Followers

Friday, November 4, 2011

My Life Sekarang

Mula mula sekali nak cakap gambar latest aku kat atas nampak macam bohong pasal aku rasa muka tak cukup tembam macam yang selalu aku nampak kat cermin hari-hari.. Tak pe la, aku cuba terima hakikat yang berat badan aku dah susut. <------ Penipuan kedua..haha... =)

Ok adalah lame tak hudpate blog. Dah bersawang dah. Biasalah jawapan standart adalah bizi. Aku kan manusia yang bekerja siang dan malam. My emak tiap kali kalau ade org datang umah pastu masa tu aku sibuk buat kek tempahan orang, ayat standart dia yang keluar adalah seperti berikut;

" no-ai-ni tu tengok mata dia tu dah macam ape kan.. Tak cukup rehat. Siang keje, malam buat kek orang, pastu sambung mngadap komputer sampai pagi baru tido kekadang. Dah le tu, tido merengkol kat atas sofa dengan laptop, bukan tau naik bilik tido atas katil.. "

Haha... aku naik hafal dah ayat dia. Sebenarnye kadang2 je buat kerja sampai tertido... Biasanya sekarang baca blog gosip, stalk facebook and blog orang sampai tertido...hakahak... Cumanya part buat kek tu memang la betul. Contoh semalam pukul 4 baru tido kot.. Hazab kakak pegi opis hari ni dengan mengantok plus selsema teruk...

Tapi mulai bulan 12 nanti mungkin aku akan mula meninggalkan sekejap dunia baking aku... Mesti aku akan rindu oven aku, aunty kedai barang bakeri, bau cheese cake dan lain-lain....huuu...

Pasal ape? Nanti la aku story.... tata...






Thursday, October 27, 2011

My Happiest Moment With My Bff




Salah saru detik terindah dalam hidup aku ialah bersama kawan-kawan. kawan-kawan sepermainan dari zaman sekolah dulu dulu. Senang cakap kawan -kawan dari zaman kana-kanak yang membesar same same... Mereka mereka kat atas ni la antara BFF @ best friend forever aku... Ada ramai lagi sebenarnye...Tapi tak muat mauk gamba sebab semua dah beso-beso kembang belake..hehe..



Dan kemudian sama-sama meningkat remaja. Yang mana masa sekolah dulu, pernah kena cubit kat perut oleh cikgu pasal sibuk sangat bercerita pasal Drama Fong Sai Yuk masa ciku tengah mengajar kat depan... Punya la sama sama nakal.. Tapi tak adil. Aku sorang je kena cubit padahal diorang pun borak sama ngan aku. Mungkin sebab aku yang paling excited becerita kot...hehe.


Kemudian meningkat dewasa, masing-masing bawa diri sambung belajar... Ke utara, ke selatan, ke barat dan sebagainya.... Masing -masing punya cita- cita. Budak budak kuat berangan... Kini mengejar apa yang di angankan... Alhamdulilah, masing-masing semakin berjaya, bekerja, sambung belajar..dan ade yang dah nak kawen dah..ops.. Siapekah?? EHem.. =)


Walau tinggi mana pun cita-citayang di kejar, walau jauh mana pun kita semua berpisah kerana haluan hidup baru, walau besar mana pun kejayaan yang kita kecapi hari ini dan seterusnya, pastikan kita tak lupa our friendship ni ohkey kawan-kawanku sayang....














Tuesday, October 25, 2011

Hasil Dari Berangan....

Minggu ni sangat la aku tak fokus membuat kerja. Kepala asyik duk berangan sesaje... Tapi hasil berangan tu... Maka dapat la benda-benda kat bawah ni...



PINK. PURPLE.PUTIH

Sunday, October 23, 2011

Kekadang.....

Sekarang selalu rasa macam semua yang belaku tak nampak pengakhirannya kat mana. Kerja yang x siap-siap, tak habis-habis dengan masalah yang sama sampai dah naik muak nak solved kan satu persatu permasalahan yang timbul tu. Ade je yang ak timbul. How come nak siap?? Sometime rasa give up, rasa tak layak, tak hebat, tak mampu dan tak sesuai dengan kerja tu sebab tu kerja tak berjalan lancar seperti yang diharapkan...

Tapi apekan daya ye, aku manusia biasa yang perlukan kerja untuk terus bernafas, untuk membiaya si kodok silver.... Kalau tak ada s kodok silver itu, maunye aku goyang kaki je kat rumah tunggu hari duduk bersading.... Kompang dipalu..pengantin baru... Haaa.. Senang hidp kan jadi perempuan ?


Aghh... Stressnye hidup!!

.

Saturday, October 22, 2011

Doa Seorang Kekasih




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan

Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday, October 21, 2011

Sebab Kenapa Saya Suka Kampung Saya.....

Sebelum....

Selepas....

Ni la antara sebab saya suke suke suke suke sangat sangat sangat sangat kampung saye. Kampung saya ada laut . Pakcik saya seorang nelayan. Arwah atok saya pun seorang nelayan. Sebagai penggila seafood tegar, saye sangat gembira dilahirkan dalam keluarga nelayan.

Ketam di atas adalah fresh. Pakcik saye ke laut pagi-pagi angkat bento (perangkap ketam). Lepas tu balik dari laut singgah rumah atok antar ketam yang dia baru tangkap ni. Ketam adalah hidup masa kami humban ia ke dalam periuk. Sometime ketika di atas periuk, ketam cuba melarikan diri. Percaya tak? Betuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuul, tak tipuuuuuuuuuuuu.

Saya suka makan ketam rebus @ stim sahaja. Tanpa garam dan sebarang perasa. Kerane ketam fresh adalah sangat enak di makan begitu. Tak percaya? Sila la cuba...

Haish.. penat la nak bersaye - saye. Haha.. Back to normal. Ok memang macam tu la ceritanya kenapa aku suka sangat kampung aku.. Sekian


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails