Followers

Showing posts with label mrsm pontian. Show all posts
Showing posts with label mrsm pontian. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Aku Rindu Hostel Life Kat Aspuri

Depan Aspuri. Form 5 Mrsm Pontian. Batch 2003/2004


Senyum seindah suria..
Yang membawa cahaya...
Senyum lah dari hati..
Dunia pun berseri..

Senyum.. umpama titian
Dalam kehidupan..
Kau tersenyum..
Ku tersenyum..
Kemesraan menguntum..

Senyum..... Kepada semua...
Senyuman mu... Amat lah berharga..
Senyum... Membahagiakan..
Dengan senyuman...Terjalinlah ikatan..


Suka lagu ni.. teringat kem motivasi masa sekolah dulu, menyanyi lagu ni ramai-ramai bersama-sama kengkawan sambil peluk bahu kawan dan bergoyang ke kiri dan kanan. Owh.. manis nye kenangan lalu... Dunia indah dengan gelak ketawa, happy sentiasa, kegilaan terserlah..


Arghhhhh... aku rindu hostel life kat aspuri!!!!

Monday, February 22, 2010

Aku Rindu Zaman Itu....


Rindu nak ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata melayan karenah kawan-kawan kelas 504 yang kepala gila-gila dan ceria itu.

Rindu nak masuk kelas pagi-pagi buta, lepas tu sambung tido ramai-ramai dengan diorang sampai lonceng perhimpunan bunyik.


Rindu nak pergi prep malam, borak-borak sakan, cerita pasal raya kat kampung masing-masing, pasal nak makan pe bila cuti sekolah nanti, cerita gosip terhangat kat maktab.

Rindu dengan suasana menjelang SPM kat kelas.. Meja masing2 menimbun dengan buku... Walupun sibuk dengan buku, gila tetap ada... =)



Rindu nak lepak umah warden menghabiskan segala yang ada dalam peti ais dia.. Seronok sangat. Terima kasih cikgu Adam dan isteri yang sangat sporting dengan kami.. =)


Rindu nak outing dengan kawan-kawan ke pekan pontian. Naek bas ramai-ramai, then beratur ramai-ramai kat ATM BSN keluarkan duit, jalan-jalan ke pasaraya senyum pastu makan kat KFC. =)

Rindu nak bergaduh-gaduh dengan budak-budak kelas sebelah time pertandingan menghias kelas. Gaduh mengalahkan budak form 1. Budak form 1 pun tak de excited time pertandingan ni.. Apekah..



Rindu nak bermain game-game best masa minggu aktiviti maktab.. Seronok dapat lupakan buku selama seminggu. Masa ni semangat kelas sangat membara dan kami bertambah rapat..


Rindu nak ejek si Yasin yang suka baca majalah hello bollywood sembunyi-sembunyi kat kelas. Bila senior datang, cepat-cepat dia campak majalah tu ke belakang.. Aiseh tak boleh lupa..

Rindu nak makan kat dewan selera.....

Rindu nak balik ke maktab....

Rindu nak sekolah semula.....

=(


Wednesday, January 6, 2010

Pesta Muda Mudi

Tiada idea untuk menulis blog tetapi terasa rindu pada kawan-kawan gila-gila yang happy sentiase iaitu budak-budak kelas kat Mrsm Pontian dulu. Walaupun dah 5 tahun SPM berlalu tapi hubungan kami sangat-sangat la hot sampai sekarang, still contact. Memori yang paling best ialah reunion masa bulan Julai 2009. Buat dekat Sepang Indah Resort, Teluk Ramunia Kota Tinggi, Johor. 2 hari satu malam. Saksikan kecerian kami. Tengok gambar pun tahu betape terujanya kami berkumpul balik.

Kami baru sampai. Eju si muka tembok disitu. Yang lain mane? Bawah meja..huhu

Sesi membayar duit resort. Tengok pakcik itu sangat gembira lepas mendapat uwangnya!

Discuss macam nak gaduh. Muka kemek itu adalah si kema.

Keterujaan mandi laut paras lutut.. <--kema kate takot lemas Main game <-- group gila-gila 1, leha memang suke peluk-peluk kan... =) Group gila-gila 2 -- Yasin ketua kumpulan yang tidak matang. Farhan kat belakang, jelas muka keterpaksaan..haha.

Group gila-gila 3 ---> Suka makan tepung. Sila campur dengan air laut untuk menambah perisa okeh.

Ateq menghidu kentut farhan mungkin?

Apekah??

Masing-masing berangan kerana kegembiraan melampau

Malam, bbq time

Makan sampai muntah..haha


Ade kapal karam ke korang??

Aku, Nisa, Eju n Leha yang bajet nak keluar lepas subuh tapi yang adoooooo..

Abaikan mereka. Fokus pada pemandangan. Cantik kan?


Posing-posing terakhir sebelum balik

Mahu bergerak pulang

Serius rindu zaman sekolah....=(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails