khamis aku tunggu suami bawak aku keluar jalan jalan cari makan apa yang aku teringin nak makan sebelum bersalin. Tapi dah 2 minggu tak terlaksana. Ada je halnya yg tak dapat dielakkan. Malam tu atas sejadah lepas solat, dengan emosi yg stabil aku whatapps suami, minta dia ambil cuti Rabu. Sebab aku rasa macam aku akan bersalin minggu ni juga, takut tak sempat nak tunggu khamis seterusnya. Tapi dia cakap x pe, Jumaat ni dia cuti, dan kita akan keluar Jumaat nanti. So ok, aku pun happy sikit dan tak sabar sangat nak tunggu Jumaat. Siap listkan apa yg nak buat , nak kemana, nak makan apa jumaat nanti.
1. Nak makan mcdonal kt genting sempah
2. Nak naik GPO jalan jalan
3. Nak Makan stimboat malamnya.
Pagi KHAMIS 16 hb. Mood aku ok dah. Sebab hati girang nak tunggu esoknya Jumaat boleh jalan jalan cari makan apa yang di idam. Suami pagi2 dah keluar bawa abah ke Temerloh. Petang baru balik. Aku banyak tido je hari tu sebab tak sabar nak tunggu jumaat..huhu.
Malam aku excited la tidur awal, x main hp dah. Tak sabar nak tunggu esok kononnya. Tengah malam, perut dah semacam je rasa. Sakit sakit. Mula mula buat tak tau je la, sakit perut biasa kot. Tapi sakit duk berulang je. Sekejap datang kejap hilang. Aish.. kacau. Mmg confirm la contraction. Tapi tak la terlalu sakit, msih boleh tahan. So tahan je la sakit tu sambil tido. Dalam hati dah risau, sempat ke tak nak jalan2 ni esok. Sempat tak nak mkn aiskrim mcd? Dapat tak naik GPO esok ni?
Pagi, JUMAAT 17 hb. Bangun subuh pergi bilik air nak membuang kononnya sebab sakit mcm nak berak kan. Terkejut dah keluar darah dan lendir! SEDIH. Confirm dah nak bersalin. Confirm tak dapat jalan jalan jauh. Confirm hasrat terakhir sebelum bersalin tak kan tercapai. Duduk tepi katil, tengok suami yang masih tido. Rasa nak nangis. Bukan sbb sakit, tapi sedih. Terus kejut dia, cakap bangunlah syg nak bersalin dah hari ni, dah sakit dah keluar tanda..
Terus la dia bangun dgn muka cuaknya..
"Tak yah la kalut sgt, belum sakit beria lagi ni abg, cuma dh keluar tanda dan contraction dari malam td.. " lemah je aku cakap. Menahan sakit dalam kesedihan dan kekecewaan.
Aku suruh dia siapkan Intan pergi sekolah. Adam pula hantar pada mama...
Semantara tu aku siap2 beg nak ke hospital. Sambil layam contraction depan tv. Tak tau nak pergi terus hospital atau nak tunggu sakit kuat lagi. Suami suruh siap terus sebab hospital bukan dekat ya, 40 km. Ni anak ketiga, takut je beranak dlam kereta.
Suami balik dari hantr Intan sekolah siap belikan aku aiskrim cornetto sampai 2 bijik. Rasa bersalah la tu.. i tak makan pon. i nak aiskrim mcd ok. Lipis tak ada mcd je tuan2 dan puan2. Sebab tu la aku beria tunggu Jumaat ni untuk dia bawa aku jalan jauh sikit cari apa yang aku teringin.
Tapi malangnya tak sempat. Memang aku beranak hari Jumaat ni juga...
Sedih tak??
Cerita ke hospital dan bersalin nanti sambung lain ya..
No comments:
Post a Comment