Followers

Sunday, February 27, 2011

Sudah Bergelar Tunangan Orang



Alhamdullilah.. Selamat sudah.. Sudah selamat menjadi tunang orang pada 26 Feb 2011 semalam. Perasaan? Hadoi... Perasaan berdebar takot cincin yang bakal disarung tak muat..huhu. Mana tak risaunye, en tunang pergi beli cincin sendiri kan.. Tak bawak kite pun. So size pakai agak-agak je.

Tapi Alhamdullilah muat, lega. Ketat sikit je. En tunang kata, tak ape ketat sikit, tak la longgar nanti mudah tercabut dan lagi satu, boleh dibuat sebagai azam untuk menguruskan badan! Sebagai ukuran la.. Kasi diet sampai cincin tu longar sikit..huhu.

Ok kawan-kawan, gambar setakat ni tengok yang ni je la ye. Gambar lain dan siri-siri entri pasal majlis bertunang akan menyusul tidak lama lagi..hehe.


p/s : Ada sesiapa tahu senaman menguruskan jari? huhu.. =)

...


Saturday, February 19, 2011

Terima Kasih Atas Jamuan Sambutan Hari Jadi Yang Menggemukkan Itu Ya

Hai, bunyi macam marah nampak. Haha. Tak ade la nak marah, gumbira lagi ada. Ada jugak orang sudi celebrate birthday kite kan.. Sob sob.. <-- sambil berlakon kesat air mata dan sedut-sedut hingus..

Thanks to semua pengarah dan staf-staff Gates untuk sambutan hari jadi tadi ye. Pizza hut, kfc serta kek. Memang kembung perut la makan. Kenyang sesangat. Hai, tak tau la nak salahkan sape kalau baju tunang tak muat minggu depan ni. . Tapi aku yakin aku tak salah. Makanan tu yang salah kerana mereka menggiurkan..huhu.

18 Februari 2011, genap sudah umur aku 24 tahun ni. Wah, semakin dewasa dah ni. Dah jadi wanita berkerjaya tidak berkereta ni. Bila nak berkereta ko jangan tanya. Ko tanya bila nak berani bawak kereta. Itu soalan yang aku sendiri tak tau nak jawab.. Harapan dan target aku untuk tahun ni, sebelum umur menginjak ke 25 tahun ialah BERANI MEMBAWA KERETA! BERANI! BERANI! BERANI!

Aku bukan tak nak bawak kereta tapi ni la macam lembab sikit la. Lesen cuma hiasan dalam wallet je. Bukan ape, saje tak nak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain..hukhuk.. Ye la kan, pemandu kat Malaysia ni kan pro2 belaka. Kang kalau ade mahluk cam aku yang terkedek2 drive kat tengah jalan raya tu kang, memang comfirm kena hon kan.. Silap2 jari tengah pun keluar kan..

Aku tak tau mana silap nye sampai aku rasa bawak kereta tu lagi susah dari add math kekadang..huhu. Ye langgar saja bonggol itu kerana tidak sempat nak tukar gear.. Yehaaaaa...

Daaaaaa...

p/s : Entri ni patutnye di publish pada 19/2/2011 hari tu. Tapi wanita bekerjaya yang tidak berkereta ni tersalah tekan button pulak. nak tekan publish, tertekan save dik non... Hari ni baru perasan dengan jayanya...

Friday, February 18, 2011

Rindu Nak Buat Kek Lagi

Lama tak update pasal masak memasak ye dak? Kakak kakak yang suka duk tengok gambar si manis comel yang aku buat pun dah lama tak menjenguk ke sini ye dak? Baiklah, hari ni nak buat show hobi yang dah jarang sikit aku buat sekarang... Ape lagi kalao bukan baking cake kan..

Baik, ni kek untuk birthday my anak sepupu si Ikhram Alham atau dipanggil Kikam je. Asalnye nak deco pakai strawberry, tapi boleh pulak strawberry kat Jusco tu habis hari tu. terpaksa la cari alternatif buah len, iaitu ceri. Ni kalau musim rambutan, mau aku bubuh rambutan je ni..hehe..


Tengok anak-anak sedara aku. Berkilat- kilat, berpeluh-peluh muka. Mana tak nye, buat kat kampung kan. Budak-budak kalau balik kampung memang gini la gayenye kan, berlari tak cukup tanah, segala reban dia nak buat tempat permainan. Kesian, umah kat bandar tak cukup tanah gini la jadinye bile balik kampung..huhu



Then ni cupcakes pun untuk birthday kikam jugak. Bukan main seronok dia tengok ada dua jenis kek..hehe. Ni cubaan awalaku la buat butter cream. Tapi alhamdullilah sedap cream dia ni. Sumpah tak tipu wak. Kalau nak resepi butter cream cupcake ni, cari je la kat entri lama-lama i ye..hehe


OKl yang last sekali ni untuk maisarah kawan ku. Cian die. Die tempah cupcakes choclate strawberry yang aku selalu buat tu. Tapi masalahnye Strawberry kat jusco habis. Kalo Cameron Highland kat sebelah rumah je, boleh gak aku petik sebijik dua strawberry kan..

Hari tu memang cukup penat lah. Sabtu kerja half day, balik kerja terus pung pang pung pang kat dapur siapkan sume. Petang sabtu tu jugak hantar ke rumah mai and terus balik kampung. Macam nak pengsan. Tapi still boleh terima sebab buat benda yg kita suka kan...

Hurm.. Rindu.. rindu...

Thursday, February 17, 2011

7 Dulang Hadiah BIrthday Katanya!


Esok hari apa? Esok hari apa? Esok hari apa ek? Tanya banyak-banyak kali kepada En HIlmi tercintak kasi beliau stress.

Ntah. Tak Tau. <--- Jawapan sentap kan..

Ei ei ei... Dah 8 taon tak dapat hadiah birthday dari die tauuuuuuuuuuuuuuuuu <--- Ayat over. Padahal kenal dan bercinta baru la 5 tahun kan.

Minggu depan 7 dulang hadiah saya bagi tauuuuuu.

Tu bertunang. Tu minggu depan. Esok adalah esok. Esok adalah birthday saya. Dimanakah keadilan? Dimanakah?

Hahahahahaaaaaaa... Sape suroh bertunang bulan ni, kalau bertunang bulan depan kan dah dapat 2 kali hadiah.

Ok then. Ni nak kira rugi ke untung ni? Sampai 7 dulang hadiah birthday katenye kan. Tapi dapat lambat seminggu lepas birthday.. Untung ke rugi ni??

Wednesday, February 16, 2011

Wanita Bekerjaya Yang Tidak Berkereta

Hamboi hamboi hamboi... Lama tak update blog, lama tak menjenguk blok kawan-kawan, macam-macam perubahan aku nampak ye.. Perubahan ape tu aini? Cer citer, cer citer, cer citer <---sambil membuat gaya pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kan..

Mane tak nye, Si Ain dah makin maju ni dalam bidang penulisan novel ni. Halamak, berkawan ngan penulis dah aku sekarang.. Huhu.. Ape pun Ain memang suka mengeluarkan kata-kata yang walaupun tak puitis tapi mampu menggegar jiwa dan terkesan kat hati..

"Jangan terlalu membandingkan diri kita dengan orang lain, bimbang akan akan timbul perasaan tidak bersyukur "

Itu status facebook yang pernah Ain tulis la dulu yang buat aku terkesima setengah minit lepas membacanya sebab sebelum tu perasaan aku tengah gundah gulana je coz asyik memikirkan someone tu lbih segala-galanay dari aku... Insaf seketika dan kembali tenang jiwa..hehe

Tu Ain, Si Zara pulak bukan main rancak lagi sekarang berbisness cokelatnye ha.. Bukan main la comellote cekeletnye ha.. Bile ntah aku nakdapat rasa cokelat free sedozen dua kan Zara kan kan kan kan kan kan..hehe.

So apekah kaitan tajuk Wanita Berkerjaya Yang Tidak Berkereta dengan entri yang aku tulis ni? Jawpannya tunggu next entri la sebab aku pundahterlupe ape yang aku nak citer awal-awal tadi. Nanti bile ingat balik aku citer ye...hehe. Jangan mare... Nanti tua sebelum usia... =)

Thursday, February 3, 2011

Perkembangan & Pengembangan Tuan Punya Blog

Holaaaa... Ini dia perkembangan terkini. Kepada sahabat-sahabat yang bertanya kenapa tak update-update blog dan malas sangat menepek gambar ke dalam blog. Entri ini ada jawapannye.

Sebab pertama malas menepek gambar di dalam blog adalah kerana proses pengembangan diri yang membuatkan tak excited langsung nak bergambar. Kalau dah malas nak bergambar, datang mana pulak gambar yang nak tepekkan ke dalam blog ye tak?

Tapi sempena cuti Raya Cina yang panjang ini, tuan punya blog adalah happy memanjang walaupun masih ada satu dua perkara yang bikin panas dan stress. Eh sekarang dah pandai tau, asal stress je nak pergi karok. Nasib la ade member kaki karok.

Ni ha dua orang kaki karok yang tiada tandingan lagi . Bagi la empatpuloh lagu pun diorang larat dan bertenang lagi. Aku pulak masuk lagu keempat dah macam robot kehabisan bateri je. Tapi tetap seronok tengok diorang menyanyi.

Oh ye, cantikkan bilik karaoke ni? Ni si Ain la bawak. Kat Ali Baba karaoke. Best gila. dah la cantik. Siap ada bantal boleh baring-baring lagi. 2 jam kitorang kat dalam tu sempat la tunggang terbalik jap kat situ sambil feeling-feeling menyanyi sambil buat video klip gitu..haha

Then lepas penat buat konsert selama dua jam dalam bilik tu, apa lagi perut pun mula buat konsert pulak kan. Terus ke Angsana. Si tuan blog yang gemuk tu pulak mengidam nak makan Kenny Rogers kan, so ke sana lah kami tuju untuk menyokong proses pengembangan badan kan.

Then, lepas kenyang, matlamat seterusnya adalah shopping barang-barang hantaran yang masih belum beli. Bukan main la lame. Dari Angsana sampai ke kip mart mencari. Thanks to both of my friends, kak cik and ain yangsudi menemankan aku yang cerewet ni mencari barang-barang tu..

Happy sangathari ni Tak nak pikir yang memeningkan kepala coz tak nak rupa nampak tua dari usia nanti..Sekian terima kasih. Semoga cuti empat hari ni terasa lambat berlalu...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails