Followers

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Ekspidisi Ke Air Terjun Gunung Pulai 2 Yang Sangat Best!


Bizi konon. Tapi hari ni dah masuk entri kedua dah ko tepek kat blog kan? Ahaa.. Sebenarnye macam ni, mood nak buat kerja tak mari-mari lagi.. Hahahahalasan sungguh.. =) Ni baru dapat gambar masapicnic kat gunung pulai hari tu, tu yang excited terlebih nak citer.

Seronok ooo pergi picnic. Janjinye nak bertolak pukul 8 pagi.. <---lah sangat kan. Tapi last-last kul 8.30 jugak bertolak. Tak de la jauh pun Gunung Pulai tu dari skudai. Sekangkang Monyet jek. Tapi sesat-sesat jugak la mencarik jalan menuju kebenarannye..huhu =)

Ok sampai-sampai je sangat excited ye kami semua nak berendam. Tapi oleh kerana Air Terjun Gunung Pulai 2 ni tempat baru, maka nak masuk jumpe air terjun nan indah tu kena la meredah hutan sket. Trek dah ada la, panjat-panjat bukit skit. Jauh cket tapi best Ooooo.. Lihat je la aksi kami yang excited ini kan.

Tengok kawan saye yang sorang ni. Sungguh meriah ye beliau pagi itu. Dengan kasut crock purple dia, beg oren menyala, baju biru terang dia. Katennye sebagai langkah keselamatan, kalo sesat ke hilang ke senang nak nampak..hahahahapakah? Huhu..

Akhirnye setelah menempuh hutan dalam seploh minit macam tu, kami pun dengar la bunyi air terjun.. Wah melompat kami kegirangan.. Sebagai ketua rombongan muka aku la paling puas sebab berjaya menunjukkan jalan kebenaran..haha =)

Tengok, orang lain tak basah lagi tapi aku dah lencun habis dulu dah. Lepas tu bising tudung dah kemek sebab basah, dah tak lawo nak amik gambar.. Benci tau.. Cik Ain sasuke masih dengan jeansnye. Kurang excited dari sahaye =)

Lepas tu ape lagi, tak payah tunggu-tunggu, teruslah kami berendam dengan riang gumbiranye. Best gila.. Sejuk sangat ooo... Masa kitorang sampai tu tak ramai orang lagi, ye la pagi kan.. So kitorang buat macam rumah sendiri la ape lagi.. Berendam puas-puas.

Hambik. Berendam sampai beku. Ni masa ni dah sejuk bangat la ni. Dah la jahat budak bertiga ni, duduk situ lama-lama tak kasi group lain masuk same. Macam air terjun tu diorang yang punya jek. Tu si tudung pink tu tak habis2 nak cover tudung kemek die.

Tapi tak lama lepas tu datang pulak budak-budak sekumpulan ni ha.. Oii terejal bukan main ni. Diorang la menyebabkan hp aku masuk air okeh. Tengok tu panjat-panjat batu tu. Tinggi pastu licin tau tak.. Makcik-makcik kat bawah tu dah terjerit jerit suro turun, bahaya. Tapi dah name pun terejal kan, gitu la kekdahnye..

Cuba la tiru akak yang ayu ni.. Sopan je main air.. Tak de panjat-panjat bagai tau.. Hahahaharu.. =) . Lama jugak kitorg duduk situ. Sampai group budak-budak tu yang datang lambat dr kitorg tu dah balik tapi kitorg still kat situ. Kate picnic kan. Makan-makan mesti ada. Tapi sayang la lupe nak snap gambar..

Tengok akak tudung pink kat bawah air terjun tu.. Orang lain dah naik die still kat situ lagi. Konon sedap la dapat urutan dari air terjun yang deras tu. Padahnye esoknye masuk kerja hari isnin badan sakit, penat tak boleh belah.. Anak sape la tu..huhu..

Kesimpulannye program picnic ke gunung pulai 2 ni memang syok habis la.. Telah dicadangkan utnuk menjadi aktiviti bulanan kami lepas ni... Bestnye! <--tetiba terasa kesejukkan air terjun gunung pulai hari tu.. =)

Tuesday, May 18, 2010

Awek Putih Gebu Pengubat Duka

Jangan tanye kenapa aku sangat terer snap gambar separuh =)

Disaat aku sedang tersedu sedan melayan lagu sedih kat office lunch tadi, muncul seorang awek putih gebu menegor kat yahoo messenger ;

Mai : Hye noy yang HANDPHONE NAMPAK MAHAL... =)
Aku : Siot ko maiiiiiiii...haha
Mai : Kau okeh tak ni?
Aku : Aku okeh tapi tak okeh la.. Aku pun konfius. Pening pale hotak ku
Mai : Lah pehal?
Aku : Ala pasal kes hari tu laaaaaaaaaaaaa...rasa nak mencarut jek.
Mai : Jgn la mencarut oiiii, sakit jantung aku t..
Aku : Nak jugak!

Awek Putih Gebu a.k.a Maisarah kat pizzahut

Lepas tu bermula la sesi meluah perasaan bagai dan proses membackup aku oleh si mai teman sejati yang baik hati sudi menadah telinga.. Korang tau ayat 'HANDPHONE NAMPAK MAHAL' tu dia perli aku tu.

Ari tu pergi Angsana ngan dia, aku beli casing handphone. Masa try lah tuh, nampak cam cantik dan smart gilak handphone aku tu. Pastu si mai ni selamber cakap, "Cantik lah, NAMPAK MACAM HANDPOHNE MAHAL!". Pastu aku pandang mai, mai pandang aku. "Owh sampai ati ko mai, ko nak cakap handphone baru aku ni handphone murah lah yek? Cett! "

Berdekah kitorang ketawa masa tu. Haha.. Selamber sungguh.. Itu lah namanya kawan, time suka dia ada, time kita susah, ada masalah pun dia still ada setia mendengar. Kan dah happy sket aku ni. Tadi monyok jek kat opis...huhu. Sekarang ceria kembali bila ingat happy moment cam tu =)

p/s : Thanks ek mai, ade gak idea aku nak menulis entri petang ni akhirnya =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails