Followers

Showing posts with label bunga telur tisu. Show all posts
Showing posts with label bunga telur tisu. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Menerima Tempahan Doorgift Untuk Majlis Anda Pula!

Haha.. Cerita pasal majlis kahwin pun tak start lagi dah sibuk nak cerita pasal bisness baru la pulak. Ape nak buat, sementara nak tunggu gambar kahwin dari photographer kan, adelah elok aku mengisi ruang dengan bercerita pasal bisness baru ni kan.

Baikklah, lanjutan daripada perasaan kecintaan terhadap projek DIY masa sibuk buat persiapan majlis kahwin aku hari tu kan, maka aku telah membuat keputusan untuk terus ber DIY dan kali ni untuk majlis majlis orang lain pulak. Matlamat utama adalah kerana hobi, dan perasaan suka melihat benda2 comel ini. 

Maka dengan itu, tercetus lah idea untuk buka CuteCreativeCreation.blogspot.com. Blog ni aku dedikasikan khas untuk produk -produk DIY yang aku hasilkan. Dan, aku dah bersedia untuk menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat. Jadi, pengunjung blog aku sekalian yang berminat nak tempah atau nak tengok doorgift comel-comel boleh la jenguk ke CuteCreativeCreation.blogspot.com ok.

Macam-macam doorgift ada yang sesuai untuk majlis perkahwinan, harijadi, reunion dan sebagainya. Antara produk ialah Buku doa dengan nama, soft cupcakes dari saputangan, kotak comel, potpourri comel, bunga telur, bunga penanggah, paper bag comel dan lain-lain yang akan aku upload lagi. Kalau rajin, promote la kat kawan-kawan, sedara mara, jiran-jiran semua ye.

Daaaaaaaaaaaaaaaan yang paling penting, sempena pembukaan blog baru aku tu, Cute CreativeCreation, adalah sikit promosi yang aku buat. Yang mana, 5 penempah terawal bagi setiap produk akan dapat harga istimewa. Alhamdullilah, lepas iklankan kat mudah.my ramai yang berminat terutamanya dengan doorgift cenderahati buku doa dengan nama tu. Ye la, comel, boleh letak nama pengantin lagi. harga pun berpatutan. 

So ape lagi, sila la jenguk CuteCreativeCreation kita ok.... Daaaaaaaa...

Antara produk...







Tuesday, March 27, 2012

~ Bride To Be ~ DIY Bunga Telur

Actually tak pernah plan pun nak buat bunga telur bagi kat orang ni. Dulu plan cuma ada bunga pahar yang letak kat pelamin je. Untuk kasi orang, cukup letak dalam bekas telur dan masuk kat goodies bag. Tapi bila sibuk duk google pasal DIY bride to be kan, terbekenan pulak dengan bunga telur DIY ni tau.. Teruslah kakak bersemangat cari bahan-bahan nak membuatnye. Alahai, kosnye tak seberapa pun, tapi hasilnya sangat memuaskan hati..

Memuaskan hati bagi orang rajin ber DIY macam kakak la ye. Bagi yang tak rajin, memang tak la kan... So ni la hasilnye.. Baru siap berapa ni, 50 pun tak sampai lagi..huhu.. Tak pe, banyak lagi masa ni..Sikit sikit lama lama jadi bukit ye dak? Target nak buat 250 je...

Sejambak ke kiranye ni? Huhu.. Tema of course purple dihatiku kan.. Bahan bahan yang diperlukan simple je. Kertas untuk bunga tu, lidi, riben besar, riben kecik, kain net.. Cara buat dia? Google je cara-cara buat DIY bunga tisu..hehe.. Malas la nak buat tutorial... =)

Ok ni versi yang di zoom in sket.. Nampak jelas tak? Maaf la gambar kelam sikit. Buat di malam hari dengan lampu rumah yang malap malap gitu sambil tengok tv dan bersandar di sofa...huhu. Kat bawah ni gambar terang sikit, warna sebenar la.. Tantek tak kawan-kawan?

Oh ye, selain purple dihatiku, bunga ni juga aku buat versi pink. Ye la, kata temanya purple pink putih kan.. Harussssssssssssss la ada pink jugak kan.. Oh kad kahwin kat bawah tu housemate punya. Ade dua bakal pengantin kat rumah kakak ni sekarang..hehe.. So malam-malam meriah la merewang buat persiapan... Duk lipat kad la, duk buat bunga telur la...hehe


Kad kahwin aku dah siap jugak ni.. Tapi nanti nanti la cerita... Awal lagi kot... Next nanti nak cerita pasal projek DIY satu lagi... Tunggu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails