Followers

Thursday, June 30, 2011

Perasaan Menjadi Mangsa Buli

Masa kecik-kecik dulu, dari tadika sampai darjah 3 kot, aku selalu jadi mangsa buli. Mungkin sebab keadaan fizikal time tu comot, tak pandai, tak meyerlah macam budak-budak lain da jugak sebab aku bukan jenis anak manja yang mak hantar jemput balik sekolah, datang time rehat sume tu kan. Yang selalu buli aku ni jeis-jenis anak manja macam tu la. Eee gerem bila ingat balik!

Ingat lagi cerita Azroy pembuli yang perah aku tampar dulu? Kalau tak ingat, baca kat sini.

Selain dia, sorang lagi budak lelaki yang aku ingat sampai sekarang sebab dia dulu memang buli aku gila-gila. Nama budak tu Rohaizad. Benci gila aku ngan dia masa tu. Dah la gemok, jahat, bodoh pulak tu. Nampak sangat aku geram kan? Pasal ape, die memang selalu buli aku sampai aku menangis. Dia paling suka ejek aku. Perah masa tu ada mak dia, dia punya sakan ejek aku itam, ejek nama bapak aku. Mak dia buat dek je... Bagus betul mak dia ajar anak. Sebab tu anak dia tak jadi ape sekarang ni..

Bukan lelaki je buli aku, perempua pun ada. Pompuan ni nama dia Anis Samihah. Anis Samihah. I ingat sampai sekarang nama u okeh! Dia ni masa tu comel, pandai tapi jahat! Sama la 2 kali lima denga Rohaizad ni. Tapi si Anis ni, sebab dia pandai kan, so lagi la sakan dia buli aku. Cakap aku bodoh, marah-marah aku lepas tu bila aku menangis kena marah dia ketawa macam orang gila. Pernah sekali tu, dia buat aku sampai menangis, time tu pulak ustazah datang nak masuk kelas, dia paksa aku berenti nanges sebab dia cuak takut cikgu marah die..

Then masa darjah 4 aku dah tak sekelas ngan syaitoon 2 orang tu. Si Rohaizad masuk kelas belakang-belakang, Anis Samihah pulak masuk kelas pertama dan aku masuk kelas kedua. Aman hidup aku. Masa tu dah aman kan, so hati aku pun terang la bila belajar. Aku dapat No 1 dalam kelas. Masa tu la bermulanya zaman kebangkitan seorang mangsa buli..

Masa tu la aku mula ramai kawan. Mengenali geng-geng bas sekolah aku si kakcik, ain, pekja, maisarah, johana, nana, lily, hani dan lain-lain yang mewarnai zaman sekolah aku dulu. Dah tak de zaman buli dah... Zaman kebangkitan katenye..

Belajar-belajar sampai dapat masuk MRSM, masuk matrik dan universiti.. Masa zaman u dulu, aku pernah terserempak dengan Anis Samihah tu kerja jadi cashier kat The Store.. Tak tau la part time or full time. Emm, budak pandai x kan full time cashier kot, part time la kot.... Si Rohaizad dan Azroy tak tau cerita... Tapi yang pasti, bila ingat mereka-mereka ni, aku rasa nak kembali ke zaman silam dan buli diorang balik...haha

Motip tetiba cerita pasal zaman kegelapan? Pasal terpandang muka diorang kat facebook tadi. Benci i....


4 comments:

miho amyra said...

saye juga mangsa buli time darjah 2....
tapi saye jenis membalas....
dorang pijak kasut lah...amik barang lah....macam-macam....
pastue saye mula laa kejar dorang, cubit sekuat hati..tarik rambut sekuat mungkin...
tapi dorang still seronok nak ganggu keamanan sye...xphm~
buli ke kalo gini ? heh~

Hanis Azla said...

bila org buat kita mmg kita selalu tak boleh lupa.. tp maafkan aje mereka adalah yg sebaiknya.. sbb lepas tu sure kita akan rasa tenang sgt.. lgpun apa ada hal kan.. sbb mereka juga menyumbang kepada kejayaan kita sekarang.. cheers :))

Aini said...

Haniz : Hehe, memang dah maafkan, cuma still tak buleh lupe..huhu

la dolce NNS... ^_^ said...

tawakal and redha je r.....
berdoa agar kita sentiasa dekat dgn allah ok...
yg suka buli 2 mybe akan dpt balas nanti...
follow my blog ok
azwarazukiblog.blogsport.com
ok.. hehehe ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails