Followers

Wednesday, March 27, 2013

36 Weeks ~ 9 Bulan Sudah

Alhamdullilah, dah masuk 9 bulan baby dalam perut ibu membesar. Kalau ikut orang kata ibu mengandung 9 bulan 10 hari, lagi 10 hari lah bersalin... Tapi kalau ikut due Dr maka ada lalgi beberapa minggu... Awal atau cepat aku harap aku dan baby sihat dan selamat... InsyAllah... Minggu ni last kerja, lepas ni akan bercuti lamaaaaaa... Sekarang ni kat ofis dalam fasa malas-malas... Semua kerja dah d handover kan kepada orang lain... 

Isnin hari tu macam biasa pergi check up kat KKIA. Last check up di KL, lepas ni akan sambung check up kat kampung suami, Klinik Desa Sungai Koyan la jawabnya. Tapi check up kali ni benda tak di jangka berlaku. Berat aku naik mendadak 2.5 kg dalam masa 2 minggu. Dan bila Dr check dan buat detail scan, didapati air ketuban aku sangat banyak. Lama sangat Dr scan. Mula-mula ingat macam tak serius. Tapi Dr terus keluarkan surat rujukan supaya aku pergi Hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Oleh sebab aku kata hari tu last check up kat KL, maka aku kena pergi refer Hospital tempat nak bersalin terus untuk masalah ni. So Dr bagi surat untuk refer ke Hospital Kuala Lipis. Adoi ini serius. So aku tanya Dr, bahaya ke air ketuban banyak? Jawapan Dr sangat mendebarkan hatiku yang lembik ini. Air ketuban banyak mungkin sebab ibu ada kencing manis atau keabnormalan pada baby. Ya Allah... Aku harap pun punca dia biar la dari aku, bukan baby... =( Tiba-tiba rasa bersalah pada diri sendiri datang bertubi-tubi dan bertalu talu.. 

Keluar dari bilik Dr terus bagitau husband. Husband ajak balik Lipis hari tu jugak. Tapi kepala aku macam kat awang awangan masa tu. Tak tahu nak buat apa. Pasal memikirkan kerja yang banyak dan belum di handover kan lagi, dengan barang yang tak siap kemas lagi. Kalau balik Lipis hari tu, mesti la balik cuti terus kan? Tak kan la nak patah balik KL semula pastu balik Lipis semula hari sabtu? So aku ckp kt husband bagi aku masa beberapa hari lagi untuk setelkan kerja dan packing semua barang..  Ya Allah, rasa macam penting kan kerja dari anak.. Tapi... Entah lah... Rasa bersalah lagi...

Harap-harap semuanya ok. Hari ni semua kerja dan handover. Tinggal nak packing barang-barang aku untuk bawak balik Lipis. Mungkin esok atau lusa dah boleh suruh husband datang ambil dan terus pergi Hospital... 

Harap baby kuat dan baik-baik saja dalam perut ibu.... Tak lama je lagi baby kita akan jumpa... we love u so much!!




1 comment:

Wawa T said...

semoga semuanya selamat.. nervous tak??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails