Hari tu hari ada Expo Motherhood kat KLCC... Dan kebetulan hari tu 1 mac adalah hari gaji, maka laju je la aku pergi sana bawak perut. Pergi sorang je. Memang tak nak ajak dan tak de niat pun nak bawak husband.. Sebab suamiku adalah boring bila bawak shopping barang baby sekarang ni... Hoho... Ayat berani kooo... Ye la, boring tau, asyik cakap tak payah, tak perlu, @ membazir.. Susaaaaaaah tau nak explain kat lelaki ni tentang kepentingan semua benda yang kita beli.. Mana ada membazirnye... - Pejam2 mata sambil buat muka serius
Dan hari tu memang aku ambil cuti. Bukan cuti semata untuk pergi expo ni, tapi hari Jumaat tu memang plan nak balik JB sebab adik kahwin. So kena lah balik awal. Husband pulak gerak dari Pahang. Sementara tunggu dia, kita berjoli dulu kat KLCC ye tak baby?? Huhu... Pukul 9 Pagi aku dah siap-siap dah pakai cantik-cantik, punggah beg balik kampung dalam kereta, pastu pergi pejabat pos kejap. Parking kat pejabat pos tu pastu tahan teksi terus ke KLCC. Tak kuase nak drive apetah lagi naik LRT.
Tepat pukul 10 terpacak lah mak buyung kat KLCC tu.. Masa tu sempat call husband, dia baru bangun tidooo koo... Membebel la mak buyung, nak sampai KL pukul berape nak sampai Jb pukul berapa pulak kan? Siap ugut-ugut nak balik sendiri je drive myvi itu ke JB. Pembohongan besar sangat kan.. Nak drive dari rumah sewa ke KLCC yang 2 km tu pun malassssssssssss, ade hati nak drive sendiri ke JB..
Dari pukul 10, pukul 1 petang baru la siap aku tawaf expo baby KLCC tu. Ni la hasil shoppingan yang aku buat. Best sangat. Banyak gila kedai, kawasan luas... Dari hall 2 sampai hall 5. Harga pun ok. Memang dah set siap-siap dalam kepala ni apa yan nak di beli. Rasanya ini lah shopping barang baby yang terakhir sebelum bersalin.. Ok tak payah nak senyum konon-konon tak percaya. Total habis kat expo tu adalah lebih kurang RM 300, termasuk makn mcdonal..hihi. Barang yang aku beli adalah ;
1. Nursing Pillow Baby Love. - Harga RM 79 dpt RM 59
2. Baby Comforter Baby Love - Harga RM 99 dpt RM 75
3. Bio Oil botol 125ml - Harga RM 54.90 dpt RM 45
4. Bumble Bee Breast Milk bottle - Harga biasa RM 39 dpt RM 22
5. Baby Wipe Tissue Pureen 30 x 8 - Harga biasa tak tau, dapat RM 15
6. 3 helai baju baju baby - Harga RM 15 x 3
7. Susu Enfamama - Ada promoter kasi try. Sedap! Boleh bancuh guna air sejuk RM 20
8. Panties pakai buang 3 pek - RM 5 x 3
Semua barang yang aku beli aku dah survey harga siap-siap lama dah... Survey online dan harga kedai. Ok la kan, semua nya ada less dari harga online / kedai biasa. Mesti baby tepuk tepuk tangan dalam perut ibu sebab ibunya bijak membuat pilihan... =) Oh aku snap gambar barang-barang ni dalam kereta sementara tunggu husband sampai untuk kitorang gerak ke JB. Dia sampai je cecepat I bungkus balik barang-barang sume masuk dalam beg kembali sambil senyum-senyum...haha
Dia sampai je, terkejut kucing dia tengok penuh seat dengan barang baby lantas dengan pantas dia cubit mak buyung okkkkkk.... Macam biasa ayat dia... "Beli ape lagi, dah banyak dah barang baby kat rumah tu... Suka membazir" Bila kite jawab, "ni semua yang belum ada, kena ada tawwwww untuk baby". Maka keluarlah perkataan favourite dia... "Eleh TAK PERLU pun yang ni, TAK PAYAH ada pun tak pe, ni MEMBAZIR tau".. Ok fioneeeeeeeeeee.. Sambil jeling. Ade ke patut nursing pillow tu dia ingat bantal yang letak kat leher tu... Uhhh tu malas nak gaduh ngan lelaki ni.. Rasa nak gelak tau tapi tak sampai hati...
Ok yang ni pulak free gift yang aku dapat sepanjang kat expo tu.. Dari pureen la banyak dapat. Dah dapat masa jalan -jalan, dapat lagi masa bayar. Pastu Kat Baby Love dapat kipas comel. Pastu dapat voucher diskaun tiket legoland dari promoter Maybank. Mak is tak faham ok kenapa ada booth maybank promote kad kredit di expo baby sebegini....huhu...
Ok sambung balik cerita suamiku.... Maka lepas punggah barang ke belakang, kitorang pun gerak la ke JB... Sepanjang perjalanan ke JB dia duk bebel macam mana aku boleh angkut barang-barang baby tu semua sorang-sorang, shopping sorang-sorang kt expo tu dengan perut yang memboyot ni.. gagah sangat katanye kalau bab-bab shopping ni kan.. Kalau pasal lain, madang tak larat je... Padahnye, malam tu, merengek la aku sakit kaki dan badan masa nak tido... Mintak diurut dapat la pakej bebelan sekali lagi dari suami sambil diurut..... =)
2 comments:
wahhh mmg jauh lebih murah dr harge asal. sgt berbali! x sabar nak shopping barang baby jugak,heee. now baru 4months.
wahhh mmg jauh lebih murah dr harge asal. sgt berbaloi! x sabar nak shopping barang baby jugak,heee. now baru 4months.
Post a Comment