Followers

Tuesday, January 31, 2012

Buku Perancangan Perkahwinan



Bukan perancangan nak anak berapa ye. Tu tak perlu dicatat dalam buku. Terima je apa yang Allah nak bagi. Ni buku perancangan dari segi kewangan. Tak nampak tu beg kecik dan resit-resit yang membuak keluar tu? Tu la semua perbelanjaan yang berkaitan deggan perkahwinan aku yang aku catat kesemuanya...

Berapa duit hantaran masuk, bila masuk, berapa dividen ASB yang aku masukkan dalam buku yang aku bagi nama Bride To Be Planning ni, sume aku rekodkan.. Berapa keluar, berapa harga setiap barang hantaran untuk si dia, belanja pegi jakel untuk baju nikah semua aku rekodkan.


Yes, aku memang seorang yang cerewet yang amat dan membencikan kadang-kadang tapi aku juga teliti. Aku rekodkan segalanya supaya tak nak rasa ada pembaziran yang berlaku. Ye la kan, contohnya untuk bulan ni aku masukkan 1500 dalam akaun buku Bride To Be Planning ni, so aku nak tengok ke mana aku salurkan setiap sen daripada 1500 tu. Biar jelas dan terang supaya kita tau, duit tu tak ke tempat lain..

Untuk bahagian ni memang aku asingkan dari duit gaji ye. Purse pun lain-lain. Purse purple tu memang khas untuk letak duit untuk belanja kahwin, buku kecik ni dan resit-resit yang berkaitan. Purse biasa yang ada duit gaji, segala kad pengenalan, kad jusco, kad watsons dan segala mak nenek kad lagi adalah lain ye. Oh kad kredit memang tak ade, kat atm je i ade. Konsep dia gini, pakai duit gaji untuk belanja kawen tak ape tapi jangan guna duit kawen untuk ganti gaji..huhu

Ok la, perjalanan jauh lagi ni, banyak lagi benda nak setle. Doakan la Allah permudahkan segalanya untuk urusan dn niat baik kami membina masjid ye...



p/s : Mood sekarang asyik duk dengar lagu direnjis-renjis dipilis...huhu =)

7 comments:

~izan~ said...

bagusnya mcm ni.. teliti dan terancang =)

udacun said...

wahhh.. aku jugakkk xde gaji..tp nak kawen..ahahaa.. mslah btoii nii

Mama Qaireen said...

bagus ler awal2 dh planing hehe...smoga bahagia nt

Mama Qaireen said...

bagusla dh planning awal2..smoga semuanya bjalan lancar nt

nurkaloi said...

ermm bagus camni
baru laa tahu bajet semua kann
pape pun gudluck eah

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah...bagus2..smoga smuanya berjalan lancar naa.. ^_^

ZaraAyed said...

mmg perlu list mcm ni.. sgt pntg..
org dri taon lepas dh start buat.. sng nnti tengok ke mane di salurkan duit2 ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails