Followers

Thursday, September 29, 2011

Pengajaran Yang Berguna Semalam

Semalam otak adalah sedikit gila. Balik kerja, terus singgah mall, cuci cuci mata. Konon. Sebenarnya bukan sekadar cuci mata. Tapi cuci tangan jugak..haha. Cuti tangan di sini bermaksud mengeluarkan uwang dari tangan. kasi bersih dompet. Serius. Aku beli itu ini sampai duit dalam dompet tinggal helaian singit- singit..huhu..

Bukan selalu. Sejak makin rajin cari duit, makin kedekut aku nak keluar duit tau. Mungkin sebab rasa sayang dan sedar bukan senang nak dapat duit tu. That why la misi mendapat kan objek kat bawah ni asyik bertangguh je walaupun collection dah mencukupi...


Ok ok, berbalik pada cerita tadi, aku biasa la, bila rasa stress mesti nak release kan stress tu kan, so salah satu cara adalah dengan shopping. Shopping memang terapi untuk wanita ye. So dalam operasi menghilangkan stress tu, aku pun shopping la baju office yang dah lama aku tak shopping. Dapat la beberapa helai. Puas hati.

Gambar berkaitan tak ada la. Sejak akhir-akhir ni bukan main malas nak snap gambar tau. Hurmm.. Mungkin sebab nak tunggu handphone berkamera 5.0 megapixcell kot baru teruja nak ambil gambar..huhu..

Sebenarnya dari aktiviti menghilangkan stress semalam, aku dapat satu pengajaran... Tak salah spend duit yang kita dapat, duit hasil usaha kita untuk buat hati kita gembira. Apa guna simpan duit banyak-banyak, sayang sangat nak guna tapi hati tak gembira. Betul tak? Beri penghargaan pada diri supaya hidup sentiasa bersemangat dan tak la rasa macam tak ada makna je...

Chaiyok Aini!!! Enjoy your life!!...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails