Ini cerita last weekend. Kakak ni ke pahang, ke cameron highland. Bercuti-cuti Malaysia walaupun kerja melambak! Kali kedua pergi. Tapi ni la first time dapat naik sampai atas sana. Dapat la pergi tempat-tampat yang selama ni teringin sangat nak pergi.
Ok, mula-mula gambar tuan tanah la kan. Bersamaaaaaaaaaaaaa... tet! Tunang saya yang konon-kononnye pemalu. Ok, orang snap gmbar sibuk nak tunjuk rambut kan. Ha.. hambik gambar rambut je..huhu
Antara yang teringin bila ke Cameron highland tu ialah makan aiskrim strawberry kat sana. Hah! Macam kat jb tak de je kan? Gitu la, lainrasanya, suasana nye.. Tempat makan ni tak ingat la nama dia. Tapi dia sebelah kedai cenderahati yang besar.
Tak cukup ngan aiskrim strawberry, kita order juga strawberry milk shake ni. Kemain la sedapnye. Tak padan dengan sejuk-sejuk, still tak ingat diri kan. Selain aiskrim dan strawberry milk shake ni, kitorg makan chicken chop ngan fish n chip. tapi Tak sempat snap gambar terus ngap, sebab kebulur dah lapar..hehe.
Baik, ni pulak gambar kat pasar Brinchang. Tempat yang paling aku nak pergi ni. Dah asyik google je kan pasal cameron, duk la orang cerita pasal pasar brincang ni. Best. Kat sini la beli makanan untuk di bawak balik untuk family en tunang saye. Murtabak cameron highland ni memang best gila babas. Dah la tebal macam buku teks tingkatan satu, pastu kaya dengan daging, telur dan sayur. Memang puas hati sangat2.
Ha.. Ni segala seafoog goreng tepung. Ketam ada, sotong ada, udang pun ada. Sebagai penggila seafood, harusla perasaan tamak haloba menguasai diri kan. Habis semua jenis di borong. ..Harga boleh tahan murah lah, tapi... tapi.. tapi...tapi................................................
Tapi ape ye tuan-tuan? Tapi kualiti sangat hancus. Bila dah sampai rumah, bukak-bukak, sangat mengecewakan. Sotong goreng tepung hanya kepala sotong semata-mata, sumpah tak tipu! Udang disebalik tepung itu sudaj kecut sangat-sangat. Ntah keberapa kali di goreng semula la agaknye.
Serius, cam nak marah tapi dah sampai umah kan, dah jauh, walupun tak jauh sangat. Uh tak baik sungguh peniaga tu. kat pasar tu byak lagi gerai jual menu yang sama. Tapi sebab terover eksited, kakak ni beli terus kat kedai first tu.. Len kali, kalao datang lagi, nak try rasa dulu masa beli tu. Kalau ok baru amek!
Serius, cam nak marah tapi dah sampai umah kan, dah jauh, walupun tak jauh sangat. Uh tak baik sungguh peniaga tu. kat pasar tu byak lagi gerai jual menu yang sama. Tapi sebab terover eksited, kakak ni beli terus kat kedai first tu.. Len kali, kalao datang lagi, nak try rasa dulu masa beli tu. Kalau ok baru amek!
Mari-mari tengok muka orang tamak haloba. Betul la orang tamak selalu rugi.huhu.
Ok, gambar makanan semata-mata kan. Ni cuti-cuti ke jalan-jalan cari makan? Haha.. nak buat macam mana, hari tu memang eksited berjalan cari makan je..huhu. Ada pergi kebun strawberry, kaktus sume tu, tp tak bnyak pun snap gambar..hehe.