Followers

Saturday, September 24, 2011

My Engagement Day : Part 3

Ok hari ni tuan blog macam ada gila sikit. Punya la dah basi majlis pertunangan dia, 26 Februari 2011, baru sekarang dah bulan september baru dia tiba-tiba nak sambung cerita part 3 pasal majlis pertunangan dia.. Haha..

Baik, snbubgan kisah adalah berkisar kepada nak tunjuk gambar-gambar hantaran yang gigih aku buat untuk tunang ku yang tercintak..haha. Seriously memang aku buat semua ye. Dari bentuk riben, bunga-bunga cinta tu semua.

Ok yang ni cokelat cadburry pelbagai jenis, sebab purple aku beli la... hehe

Bunga Rampai

Kemeja saiz L yang akhirnya dia tak pakai pun sebab besar sangat. Padah beli sorang-sorang tnpa dia kan.

Tuala. Cantik tak? Cantik tak bunga-bunga itu? Cedera tangan ni memintal-mintal buat bunga tu tau
Cheese tart.


Sehadag Purple yang aku suka sangat-sangat. Rasa nak mintak balik jek..huhu

Dan lastly Sireh Junjung...

Oh actually ada lagi satu iaitu kek yang menggenapkan 9 dulang hantaran kesemuanya, tapi tak ada pulak gambar. Ya Allah, kalau nak tau, aku la manusia paling sibuk masa hari tu. Sampai tak sempat nak buat cupcakes untuk hantaran. Sian kan? TOkey cupcakes tak ada cupcakes di hari bahagianya... Beli kat secret recipe je.

Kadang rasa cam sedih gak. Ye la, masa majlis adik aku, abang aku, aku la manusia paling sibuk, semua aku buat, hantaran, kek, goodies sume. Pastu masa majlis aku pulak, aku jugak manusia paling sibuk, berganda sibuk nye sampai rasa tak sempat nak buat yang terbaik masa majlis sendiri..

Tapi tak pe,Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah... Ok, next episod cerita pasal hantaran dari pihak lelaki pulak ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails