Followers

Wednesday, April 20, 2011

JMV XXXX.. Johor My Vi Katanye...

Hidup semenjak dua menjak ni memang serabut. Serabut bermula bila tukar tempat kerja baru. Banyak la yang effect akibat kerja baru ni. Contoh nya, penat dia tak macam tempat kerja lama. Ye la dulu masuk8.30, blik kul 5.30, kerja tak banyak, main facebook ngan blogging je kat office, pastu boleh cabut awal...haha..

Tapi kilija baru ni ada tanggungjawab, sentiasa ada kerja. seminggu ada la 2, 3 kali je aku bukak facebook kat office, blogging apetah lagi. Masuk kerja kul 8.30 tp pukul 8 aku dah terpacak kat office sebab tumpang abang pergi kerja. Balik pulak patutnya kul 6 tapi mesti akan keluar pukul 6 lebih. X pe, tak kisah, sebab gaji berpada dengan beban kerja. Alhamdullilah....

Cumanya, sekarang dah rasa tak larat gila nak balik kerja naik bas. Serius. Pergi kerja pun sekarang tak pernah naik bas dah. Kalau tak tumpang abang, mesti naik teksi. Cuma balik kerja la naik bas. Kalau naik teksi pergi balik, sehala RM12, pergi balik RM24 ko... Tiap hari macam tu tak nazak aku?

Jadinya, aku buat keputusan beli kereta jua akhirnya walaupun aku masih dungu dan tak confident bab driving ni. Tak tahan oo.. Naik bas makan sejam lebih baru sampai rumah, kalau naik kereta @ teksi, 15 minit dah sampai. Kira la berapa banyak masa dan tenaga yang di bazirkan?

Loan dah lulus, agreement pun dah sign, tinggal nak tunggu kereta keluar je la beberapa hari lagi. Semoga aku semakin berani dan confident bawak kereta dengan adanya kereta sendiri lepas ni!!!!!!! Huh.. semangat gila babas.

p/s : Oh lupa, Miss Agness Perodua tu kata nombor plat kereta terbaru sekarang cantik dan sesuai dengan kereta baru i tu... JMV XXXX katanye.. Stand for " Johor My Vi ".. Boleh?? Huhu..

5 comments:

Anonymous said...

selamat memandu yer...
berhati hati di jalan raya...

nasazfrog... said...

yup sekarang no palt kete kat JB JMV.. terbaru gitu,

Pupel Liyana said...

hati2.. ala memandu ni tak susah mana cuma kita kene biasakan je.. wahhh jaga JMV baek2 ye.. kita cuma ada JLJ.. johor landon johor kata abg bank hehe

Zaharah said...

Wah sudah ada kereta.. warna ape tu???Pink kaa??? :)

slow2 bawa pasti boleh.. dulu kite 3 tahun x pegang stereng, tp ada kereta sendiri kite msti kena yakin boleh bawa :)

[sutera kasih] said...

SAB hehe tetibe plak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails