Tuesday, January 31, 2012
Buku Perancangan Perkahwinan
Bukan perancangan nak anak berapa ye. Tu tak perlu dicatat dalam buku. Terima je apa yang Allah nak bagi. Ni buku perancangan dari segi kewangan. Tak nampak tu beg kecik dan resit-resit yang membuak keluar tu? Tu la semua perbelanjaan yang berkaitan deggan perkahwinan aku yang aku catat kesemuanya...
Berapa duit hantaran masuk, bila masuk, berapa dividen ASB yang aku masukkan dalam buku yang aku bagi nama Bride To Be Planning ni, sume aku rekodkan.. Berapa keluar, berapa harga setiap barang hantaran untuk si dia, belanja pegi jakel untuk baju nikah semua aku rekodkan.
Yes, aku memang seorang yang cerewet yang amat dan membencikan kadang-kadang tapi aku juga teliti. Aku rekodkan segalanya supaya tak nak rasa ada pembaziran yang berlaku. Ye la kan, contohnya untuk bulan ni aku masukkan 1500 dalam akaun buku Bride To Be Planning ni, so aku nak tengok ke mana aku salurkan setiap sen daripada 1500 tu. Biar jelas dan terang supaya kita tau, duit tu tak ke tempat lain..
Untuk bahagian ni memang aku asingkan dari duit gaji ye. Purse pun lain-lain. Purse purple tu memang khas untuk letak duit untuk belanja kahwin, buku kecik ni dan resit-resit yang berkaitan. Purse biasa yang ada duit gaji, segala kad pengenalan, kad jusco, kad watsons dan segala mak nenek kad lagi adalah lain ye. Oh kad kredit memang tak ade, kat atm je i ade. Konsep dia gini, pakai duit gaji untuk belanja kawen tak ape tapi jangan guna duit kawen untuk ganti gaji..huhu
Ok la, perjalanan jauh lagi ni, banyak lagi benda nak setle. Doakan la Allah permudahkan segalanya untuk urusan dn niat baik kami membina masjid ye...
p/s : Mood sekarang asyik duk dengar lagu direnjis-renjis dipilis...huhu =)
Thursday, January 26, 2012
Dinner Muda Mudi Black & White
Tapi kat dalam entri ni semua gambar geng-geng bujang je... Geng-geng yg dah kawen tak ade..haha.. Bukan deskriminasi tapi ntah la...next entri kot gambar diorang..haha.. Sekarang layan group bujang bujangan dulu ye....
Tak tau la ape motip pitmit tunduk bagai macam tu.. Mungkin nak tunjuk sopan atau menahan kesakitan akibat cedera main volleyball siang tu..
Ops.. yang belakang tu bukan hero cerita korea okeh. Tapi anak kepada salah seorang staff juga... Dah lebih kurang sebaya je ngan kitorang ni ha...
Layan je la gambar-gambar ni k... Kitorang pekerja tau.. Bukan student praktikal.. walaupun muda-muda belaka... haha...
Anak-anak staf... Comel belaka kan...
Sekali lagi...layankan gambar-gambar geng bujang-bujangan.... Single, rich and lonely katenye....haha
Wednesday, January 18, 2012
Shopping barang Hantaran
Selama 6 tahun bercinta, aku kat Jb, dia kat pahang. Pulak tu, bila dah kerja, aku cuti sabtu ahad, dia cuti khamis jumaat. Sila bayangkan pancaroba yang terpaksa kami hadap. Sudah lah jauh, waktu cuti pun tak sama, so sangat la susah nak jumpa. Asyik la bergaduh sape nak korbankan annual leave semata-mata untuk jumpa...
Tapi tahun 2012 ni segala susah payah kami semakin dipermudahkan. Sudah la aku dapat transfer ke Kl, Tunang aku pulak ditukarkan cuti dari khamis jumaat kepada sabtu ahad mulai bulan ni... Bersyukur sangat-sangat... Makin senang la nak berjumpa dah dekat dan cuti pun dah sama...
So sambung cerita tadi, Ahad lepas kitorang pun plan la untuk beli barang-barang hantaran.. ye la tak lame dah bulan 5, pulak tu sekrang ni tengah sale untuk Chinese New year kan, so memang masa paling tepat la untuk shopping! Gila best tau..
Mula-mula kitorang pegi Sogo la.. situ kan syurga segala sale..hehe.. So mula-mula turn cari barang hantaran lelaki la.. First cari kasut dia, bukan main la cerewet tau.. Tapi last-last amik yang aku pilih jugak...huhu..
Then, cari pulak baju.. Memang tak cari kemeja la.. Sebab beliau bukan suka pun.. So cari baju Polo yang memang favourite die.. Mula-mula kitorang memang dah berkenan habis kat satu design ni. Sehati sejawa gitu. Aku suro dia amik yang wana Hitam Purple but die tak nak hokey... Berani die kate purple tu tak cantik dan nak amik yang warna merah hitam... Sentap akak. Tu tengok la la gambar kat bawah tu. Tangan tak nak lepas dari pilihan dia..
Pastu kita cari set belt ngan wallet untuk beliau pulak.. Dah dapat 3 barang untuk dia, so aku pun ajak la pegi cari barang hantaran perempuan pulak kan... Tapi beliau kate penat laaaaaaaaaa... Ewaah ewaaah mak enon kan. Dah dapat barang die, turn nak cari barang kite penat fulek kan...So dia kate, yok la karokea, bleh duduk kejap hilang penat... Over kan.
Lepas karokea jap, rupenye lagi penat...haha.penat melalak kan. So lepas tu cuma dapat cari handbag untuk hantaran aku je. lepas tu terus jalan kali pergi jalan Tar terus ke Masjid India, cari jakel, beli kain untuk buat baju nikah pulak... Time ni memang dah hampir hilang tenaga dah... Penat gila kot... Dan lepas duk habis kirai semua kain lace kat situ, dapat jugak la hasilnya....
So, dalam masa satu hari, sakan jugak la bershopping.. Gembira sangat. Cuma kesian la kat beliau tu yang malam sebelum tu kerja malam, balik kerja pagi tu terus turun kl, pastu sepanjang hari berjalan, malam kena drive balik ke pahang semula.... Gagah kan tunang i?? Hehe......
Ok Tu je la cerita pasal shopping barang hantaran. Katenye nak sambung shopping kat jb pulak bila balik jb bulan depan..hehe...
Tuesday, January 17, 2012
Lintas langsung dari Avillion Legacy Melaka
Sunday, January 15, 2012
Girls Day's Out
Objektif dan matlamat pada hari itu adalah untuk bergembira, melupakan segala masalah. Biar la ade yang kusut dengan masalah cinta, ada yang kusut dengan masalah kerja dan ada yang kusut dengan masalah berat badan, matlamat kami tetap 1... Bergembira dan menggila.
Antara aktiviti mencari kegembiraan itu adalah melalak kat karaoke.. Tengok, artis sume tk sabar nak karaoke. Hambik, 3 jam kami melalak tanpa henti dengan gembiranya. Dari lagu sedih, sampai lagu joget...haha..
Tapi sebelum tu kami pergi melantak kat seoul garden dulu.. Bila orang tanya aku, weh makan tak ingat ke diri tu dah nak kawen? Aku jawab alaa gmuk je pun, tak ade pe sangat pun..haha.
Hari tu adalah hari tanpa diet, tanpa pantang larang makan sebab bukan selalu dapat berborak sambil makan tak henti macam tu...hehe... To all my girlfriends yang join that day.. Thanks you so much la kerana menceriakan hati beta sangat-sangat.. Korang memang hyperactive dulu kini dan selamanya...haha..
p/s : Mereka mereka ni la bestfriend aku sejak jadi budak asrama... 2004 until now.... Lama jugak dak tu.... fuh..
Thursday, January 12, 2012
Rosken Skin Repair Solution Untuk Kulit Kering
Masalah kulit kering terutama kat kaki kakak ni memang la mencengkam kalebu... Geram sangat. Dah bergelen lotion di lumur tiap hari tapi tak berapa nmpak kesannye kat kaki ni...
So hari tu ke guardian, lama gila aku duduk kat tempat skin care tu ha... Belek satu satu produk yang ade. Tak nak dah vaselin. Bukan sebab vaselin x bagus, dia tetap lotion no 1 dalam hidup ahkak ni dik.. Tak ingat ahkak ni jadi model vaselin kejap dulu? haha...
But untuk masalah kaki kering yang melampau ni, memerlukan lebih dari vaselin tu. So lepas dah lama kerut kerut dahi pilih product yang ok, so aku pilih rosken ni la.. Sebab nampak macm best je dan btul betul focus untuk kulit kering...
Ok so kepada sesape yang ade masalah kulit kering, rosak ke kan yang nak cantik balik kulit tu, aku syorkan la cari rosken skin repair ni ye.. Memang bagus..
Ok sekian.. Pesanan khidmat masyarakat dari aku... Daaa...
Percubaan Pertama Dengan Blogger Droid
Ehem ehem... Baru install blogger droid kat telepon ni ha.. So mengetest la update blog menggunakannye.. Ater.. Dh ade teknologi, marilah guna..nhehe..
Wednesday, January 11, 2012
Wordless Wednesday
Niat di hati nak bercerita pasal rumah baru. dah sebulan 2 minggu dah pindah tapi masih belum berkesempatan nak bercerita..
Sunday, January 8, 2012
Saturday, January 7, 2012
Lagi Design Baju Nikah Idaman
So hasilnya marilah aku ak tepek kat sini.. Cecantik ko..Gojes amat.. Simple but nice... Ni la gambar first yang buat aku terlopong sebentar malam tadi. Cantik kan kurung moden Siti Nurhaliza ni? Sesuai kan kalau buat baju nikah. Baju kurung moden tu biasa je. Tapi part kain tu yang cantek amat... Suka sangat-sangat.
Fesyen kain ni kalau tak silap namanye mermaid skirt kot kalau baca dari blog rizman ruzaini. Oh ye, kebanyakkan gambar dari entri ni di ambil dari blog Rizman Ruzaini, fesyen designer yang terkenal, meletop dan dabommm..huhu.. Dari blog die tu banyaj fesyen yang dress, skirt gaun yang lebih kurang patern nye yang macam aku berkenan ni contohnye macam dress fazura ni.. Cantik kan???.
Kan? Kan Kan? Baju dia pakai la kain lace, pastu lining siap-siap. Tak kuase mak nak pakai inner, lining siap2 je nak... Cantik kan? Kan ? Kan? Kat bawah ni pulak design yang sama cuma erra fazira ni guna kain sifon kot untuk baju tu... Biasanya klau nak nampak cantik, tambah manik kan... Tapi tak kuase la... Beli je kain lace yang dah siap manik dan sulam kan...
Friday, January 6, 2012
Fesyen Baju Nikah
Macam ni ha... Maaf la gambar ni dah lama search kat google pastu terus save. Tak ingat ambil dari blog mane.. Mintak izin ye tuan punya gambar pinjam kejap... Cantik kan kain dia..Rasanya pakai kain sifon tu.. Soft je.. Sedap je mata memandang..
Ha ni pun contoh satu lagi fesyen baju nikah yang cantik. Mintak maaf sekali lagi la kepada tuan punya gambar sebab tak ingat ambil dari blog mana, jd tak boleh nak kredit.... Tapi baju awak sangat la gojes lagi-lagi part kain tu....
Yang ni pun patern kain kembang jugak. Tapi bahagian peha tu macam ketat semacam je. Dan boleh bayangkan keseksaan yang akan dialami masa duduk bersimpuh masa nak akad nikah tu nanti kang dengan kain ketat cam ni... Tapi memang cantik kan...
So tu la antara design yang menarik perhatian aku. Sekarang ni duk pikir nak buat baju kurung moden tu untuk bahagian kain kembang tu nak pakai kain sifon ke kain satin je.. Tailor mybe mak je..hehe... Tapi masalahnye kain pun x beli lagi sebab masih binggung nak beli kain ape...huhu... Ohlalala...
sek
Wednesday, January 4, 2012
Cerita Cameron Highland Lagi dan Lagi
Masa ni kat ladang teh, cameron valley... Cantik pemandangan kat sini oooo...
Hero hindustan konon-konon....
Hero hindustan bersama family bersarapan kat cameron valley...
Olololoh.. Comelnye die tawe.. =)
Pagi-pagi kat tanah rata... Sejuk gila babas... dah la subuh tu hujan lebat..
My family depan Villa Dahlia, tempat penginapan... Komen? RM350 semalam untuk apartment 3 bilik... Hurmm.. Boleh la..Walaupun servis tak berapa nak memuaskan...
Sarapan aku pagi tahun baru... Strawbery celup cokelat... Oh nikmatnye...
Gambar ni snap masa lepas bangun tidor... Kabus gila tebal. Tak nampak ape dari tingkap apartment..
Eh gambar sarapan kat bawah pulak? Haha... Lantak la.. Malas tau kakak nak susun... Kakak dah mengantok ni ha..
Cukup kot gambar tu... Nanti ada satu lagi entri pasal Cameron ni... Kisah yang tak berapa nak best...
Sekian
Tuesday, January 3, 2012
Azam Tahun Baru 2012 Biarlah Rahsia
So macam mana dengan azam korang? Adakah azam tu terlaksana atau tergendala atau dah carry foward sebagai azam tahun ini puleks..? Hehe.. Ape pun aku doakan semoga azam korang korang korang korang semua akan terlaksana... InsyaAllah...
Azam aku untuk tahun 2011 alhamdullilah banyak yang terlaksana... Antaranya aku berani bawak kereta pada tahun 2011 setelah dari 2006 belajo amik lesen.. Kesian kan? Dan 2011 jugak aku berjaya beli kereta dengan duit sendirik... Selain tu aku berjaya menukarkan status single but not available kepada tunangan orang yang sah pada tahun 2011..
So azam aku untuk tahun ni, tahun 2012 biar lah rahsia... Tunggu tahun 2013 kang aku listkan azam aku yang berjaya..haha. Semoga tahun ini mendatangkan limpah rahmat dari Allah S.W.T.. Semoga tahun ini rezeki aku semakin murah dan menjadi orang yang lebih berguna daripada sebelum ini... InsyaAllah...