Followers

Friday, February 18, 2011

Rindu Nak Buat Kek Lagi

Lama tak update pasal masak memasak ye dak? Kakak kakak yang suka duk tengok gambar si manis comel yang aku buat pun dah lama tak menjenguk ke sini ye dak? Baiklah, hari ni nak buat show hobi yang dah jarang sikit aku buat sekarang... Ape lagi kalao bukan baking cake kan..

Baik, ni kek untuk birthday my anak sepupu si Ikhram Alham atau dipanggil Kikam je. Asalnye nak deco pakai strawberry, tapi boleh pulak strawberry kat Jusco tu habis hari tu. terpaksa la cari alternatif buah len, iaitu ceri. Ni kalau musim rambutan, mau aku bubuh rambutan je ni..hehe..


Tengok anak-anak sedara aku. Berkilat- kilat, berpeluh-peluh muka. Mana tak nye, buat kat kampung kan. Budak-budak kalau balik kampung memang gini la gayenye kan, berlari tak cukup tanah, segala reban dia nak buat tempat permainan. Kesian, umah kat bandar tak cukup tanah gini la jadinye bile balik kampung..huhu



Then ni cupcakes pun untuk birthday kikam jugak. Bukan main seronok dia tengok ada dua jenis kek..hehe. Ni cubaan awalaku la buat butter cream. Tapi alhamdullilah sedap cream dia ni. Sumpah tak tipu wak. Kalau nak resepi butter cream cupcake ni, cari je la kat entri lama-lama i ye..hehe


OKl yang last sekali ni untuk maisarah kawan ku. Cian die. Die tempah cupcakes choclate strawberry yang aku selalu buat tu. Tapi masalahnye Strawberry kat jusco habis. Kalo Cameron Highland kat sebelah rumah je, boleh gak aku petik sebijik dua strawberry kan..

Hari tu memang cukup penat lah. Sabtu kerja half day, balik kerja terus pung pang pung pang kat dapur siapkan sume. Petang sabtu tu jugak hantar ke rumah mai and terus balik kampung. Macam nak pengsan. Tapi still boleh terima sebab buat benda yg kita suka kan...

Hurm.. Rindu.. rindu...

4 comments:

ZACK ENTRY said...

dah lama tak makan kek..tiba-tiba geram lak tengok gambar kat atas tu..adess ^^,

edane said...

wah cantinya cup cake tu.. kek coklat pasti sedappp kan.. hmm

Zaharah said...

Wah semakin maju..
noi belajar buat yg fondant.. cnfirm nnti tung ke kawen ade yg menenmpah..

cikgu_aare said...

bestnya wat kek..lama tak buat kek!huhu..kalo ada lebih,posla kt sini sket..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails