Followers

Monday, October 3, 2011

Kasih Sayang


Kasih sayang, terlalu indah untuk dikenang
semuanya, takkan pernah kubuang
kasih sayang, tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya

Namun jangan engkau lupa
akan artinya masa nanti
engkau akan menderita
karena terlena rasa cinta

Kasih sayang, terlalu pahit dan menyakitkan
dan membuat remaja patah hati
dan membuat remaja patah hati

Saturday, October 1, 2011

Dah Pandai Ke Beauty Centre Akak Aini Kita Sekarang

Bahagianye hari ni uols... Memanjakan badan dan muka kat beauty centre. Kelas ko kak..haha.. First time kot.. Biasanya aku memang kedekut la nak meghabiskan duit untuk benda-benda gini. Bila ada promoter yang suka tarik2 kita suruh ambil diorg punya pakej facial la, sliming la kemain la aku pandang sinis. Tengok muka dia dulu, licin ke mengerutu. Kalau mengerutu, awal-awal aku dah say no dan berambus...Haha..biadap tak?

Betul la, kalau nak jadi beautican, nak tarik or nak promote orang guna servis ko, harus la muka ko lagi licin dari aku kan, baru la yakin aku nak amik servis ko...huhu. So nak di jadikan cerita, now muka aku sangat la bermasalah. Tak tau la pasal pe. Pasal make up ke pasal stress kerja. Habis naek jerawat kat muka ni ha.. Dulu masa zaman belajar, muka suci murni je sebijik jerawat pun tak ada. Sejak kerja, sejak dah sakan ber make up hari-hari, makin teruk muka...

So mula la risau. Lagi pulak hari bahgia semakin menjelang < selamat pengantin baru, semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu.. > terus feeling berangan tengah bersanding sambil lagu slamat pengantin baru didendangkan...haha. Ok sambung cerita. Bila muka dah problem baru la terhegeh nak berfacial, menjaga muka bagai..

Makanya terjebak la aku dengan Modelling Beauty Centre kat Sutera Utama tu. Oh best nya. Dekat 2 jam la muka ni dibelai, di massage, di beri rawatan dengan macam-macam la treatmet yang aku sndiri dah tak ingat nama dia. Untuk tadi, 14 step treatment diorang buat. Antaranya yg aku ingat la, dimulakan dengan mencuci muka, scrub, stim muka, cold stone treatment, crystal ball treatment, vitamin, hot masker untuk lingkaran hitam mata, masker dan yang lain-lain tak ingat..

Best kan? Licin je muka rasa lepas tu. Oh yang paling tak lupa time dia picit jerawat. Adoi sakit bukan main...nak merembes air mate ahkak..hohoho.. Tapi sebab nak cantik, tahan je la..haha.. Hurm...gembira hati hari ni. Berniat nak pegi lagi, tapi tak tau la bila... Asyik sibuk je weekend kan. Hari ni pun dapat curi masa, plan asal nak pergi pameran pengantin ngan Maisarah, tapi dia tak sihat pulak... So terpaksa akak bawak diri yang duka lara sorang-sorang...hehe...

Ok sekian saja hari ni.. Daaaa....

p.s : Tetiba je brsemangat update blog dengan riang gumbira walaupun tak ada gambar.. Selalu semagat entah ke mana...

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran Yang Berguna Semalam

Semalam otak adalah sedikit gila. Balik kerja, terus singgah mall, cuci cuci mata. Konon. Sebenarnya bukan sekadar cuci mata. Tapi cuci tangan jugak..haha. Cuti tangan di sini bermaksud mengeluarkan uwang dari tangan. kasi bersih dompet. Serius. Aku beli itu ini sampai duit dalam dompet tinggal helaian singit- singit..huhu..

Bukan selalu. Sejak makin rajin cari duit, makin kedekut aku nak keluar duit tau. Mungkin sebab rasa sayang dan sedar bukan senang nak dapat duit tu. That why la misi mendapat kan objek kat bawah ni asyik bertangguh je walaupun collection dah mencukupi...


Ok ok, berbalik pada cerita tadi, aku biasa la, bila rasa stress mesti nak release kan stress tu kan, so salah satu cara adalah dengan shopping. Shopping memang terapi untuk wanita ye. So dalam operasi menghilangkan stress tu, aku pun shopping la baju office yang dah lama aku tak shopping. Dapat la beberapa helai. Puas hati.

Gambar berkaitan tak ada la. Sejak akhir-akhir ni bukan main malas nak snap gambar tau. Hurmm.. Mungkin sebab nak tunggu handphone berkamera 5.0 megapixcell kot baru teruja nak ambil gambar..huhu..

Sebenarnya dari aktiviti menghilangkan stress semalam, aku dapat satu pengajaran... Tak salah spend duit yang kita dapat, duit hasil usaha kita untuk buat hati kita gembira. Apa guna simpan duit banyak-banyak, sayang sangat nak guna tapi hati tak gembira. Betul tak? Beri penghargaan pada diri supaya hidup sentiasa bersemangat dan tak la rasa macam tak ada makna je...

Chaiyok Aini!!! Enjoy your life!!...

Sunday, September 25, 2011

Memey Suhaiza - Ada Tak Cerita Yang Baik Pasal Dia?


Pertama sekali selamat pengantin baru la kepada Memey ngan Norman. Uh walaupun ramai yang meluat, tapi dah nikah kan, dah sah, nak kata apa lagi. Baru tadi tengok gambar perkahwinan norman dan memey ni. Secara jujurnye la, bagi aku dari gambar-gambar tu masa pernikahan norman ngan memey ni, sangat la tak lawa dan tak berseri si Memey ni. Macam suram dan gelap je muka walaupun pakai lipstic merah menyala.

But, gambar atas ni, gambar persandingan memey dengan norman yang aku amik kat Oh bulan ni, Memey nampak cantik gila vavas. Beza gila masa nikah. Betul tak? macam princess. Kalau la cerita dia secantik gambar dia masa sanding ni, alangkah bagusnya... Tapi sayang, semua cerita pasal dia yang banyak adalah yang buruk berbanding yang baik...

Teringin gak nak baca cerita sisi baik yang ada pada si Memey ni... Ye la kan, tak kan la seumur hidup orang hidup dengan buat silap je. Kot - kot ada cerita baik dia yang boleh tutup sikit rasa meluat orang pada kesilapan besar dia dulu tu.. Korang ada?? Share la sikit...

Saturday, September 24, 2011

My Engagement Day : Part 3

Ok hari ni tuan blog macam ada gila sikit. Punya la dah basi majlis pertunangan dia, 26 Februari 2011, baru sekarang dah bulan september baru dia tiba-tiba nak sambung cerita part 3 pasal majlis pertunangan dia.. Haha..

Baik, snbubgan kisah adalah berkisar kepada nak tunjuk gambar-gambar hantaran yang gigih aku buat untuk tunang ku yang tercintak..haha. Seriously memang aku buat semua ye. Dari bentuk riben, bunga-bunga cinta tu semua.

Ok yang ni cokelat cadburry pelbagai jenis, sebab purple aku beli la... hehe

Bunga Rampai

Kemeja saiz L yang akhirnya dia tak pakai pun sebab besar sangat. Padah beli sorang-sorang tnpa dia kan.

Tuala. Cantik tak? Cantik tak bunga-bunga itu? Cedera tangan ni memintal-mintal buat bunga tu tau
Cheese tart.


Sehadag Purple yang aku suka sangat-sangat. Rasa nak mintak balik jek..huhu

Dan lastly Sireh Junjung...

Oh actually ada lagi satu iaitu kek yang menggenapkan 9 dulang hantaran kesemuanya, tapi tak ada pulak gambar. Ya Allah, kalau nak tau, aku la manusia paling sibuk masa hari tu. Sampai tak sempat nak buat cupcakes untuk hantaran. Sian kan? TOkey cupcakes tak ada cupcakes di hari bahagianya... Beli kat secret recipe je.

Kadang rasa cam sedih gak. Ye la, masa majlis adik aku, abang aku, aku la manusia paling sibuk, semua aku buat, hantaran, kek, goodies sume. Pastu masa majlis aku pulak, aku jugak manusia paling sibuk, berganda sibuk nye sampai rasa tak sempat nak buat yang terbaik masa majlis sendiri..

Tapi tak pe,Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah... Ok, next episod cerita pasal hantaran dari pihak lelaki pulak ye..

Thursday, September 22, 2011

Antara Sebab Blogger Malas Update Blog

Hai,blog ni makin lama makin sepi nampaknye... Dah ownernya pemalas ya ampun nak update. Huh. Bukan tak nak update sebenarnye. Tapi adalah kekangan-kekangan yang menghalang. Ecececeh.. Antaranya ialah keGeMukAn.

Suke gambar macam ni. Nampak kepala je, so tak nampak bdan..haha

Pasal pe? Pasal diri dah makin gemuk, so malas nak tangkap gambar. Sebab kalau tangkap gambar then tengok balik gambar mesti macam tak boleh terima hakikat you... Oh sungguh menyayat hati. So bila dah tak tangkap gambar, macam tak ada bahan nak di ceritakan...

Oh, please stop kate aku tak geMuk. Aku tak geMuk. Benci mendengar perlian membunuh itu. Berat aku sekarang adalah 6+ ok.. + tu sila la teka sendirik. Sementara anak dara- anak dara lain kat opis tu berat 4+ hingga 5+ sahaje. Maka aku la anak dara paling gemuk kat situ?? OK BENCI SANGAT.

Tak nak update blog lagi sampai kurus!

Boleh gitu?

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails