Friday, December 31, 2010
Trett trett... Mesej Ringkas Dari Tuan Tanah
Akan tutup kedai kah blog ini kerana kebizian melampau tuan rumahnye??
Wednesday, December 22, 2010
Tak Sedih Tak Marah Dah, Hari Ni Happy Sesaje
Mintak maaf la kawan-kawan. Asyik entri emosi je akhir-akhir ni. Maklumlah, sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang agak mengejutkan ini. Suasana baru biasalah mestilah rasa mencabar pastu mula la nak meroyan tak pasal kan.. huhu
Tapi hari ni macam happy sikit. Sebab outstation dua hari. Tak duduk office berkerut-kerut dahi memikirkan solution macam biasa. Haha. Berada di Kuala Lumpur, meeting petang tadi, now sedang berehat sementara bos pergi datting cik awek. Malam ni bertolak ke Kuantan pulak,
Hari ni jugak happy kerana dapat 2 berita baik! Alhamdullilah sangat-sangat, Satu berita baik dr en emi kite, satu lagi berita baik dari pihak yang aku tunggu-tunggu, yang aku duk tiap hari bukak website die untuk semak. Alhamdullilah Alhamdullilah.... Apekah berita baik itu? nantilah kasitau bile dah comfirm..hehe.
Aku rasa nombor 15 bawa luck pada aku dan famly. Tau tak, secara tidak dirancang, no rumah aku adalah 15, jalan rumah aku pun 15, no telefon rumah hujungnye pun 15, dan jangan tak caya, no pekerja pada kad ayah aku pun ada nombor 15.
Dan malam tadi masa check in hotel, dapat bilik no 2-15, sampai depan pintu bilik, aku terkedu dan terbeku sekejap dengan kepala senget pandang nombor kat pintu dalam sepuloh saat. Macam kena pukau gitu. Pastu tersedar, senyum sorang-sorang dan terasa cam ada sesuatu yang baik akan datang.
Tup..tup hari ni dapat 2 berita baik sekaligus. Wallahhualam... Sumenye ketentuan dan datang dari Allah s.w.t.
Alhamdullilah =)

----------------------------------------------------

Aku Tak Kuat & Tak Sempurna
Ya, aku insan lemah, hamba Allah yang kerdil di sisinya. .
Kadang tak terlepas gagal mengawal amarah...
Akibat tidak kuat menghadapi cabaran hidup
Kadang tak telepas buat orang membenci..
Akibat diri sendiri yang tidak sempurna
Kadang tak terlepas merasa sesalan..
Akibat terburu membuat keputusan & tindakan
Ya Allah, kuatkan hatiku, tenangkan jiwaku, peliharakan peribadiku, tutur kataku, perbuatanku, tindak tandukku...

Sunday, December 19, 2010
Ada Pesanan Untuk Seseorang Di Hujung Entri Ini
Entah ape-ape
Blog dah macam ape. Langsung tak ade isu menarik. Bukan tak ade, tapi belum ada masa nak mengupas kat sini. Bosan. Hidup yang kelam kabut minggu ni. kat opis memang langsung la tak dapat nak menjengah, balik rumah pun dapat la menaip satu dua ayat je sebab dah penat. Lagi tak boleh belah kena sambung buart kerja kat rumah. Too much complain la ko aini!
Bosan
Macam-macam hal. Ada je yang nak menggangu jiwa raga ni. Boleh tak bagi ketenangan sikit kat jiwa ni. Dah la plan bercuti nak menenangkan otak tak jadi, di tambah lagi dengan masalah yang menyemakkan otak. Kalau la masalah boleh aku permenant padam dengan tekan button shift + delate kat keyboard ni, alangkah indah!
Berjimba
Dah plan cuti-cuti Malaysia tak menjadi, serabut kerja pun ada, personal problem pun mengganggu jiwa, jadi untuk meredakan sedikit gundah gulana di hati haruslah mencari kawan-kawan sehati sejawa. Tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan sekitar Johor bahru tercinta. Ketawa memang sedikit dapat menggurangkan stress walaupun sedikit walaupun sedikit WALAUPUN SEDIKIT. Diulang sekali lagi, walaupun sedikit. Nak ulang sekali lagi?
Kenangan Itu Indah
Masa keluar hari tu tiba-tiba kami bercerita mengimbau kenangan kami masa sekolah dulu. Pasal cikgu zaid yang sampai sekarang masih bujang, pasal bergaduh ngan kelas lain sebab tak menang pertandingan kelas tercantik, pasal makan mcdonal happy meal balik sekolah, pasal kasut tinggi dan kebaya cikgu Rosalita yang kini beranak kembar dan lain-lain. Moment yang sangat sweet!
Baik itu la empat tajuk entri yang digabungkan menjadi satu supaya kelihatan lebih panjang dan lebar. Benci tengok entri pendek kemetot kat blog sendiri, macam tak ikhlas menulis.
p/s : Pesanan untuk SESEORANG yang suka curi2 baca blog ni = Cermin kesalahan diri sendiri dulu sebelum nak tunding pada orang lain yang tak ada kena mengena. Menipu untuk jaga hati orang masih boleh diterima, tapi menipu kerana nak menyakitkan hati orang adalah BUSUK!

-------------------------------------------------------
Baik itu la empat tajuk entri yang digabungkan menjadi satu supaya kelihatan lebih panjang dan lebar. Benci tengok entri pendek kemetot kat blog sendiri, macam tak ikhlas menulis.
p/s : Pesanan untuk SESEORANG yang suka curi2 baca blog ni = Cermin kesalahan diri sendiri dulu sebelum nak tunding pada orang lain yang tak ada kena mengena. Menipu untuk jaga hati orang masih boleh diterima, tapi menipu kerana nak menyakitkan hati orang adalah BUSUK!
Saturday, December 18, 2010
Di Kala Ini
Rasa cam tak ade life je. Balik kerja, kat rumah pun nak kena mengadap kerja tiap hari. Sabtu Ahad pun. Boleh ke bertahan ni. Adalah tidak menggembirakan jiwa dan raga.
-semakkepalahutakkuini-
-semakkepalahutakkuini-
Thursday, December 16, 2010
Hari Ini, Cameron Highland & Kepercayaan
Hari ni patutnye aku kat Cameron Highland bercuti. Tapi tak ada rezeki nak pergi.
Sedih lah jugak. Lama dah plan. Tapi nak buat macam mana.
Dah tak ada rezeki. Dah tertulis tak dapat pegi.
Tak ape la.. lupakan pasal cameron.
Bye. Nak meratap sekejap.

Tuesday, December 14, 2010
Suasana Baru
Serius betul aku bekerja kat tempat baru sekarang ni. Jangankan nak update blog waktu pejabat, berfacebook pun tak sempat. Nak bace berita gosip terkini kat beautifulnara lagi la jauh panggang dari api kakak oii. Walaupun laptop tak lepas dari mata, mouse tak lekang dari tangan kan...
Bolehkah aku bertahan? Mungkin ye mungkin tidak. Haaa. Sekian.

Sunday, December 12, 2010
Terima Kasih Zara & Maisara Kerana Memberi Sokongan Padu. Yeaaah semakin Bersemangat!
Alhamdullilah, dapat memanfaatkan minat dengan sebaikknye. Sambil menyelam minum air kate orang kan. Sambil berhobi, berbisnes juga. Haha.. Terima kasih daun keladi, lain kali sila order lagi ye Maisarah & Zara =)
Kepada yang tak tau, kite ni dah mula berbisnes sikit-sikit ni haa.. Ala saje nak cari duit lebih sikit sambil menghabiskan masa lapang buat benda yang di minati kan. Meh la ke blog baru kite simaniscomel untuk tengok2, rasa2..hehe.

Choclate Moist Cupcake With Strawberry untuk birthday anak sedara zara
Jangan la kutuk tulisan buruk itu. Saya budak baru belajar..huhu
Blueberry cheese tart lagi kali ni untuk maisara

cute tak papercup purple ni? hehe. Ko, serbaserbi nak purple sokmo kan aini.
Ok, g la jenguk-jenguk simaniscomel projek baru kite tu yek.. Hingga ketemu dilain masa yaaaaaa.. Daaaaa Diiiiiiii Duuuuuuu =)
Tengok Kasut Ni Rasa Nak Berpusing Menari Ballet
Hari tu berjalan kat Sutera Mall, terpandang kasut ni kat Fabriano Ricco. Wah cantik sekali dong! Tiba-tiba keluar sleng indon kan..haha. Geram, siap mintak orang kedai tu keluarkan yang baru untuk aku test sepasang. Kemain la lawaonye... Test, pusing-pusing sekejap pastu bagi balik kat orang kedai tu dan ucapkan terima kasih sambil senyum...
Cantik, suka, tapi bulan ni dah overlimit ni beli kasut. Dah terbeli 5 pasang kasut dalam masa bulan 11 & 12 ni. Gila tak gila. Nasib baik aku bukan jenis perempuan yang suka barang branded sesaje. Kalau semua nak branded, mau kopak habis gaji aku kan sebulan sampai banyak tu beli kasut.
Nasib baik dapat mengawal nafsu dengan jayanya hari tu.. Kalau tak, mau geleng kepala mak aku tengok aku bawak balik beg berisi kotak kasut buat kali ke enam..haha

Saturday, December 11, 2010
Melampau! Satu Entri Je Dalam seminggu?
Ni Onjeng. Pengganti Nini. Di panggil Onjeng singkatan kepada Gonjeng. Beliau sangat gonjeng tahap maksima setiap kali lepas minum susu, berlari, melompat bagai nak gila. That why di panggil Onjeng. Walaupun begitu, beliau sangat manja sampai mak tak sampai hati nak suroh dia tidur luar macam adik berdik beliau yang lain.
Jenis kalau nak tidur mesti kat badan orang. Tengok je la gambar ni. Masa ni aku tengah mengadap laptop ni, lepak atas sofa baring secara mengiring. Mula-mula si Onjeng cuma duduk situ sambil tengok laptop. Pastu, pandang sekali lagi, dah pengsan dah tidor atas aku. Suka hati mak die je tidor macam tu.
Beliau memang gitu. Mana nak je dia tidur. Kadang, orang tengah baring, selamber dia je lading kat leher orang, hujung kaki, atas perut. Dh tu, aku nak alihkan tak sampai hati. Pasal comel gila babas kot beliau tidur macm tu. Terus snap gambar. Tepek kt sini. Dan jadilah satu entri untuk minggu ni. Yea Yea Yea Yeaaaa...
p/s : Melampau tak? Haha..

Thursday, December 9, 2010
Beliau Sedang Koma
Mintak maaf la, blog akan bersawang buat beberapa ketika. Sebab musababnye adalah seperti berikut :
1. Sudah meninggalkan alam pengangguran yang berlangsung selama seminggu itu. Alhamdullilah, Allah murahkan rezeki dan permudahkan segalanya. Kini sudah bekerjaya semula. Dan yang paling penting, tempat kerja baru ni lebih serius berbanding dulu. First day masuk agak gerun la jugak. No ym, no facebook, no blogging.
2. Laptop kat rumah adalah sedang koma dan jahanam. Kesan cuti sekolah. Si budak kacak duk mengadap 24 jam main segala mak nenek online game. Akibatnye, laptop itu sudah koma. Perlu di hantar ke kedai. Tiada masa untuk mengodek sendiri. Maka aktiviti berblogging di rumah pun dahberhenti beberapa hari ni.
Tunggu la keadaan kembali stabil minggu depan nampaknye..
p/s ; Kengkawan, korang sihat? Maaflah tak dapt menjenguk rumah blog korang beberapa ketika ni.. =(

Sunday, December 5, 2010
Si Kacak Telah Selamat. Menuju Alam Kedewasaan Kini
Adik lelaki yang kacak telah pun selamat berkhatan. Bukan main lagi dia kat rumah ye. Macam Raja. Terbaring je dengan kain pelikat. Eh tapi pagi tadi hari kedua bersunat dia dah pakai seluar pendek, ke hulu ke hilir berjalan memantau askar kucing kat rumah ni. Tapi sekejap je pakai seluar.
Tiba time makan, terus tukar kain pelikat balik, sambung baring. Sume pakai order sahaje. Noi nak air, noi nak tuala basah muka, noi nak main game, noi nak itu, noi nak ini. Sume akak Noi jua yang kena. Al maklumlah, kebetulan jadi pengangur pada masa yang tepat terus dilantik jadi bibik pulak kat rumah.
Tengahari tadi Mak Ayah ke kenduri kahwin. Sebelum mak pergi, mak pesan jangan di kasi adik tu makan telur, ayam pun sikit2 je. Akak yang rajin lagi baik hati ni terus order Mcdelivery sahaje untuk adik kacak yang terbaring itu. Bubur ayam untuk beliau, McChicken untuk kakak cantik. Nampak malas kan?
Tapi sebenarnya tak la.. Kakak cantik cuma mementingkan masa je... Call mcD, 5 minit dah sampai rumah. Ok la tuuu kan. LAgipun kakak bizi mencari jawatan kosong ni..haha

Saturday, December 4, 2010
Entri Penggemuk Badan
Gambar dah lame ni. Ni la choclate moist cake with strawberry yang aku buat untuk bawak balik kampung raya haji lepas.. Strawberry dia dah tak berapa fresh tpi nak buat macam mane, tu je yang tinggal kat Jusco hari tu. Terpaksa jugak amik. Tapi masih ok, cuma warna je dah gelap skit...
Memang kena ye strawberry ngan cokelat. Lepas ni harus lah nak membeli strawberry je kalau buat kek cokelat lembab ni.. Makan pulak lepas dah simpan dalam peti ais semalaman, memang la masyuk. Sejuk je masuk dalam tekak ni ha.
Urph... Telan air liuq sekejap..hehe

Cuti - Cuti Teluk Cempedak
Yihuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tetiba rasa sangat-sangat la tenang kepala hotak... Lapang-selapang lapangnya... Satu persatu perkara dah selesai.. Semalam baru balik daripada kuantan. Bercuti - cuti Malaysia..
Next.. Banyak lagi benda nak dibuat dalam masa sebulan ni . Maklumlah.. 'bercuti ' panjang sekarang kan.. Next 2 weeks nak ke travel dengan geng-geng pengembaraaan naik keretapi ke Pantai Timur pulak.. Huaha.. Tidak sabar!
Oh indahnye hidup... Rasa nikmat sangat tak payah ke office. Al maklumlah, sejak habis blaja aku mana ada dapat cuti lama macam ni. Hari Khamis last paper final exam kat utm tu, esoknye Jumaat dah start berkerja ok. Memang tak ade masa meronggeng sebulan dua, bahkan seminggu pun tak ade gap okeh...
Sekarang, setalah hampir 2 tahun, akhirnya dapat peluang. Jadi no wonder la aku cam terover excited sekarang ni kan. Nak membalas dendam lah kononnye kepada diri sendirik. Gambar atas tu adalah pemandangan dari apartment tempat menginap kat Teluk Cempedak Kuantan. Super duper best dan cukup menenangkan.
Baik, setakat ini ye untuk kali ni, bersambung next entri. =)

Blueberry Cheese Tart Semakin Maju
Maju apekah? Maju dari segi rupa la.. Maju la sikit daripada masa first time buat dulu yang comot-comot dulu tu. Ni ntah kali ke berapa buat, dan kali ni special sebab dibuat atas tempahan dari akak kerani kat office. Baru dapat hari ni, terus tempah lagi sebalang nak amik besok malam pulak..Alhamdullilah =)
Ni hasil yang dapat malam tadi. Sebalang besar tu tempahan dari akak kerani. Yang 3 biji dalam kotak-kotak plastik tu untuk free sample (paksa adik aku bawak pergi opis die..haaaaaaaaaha!), dan yang dalam tupperware tu baki untuk makan sendirik.
Hamboi, bisnes sekarang kan.. Almaklumlah, dah nak jadi penganggur lepas ni kan, kena cari duit extra sikit...haha... Eh korang nak rasa? Kalau area jb boleh aku bagi free sample.. Tapi kalau luar jb tu susah sikit, kang termasuk kos penghantaran dah tak jadi free sample plak dah kan..huhu
Satu balang ni ada 50 biji blueberry cheese tart yang kaya rasa. Harga RM 30. Mahal ke? Kalau kate mahal, nanti aku tukar krim cheese tu ngan jem nenas jek, murah sikit kos..haha. Anyway penggemar cheese memang akan susah nak berenti makan la, lagi pulak dengan inti blueberry kat dalam tu, sampai nak pejam2 mata masa makan..haha.. <--over kau! Ok sekian =)

Subscribe to:
Posts (Atom)