Followers

Friday, March 29, 2013

Last Day Kerja ~ Mari Kita Bungkus Dan Balik Kampung!


Kehkeh... Gambar snap pagi tadi depan pintu lif kat umah... Dari semalam dah siap packing-packing barang dan punggah masuk kereta. Ni trip terakhir yang aku angkut masa nak pergi office. Cian Pinky Bear kena ikat macam tu kan? Huhu... 

Sebenarnya tak larat dah nak naik tangga 4 tingkat office tu. Serius opis tak ada lif okey. Nasib baik 4 tingkat. Kalau 8 tingkat macam rumah kitorang tak ade lif macam mana? Awal-awal dah beranak aku ni kottt.... huuu.  Tapi sebab nak tunggu husband sampai, moh la kita ke office jugak dulu kemas-kemas, kosongkan atas meja dulu.  Lepas ni lama dah cuti. 

Masuk office, kemas apa-apa yang patut, pastu mula boring. Tak tau nak buat apa dah. Semua kerja dah hanover kat orang. En husband ni lama la pulak nak sampai. Tak sabar dah ni nak balik, nak pergi hospital.. Risau jugak ni dari hari isnin hari tu tangguh pergi hospital walaupun dah dapat surat dari Dr suruh ke hospital secepat mungkin...

Baiklah...KUALA LIPIS..... Saya dah ready.....!!!!!


2 comments:

Norhaizan hakim said...

Selamat bercuti dan selamat ke hospital. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat untuk segala-galanya!!

NurNiz said...

Aini!!!Selamat bersalin..Semoga semuanya selamat. Baby & mommy sihat :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails