Followers

Friday, March 29, 2013

Last Day Kerja ~ Mari Kita Bungkus Dan Balik Kampung!


Kehkeh... Gambar snap pagi tadi depan pintu lif kat umah... Dari semalam dah siap packing-packing barang dan punggah masuk kereta. Ni trip terakhir yang aku angkut masa nak pergi office. Cian Pinky Bear kena ikat macam tu kan? Huhu... 

Sebenarnya tak larat dah nak naik tangga 4 tingkat office tu. Serius opis tak ada lif okey. Nasib baik 4 tingkat. Kalau 8 tingkat macam rumah kitorang tak ade lif macam mana? Awal-awal dah beranak aku ni kottt.... huuu.  Tapi sebab nak tunggu husband sampai, moh la kita ke office jugak dulu kemas-kemas, kosongkan atas meja dulu.  Lepas ni lama dah cuti. 

Masuk office, kemas apa-apa yang patut, pastu mula boring. Tak tau nak buat apa dah. Semua kerja dah hanover kat orang. En husband ni lama la pulak nak sampai. Tak sabar dah ni nak balik, nak pergi hospital.. Risau jugak ni dari hari isnin hari tu tangguh pergi hospital walaupun dah dapat surat dari Dr suruh ke hospital secepat mungkin...

Baiklah...KUALA LIPIS..... Saya dah ready.....!!!!!


Wednesday, March 27, 2013

36 Weeks ~ 9 Bulan Sudah

Alhamdullilah, dah masuk 9 bulan baby dalam perut ibu membesar. Kalau ikut orang kata ibu mengandung 9 bulan 10 hari, lagi 10 hari lah bersalin... Tapi kalau ikut due Dr maka ada lalgi beberapa minggu... Awal atau cepat aku harap aku dan baby sihat dan selamat... InsyAllah... Minggu ni last kerja, lepas ni akan bercuti lamaaaaaa... Sekarang ni kat ofis dalam fasa malas-malas... Semua kerja dah d handover kan kepada orang lain... 

Isnin hari tu macam biasa pergi check up kat KKIA. Last check up di KL, lepas ni akan sambung check up kat kampung suami, Klinik Desa Sungai Koyan la jawabnya. Tapi check up kali ni benda tak di jangka berlaku. Berat aku naik mendadak 2.5 kg dalam masa 2 minggu. Dan bila Dr check dan buat detail scan, didapati air ketuban aku sangat banyak. Lama sangat Dr scan. Mula-mula ingat macam tak serius. Tapi Dr terus keluarkan surat rujukan supaya aku pergi Hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Oleh sebab aku kata hari tu last check up kat KL, maka aku kena pergi refer Hospital tempat nak bersalin terus untuk masalah ni. So Dr bagi surat untuk refer ke Hospital Kuala Lipis. Adoi ini serius. So aku tanya Dr, bahaya ke air ketuban banyak? Jawapan Dr sangat mendebarkan hatiku yang lembik ini. Air ketuban banyak mungkin sebab ibu ada kencing manis atau keabnormalan pada baby. Ya Allah... Aku harap pun punca dia biar la dari aku, bukan baby... =( Tiba-tiba rasa bersalah pada diri sendiri datang bertubi-tubi dan bertalu talu.. 

Keluar dari bilik Dr terus bagitau husband. Husband ajak balik Lipis hari tu jugak. Tapi kepala aku macam kat awang awangan masa tu. Tak tahu nak buat apa. Pasal memikirkan kerja yang banyak dan belum di handover kan lagi, dengan barang yang tak siap kemas lagi. Kalau balik Lipis hari tu, mesti la balik cuti terus kan? Tak kan la nak patah balik KL semula pastu balik Lipis semula hari sabtu? So aku ckp kt husband bagi aku masa beberapa hari lagi untuk setelkan kerja dan packing semua barang..  Ya Allah, rasa macam penting kan kerja dari anak.. Tapi... Entah lah... Rasa bersalah lagi...

Harap-harap semuanya ok. Hari ni semua kerja dan handover. Tinggal nak packing barang-barang aku untuk bawak balik Lipis. Mungkin esok atau lusa dah boleh suruh husband datang ambil dan terus pergi Hospital... 

Harap baby kuat dan baik-baik saja dalam perut ibu.... Tak lama je lagi baby kita akan jumpa... we love u so much!!




Thursday, March 21, 2013

Bahaya Stress Bagi Ibu Mengandung

Kalau lah boleh di turn off kan sekejap otak daripada berfikir macam-macam yang menyebabkan stress...  

Tapi Itu kalau la... Sekarang yang boleh  dan mampu cuma turn off kan handphone je buat sementara waktu untuk mendapatkan ketenangan hidup...

Demi mengelakkan diri dari terlampau stress lalu memberi effect pada buah hati ku dalam perut yang comel dan bulat ini yang sedang menunggu masa nak keluar melihat dunia....

Ibu-ibu, boleh baca kesan dan bahayanya stress ibu mengandung kepada anak dalam kandungan...





Wednesday, March 13, 2013

34 Weeks ~ Yang Masam Manis

Minggu ni mood adalah ke laut sangat. Macam macam perasaan ada. Badan pun lemah longlai sesaje dari last week.. Sebab ape ye? Sebab banyak sangat benda yang dipikirkan  menjelang kandungan nak masuk 9 bulan ni.. Sedih, risau, kecewa, excited pun ada sebenarnya.

Sedih
Pasal dah nak masuk 9 bulan mengandung, tetap aku seorang di sini.... hukhuk.. Tuhan je la yang tahu macam mana perasaan perempuan sarat mengandung tanpa suami di sisi setiap hari... Cabaran hidup dalam PJJ

Risau
Badan tak secergas dulu. Tak segagah dulu. Nak turun makan lunch pun tak sanggup dah sebab memikirkan opis aku yang tingkat empat ni. Malam pulak asyik sakit-sakit badan, susah tidur dan kadang kadang sakit kat bawah perut. Terpikir macam  mana la kalau tiba tiba sakit nak beranak masa suami tak ada ni..

Kecewa
Memikirkan sesetengah orang yang terlalu pentingkan diri sendiri sampai buat aku tersepit dan terpaksa bekorban walaupun aku sangat tak rela demi menjaga hati mereka dan orang sekeliling aku... Sampai bila aku kena beralah dan bekorban pun aku tak tahu..  =(

Excited
Menjelang bulan terakhir mengandung, mestilah perasaan excited nak melahirkan tu datang. Tak sabar nak jumpa anak ibu dalam perut ni. Lama sangat dah ibu tunggu... Harap harap dengan kehadiran anak ibu ni, ada sesuatu yang akan berubah menjadi lebih baik... Kita bina happy family... Papa, ibu dan baby =)

Ya Tuhan... Kuat dan tabahkan lah aku....

Thursday, March 7, 2013

Shopping @ Expo Baby KLCC & Balik JB


Hari tu hari ada Expo Motherhood kat KLCC... Dan kebetulan hari tu 1 mac adalah hari gaji, maka laju je la aku pergi sana bawak perut. Pergi sorang je. Memang tak nak ajak dan tak de niat pun nak bawak husband.. Sebab suamiku adalah boring bila bawak shopping barang baby sekarang ni... Hoho... Ayat berani kooo... Ye la, boring tau, asyik cakap tak payah, tak perlu, @ membazir.. Susaaaaaaah tau nak explain kat lelaki ni tentang kepentingan semua benda yang kita beli.. Mana ada membazirnye...  - Pejam2 mata sambil buat muka serius

Dan hari tu memang aku ambil cuti. Bukan cuti semata untuk pergi expo ni, tapi hari Jumaat  tu memang plan nak balik JB sebab adik kahwin. So kena lah balik awal. Husband pulak gerak dari Pahang. Sementara tunggu dia, kita berjoli dulu kat KLCC ye tak baby?? Huhu... Pukul 9 Pagi aku dah siap-siap dah pakai cantik-cantik,  punggah beg balik kampung dalam kereta, pastu pergi pejabat pos kejap. Parking kat pejabat pos tu pastu tahan teksi terus ke KLCC. Tak kuase nak drive apetah lagi naik LRT.

Tepat pukul 10 terpacak lah mak buyung kat KLCC tu.. Masa tu sempat call husband, dia baru bangun tidooo koo... Membebel la mak buyung, nak sampai KL pukul berape nak sampai Jb pukul berapa pulak kan? Siap ugut-ugut nak balik sendiri je drive myvi itu ke JB. Pembohongan besar sangat kan.. Nak drive dari rumah sewa ke KLCC yang 2 km tu pun malassssssssssss, ade hati nak drive sendiri ke JB..



Dari pukul 10, pukul  1 petang baru la siap aku tawaf expo baby KLCC tu. Ni la hasil shoppingan yang aku buat. Best sangat. Banyak gila kedai, kawasan luas... Dari hall 2 sampai hall 5. Harga pun ok. Memang dah set siap-siap dalam kepala ni apa yan nak di beli. Rasanya ini lah shopping barang baby yang terakhir sebelum bersalin.. Ok tak payah nak senyum konon-konon tak percaya. Total habis kat expo tu adalah lebih kurang RM 300, termasuk makn mcdonal..hihi. Barang yang aku beli adalah ;

1. Nursing Pillow Baby Love. - Harga RM 79 dpt RM 59
2. Baby Comforter Baby Love - Harga RM 99 dpt RM 75
3. Bio Oil botol 125ml - Harga RM 54.90 dpt RM 45
4. Bumble Bee Breast Milk bottle - Harga biasa RM 39 dpt RM 22
5. Baby Wipe Tissue Pureen 30 x 8 - Harga biasa tak tau, dapat RM 15
6. 3 helai baju baju baby - Harga RM 15 x 3
7. Susu Enfamama - Ada promoter kasi try. Sedap! Boleh bancuh guna air sejuk RM 20
8. Panties pakai buang 3 pek - RM 5 x 3

Semua barang yang aku beli aku dah survey harga siap-siap lama dah... Survey online dan harga kedai. Ok la kan, semua nya ada less dari harga online / kedai biasa. Mesti baby tepuk tepuk tangan dalam perut ibu sebab ibunya bijak membuat pilihan... =) Oh aku snap gambar barang-barang ni dalam kereta sementara tunggu husband sampai untuk kitorang gerak ke JB. Dia sampai je cecepat I bungkus balik barang-barang sume masuk dalam beg kembali sambil senyum-senyum...haha


Dia sampai je, terkejut kucing dia  tengok penuh seat dengan barang baby lantas dengan pantas dia cubit mak buyung okkkkkk.... Macam biasa ayat dia... "Beli ape lagi, dah banyak dah barang baby kat rumah tu... Suka membazir" Bila kite jawab, "ni semua yang belum ada, kena ada tawwwww untuk baby". Maka keluarlah perkataan favourite dia... "Eleh TAK PERLU pun yang ni, TAK PAYAH ada pun tak pe, ni MEMBAZIR tau".. Ok fioneeeeeeeeeee.. Sambil jeling. Ade ke patut nursing pillow tu dia ingat bantal yang letak kat leher tu... Uhhh tu malas nak gaduh ngan lelaki ni.. Rasa nak gelak tau tapi tak sampai hati...



Ok yang ni pulak free gift yang aku dapat sepanjang kat expo tu..  Dari pureen la banyak dapat. Dah dapat masa jalan -jalan, dapat lagi masa bayar.  Pastu Kat Baby Love dapat kipas comel. Pastu dapat voucher diskaun tiket legoland dari promoter Maybank. Mak is tak faham ok kenapa ada booth maybank promote kad kredit di expo baby sebegini....huhu... 

Ok sambung balik cerita suamiku.... Maka lepas punggah barang ke belakang, kitorang pun gerak la ke JB... Sepanjang perjalanan ke JB  dia duk bebel macam mana aku boleh angkut barang-barang baby tu semua sorang-sorang, shopping sorang-sorang kt expo tu dengan perut yang memboyot ni.. gagah sangat katanye kalau bab-bab shopping ni kan.. Kalau pasal lain, madang tak larat je... Padahnye, malam tu, merengek la aku sakit kaki dan badan masa nak tido... Mintak diurut dapat la pakej bebelan sekali lagi dari suami sambil diurut..... =)


Tuesday, March 5, 2013

33 Weeks.. Rasa Itu...

33 Minggu sudah. Sejak Masuk je minggu ke 33 ni, aku rasa sedikit seram.. Sebab minggu minggu sebelum ni rasa ok je pegnant.. Tapi start minggu ke 33 ni, macam-macam rasa yang tak pernah rasa ada;

1. Bila malam, nak tidur sangat la payah. Sakit sangat badan, rasa macam buat kerja berat sangat sampai sakit badan, sakit pinggang tak hingat.

2. Kaki rasa lenguh sangat. Bila suami ada boleh la merengek mintak urut tengah-tengah malam. Bila sorang-sorang, mengaduh la kau sorang-sorang di atas katil itu...

3. Baby punya movement sangat la kuat dirasakan. Kadang - kadang sampai tersentak dan terkejut aku masa tengah buat kerja. Ada jugak movement dia yang buat aku terus nak terkucil..

4. Perut sakit. Tak tahu apakah rasa itu. Tapi sakit lah kat bawah perut. Sakit tu datang kejap kejap. Bila dia datang, memang aku cuak gila. Terus berkaa dalam hati, adakah aku sudah hendak beranak??? Ohhhh..

5. Tak boleh jalan laju laju dan lama lama dah. Bila laju sikit je mula rasa sakit dan ngilu kat bawah perut. Masa pergi expo baby kat klcc hari tu, setapak setapak mak buyung berjalan. Ngeri bila rasa ngilu datang. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails