Followers

Tuesday, March 31, 2015

PROMOSI BUKU DOA AMALAN HARIAN CUSTOM MADE DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN

* STICKY POST IKLAN SEHINGGA 31 MAC 2015 *




Promosi Customade Design Buku Doa Amalan Harian untuk Doorgift Majlis Perkahwinan Masih Berlangsung SEHINGGA 31 MAC 2015
~ Mengandungi 46 Doa Amalan Harian dan Terjemahan
~ Custom Made Design Cover, boleh letak nama, tarikh, gambar
~ Terdapat lebih 80 design sedia ada yang boleh dipilih
~ Free Postage
~ PERCUMA WEDDING GUEST BOOK
~ PERCUMA 1000 TAG TERIMA KASIH
~ PERCUMA 19 PCS WEDDING PHOTO PROPS

Hubungi kami untuk tempahan & maklumat lanjut
Whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation

Jom tempah Pakej Door gift buku doa amalan harian sebagai cenderahati majlis perkahwinan sementara promosi masih berlangsung.


Monday, March 30, 2015

Shopping Barang Baby dan Expo Baby


Hai uolss... Iolls dah sipa shopping barang baby sekali harung di usia kandungan dah nak masuk 8 bulan... Hahaaa.. Dah nak beranak baru terhegeh buat preparation untuk baby baru ni. Kita shopping kat KL sebab plan nak pergi shopping kat expo Maternity and Bay expo kat Mid valley kononnyaaaa.... Dalam kepala otak ni dok set mesti mudah, murah, senang, shopping sekali harung je masa expo ni. Ye la pengalaman sebelum ni kan kalau pergi expo memang murah, senang, banyak barang boleh dapat.  Tapi hakikatnyaaaaaaaaaaa kali ni.. Non adoooooooooo...

Expo baby paling hazab  pernah aku pergi. Punya ramai umat manusia kat dalam expo tu. Sesak sesak sesak sangat dengan orang yang beratur macam apa punya panjang Q dia nak beli pampers dan barang-barang jenama baby yang lain. Aku tak faham kenapa expo gini besar, tapi kaunter cashier untuk setiap booth tak banyak sampai boleh pitam ok tengok orang beratur. Gila panjang dan berpusing-pusing Q tu around the booth! Sampai kita yang nak jalan dari booth ke booth pun payah. Ko tau la expo baby kan, dengan ibu ibu perut besar nak lalu, dengan stroller anak, bersempit sempit celah orang yang beratur di segenap ruang. Pengsan!

Masa mula-mula masuk tu aku terus serbu booth pureen sebab tau boleh dapat baju baby murah2 kan. Dah ramai-ramai macam tu, tak kuasa la nak pilih sangat kan, capai je mana dapat dalam 5 pasang baju pastu kononnya nak terus bayar, sekali cashier tu kata kena beratur dari belakanggggggggggggggggggggg sana... Gila panjang Q! Terus aku letak balik baju2 tu. Lakiku dah mula bebel, tu la nak sgt g expo baby.tengok beratur mcm ape, kalau gini baik shopping kat tomg fat je katanya.. Eh geram pulak kita. Mula la perang kecil kecilan. Aku pulak salahkan dia tak terus pergi sni pagi2, dia sibuk nak pergi bengkel kereta membelai kereta kesayangan dia tu walaupun aku dah cakap, kena pergi expo ni pagi-pagi, baru tak sesak. Ye la pengalaman aku dulu memang pergi pagi, pkul 10 dah terpacak, tak la sesak. Tapi expo kali ni memang sesak dan senak dari pagi sampai malam. So kitaorang kluar kejap, pergi makan dulu, dua dua dah panas, dua2 dah kebulor sebenarnya.. Jadi mari kita sejukkan hati, sejukkan tekak dan kenyangkan perut.

Lepas makan baru la boleh bawak berbincang..haaaa gitu.. Aku ckap biar la dia bawak intan jalan2, tak payah masuk expo tu, biar aku je shopping sorang, senang nak rempoh orang dan jalan laju2 kononnya... Tapi lakiku masuk juga.. Mula aku shopping bedding set kat booth Baby Love, memang dah plan nak beli kat situ. Masa aku sibuk pilih, laki dan anak ku ghaib entah kemana dicelah orang ramai tu. Tak pa la, mybe dia bawak intan jalan kat luar kot. So aku continue shopping, pegi booth Tollyjoy oh shopping baju baby kat situ je. Pastu g both Autumn bli nursing bra.  Tu je. pastu terus call laki ku... Rupanya dia tengah beratur beli pampers..haha...  Aku memang tak sangup la nak beratur, terus tunggu kat luar, malas nak bersesak, nak balik, penat, panas, ramai sangat orang.

Kitorang chekc in hotel hari tu sebab malas la rushing balik, penat. Esoknya sambung shopping kat Jusco.. haahaaaa... Puas hati aku. Tak ramai orang, x sesak, tak panas. Maka lengkaplah brang yang di perlukan rasanya. Setlle shopping barang baby. Barang intan yang boleh recyce kita recycle guna balik. Nasib la dik, kalau awak boboi terpaksa guna bedung pink dan corak love2 gitu kaka intan punya dulu. Cantik lagi, mahal plak tu dlu beli, jadi ibu decide tak perlu beli baru...hehehe..  Gitu la kisah shopping barang baby last minit.. Next time tak nak buat lagi... Penaaaaaaaaaaaat.... 


   

Saturday, March 21, 2015

Sakit Belakang Ketika Mengandung

Masuk usia 7 bulan mengandung, aku dah mula rasa sakit badan. Sakit paling ketara ialah sakit belakang. Lagi lagi bila bangun tidur. Ya Allah, ambil masa beberapa miit untuk bangkit dari katil. Sakitnya belakang. Berjalan pun duk tahan tahan pinggang konon nak tahan rasa sakit belakang. Penangan mengandung kali ni kan. Masa intan dulu tak la sangat.  Rasa nak minta tukang urut urutkan satu badan bagi betul balik urat satu badan. Mungkin boleh rasa lega sikit lepas tu rasa sakit belakang ni.

Lagi satu, dah nak masuk 3rd trimester ni, jadi malas sangat minum susu dan pil-pil yang klinik bagi. Padahnya, aku dah dapat rasa effect kekurangan kalsium pada ibu mengandung. Pagi pagi selelu kena simpul biawak. Alaa.. yang kejang kaki sakit macam nak ape tu. Gila punya sakit. Macam nak pekik subuh subuh hari. Selalu pulak kena masa husband kerja malam, tahan la sakit sorang sorang. Terus insaf beli susu dan minum susu semula. Tak sanggup nak hadap kejang kaki macam tu hari-hari.

Baby dalam perut ibu, baik-baik saja ye sayang.... Tak lama dah kita nak jumpa.. Dalam masa 2 bulan lagi insyaAllah. Aku dah mula rasa seriau nak masuk labour room. Teringat pengalaman bersalin induce anak pertama. Terignat sakit penangan induce tu macam mana. Sakit bukan main.. 

Tuesday, March 17, 2015

Nostalgia : Geng Sekolah Skudai

Hari ni nak story pasal nostalgia sikit. Biasalah, bila dah jadi mak orang ni, bila dah sibuk dengan anak dan rumah tangga, teringat pulak zaman anak dara, zaman bujang zaman sekolah. Zaman muka tak da jerawat lagi, zaman berat badan bawah 60kg...haha.. Aku dulu sempat sekolah kat smk taman skudai baru dari form 1 sampai form 3. Gambar masa sekolah banyak dalam album, tapi hardcopy la. Masa tu mana mampu nak ada kamera digital atau hp jadi amik gambar pakai kamera kodak, cuci gambar dan simpan dalam album je. 

Yang ada gambar dalam laptop ni cuma gambar masa dah kerja. Kitorang hired sorang photographer untuk buat photshoot kitorang.  Masa ni masing masing dah kerja. Agak susah nak kumpulkan semua geng-geng, ramai yang tak dapat join. Kami berempat je dapat join. Mai, Zara, nana, mira dan lain-lain semua ada kotmitmen lain... Sebenarnya, sejak lepas SPM, kitorang ada la buat reunion beberapa kali. Masa tu masing-masing tengah sambung belajar, jadi bila cuti panjang dapat lah buat reunion.. Best sangat. Tapi bila dah mula kerja, semua sibuk, ada tu yang dah duduk jauh dari JB. Lepas tu bila masing-masing dah kawin, laaaaaaaaaaaaaagi laa tak jumpa... Payah sangat. Last dapat jumpa reramai masa birthday anak zara. Tu pun kojap je eh, ada anak ko ingat boleh lepak lama2? 


Out photoshoot dulu. Berbaloi sangat buat photoshoot ni pasal selepas je sesi photoshoot ni, memang dah payah gila jumpa. Aku pindah Kl kerja, John pun sama pindah pasal tukar kerja kat bangi. 



Kami plan lama untuk photoshoot ni, siap  tema lagi.. Hitam putih gitu. Happy sangat masa ni. Teringat dulu dalam kelas pun happy happy macam tu.. Cikgu sibuk mengajar kat depan, kitorang pulak sibuk bercorak pasal cerita fong sai yuk, drama episod malam sebelum tu.. Sampai aku pernah kena cubit kat depan kelas dengan cikgu.. malu gilaaaaaaaaaaaaaa kot. Cikgu cakap mulut aku macam bontot ayam kat belakang duk sembang time dia mengajar... Cikgu tu masa tu cikgu ganti je, dia tak tau aku ni best student dalam kelas tu walaupun mulut banyak...hahaaaa....


Masa sekolah, kitorang sangat eksited dalam menghias kelas. Selalu memang kelas terbersih dan tercantik mingguan. Sampai kelas lain jeles..huhu. Geng-geng kami ni lah yang rajin datang kelas hari sabtu untuk hias kelas. Lagi lagi kalau ada bulan kemerdekaan, lagi la meriah kelas kau hias.. Excited habis. 


Ingat lagi, dulu hari jumaat biasanya balik sekolah kitorang ramai-rami pergi makan mcdonal kat plaza tasek... hehe. Tapi kena planning awal la, sebab nak kene kumpul duit belanja sekolah dulu untuk beberapa hari, baru ade bajet nak makan mcdonal..budak sekolah katakan...


Nostalgia.... Rindu zaman-zaman tu. Sekarang nak berjumpa time raya pun susah. Aku kat jb, orang ni pulak tak da, raya rumah mertua, luar johor. Cam tu la... Nasib baik ada fb, dapat juga tengok perkembangan semasa masing-masing. Ain dah jadi novelis, kakcik jadi programmer kat company lama yang aku kerja, gila bizi dia,  John masih di KL, dah ada anak satu macam aku juga..


friendship yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. walaupun kita tak boleh putar balik masa untuk kembali ke zaman remaja riang ria ni, tapi kita still boleh ingat balik semua kenangan manis bersama mereka... Friendship never end... =)

Sunday, March 15, 2015

Mengidam Ibu Mengandung

Biasalah mengandung, kalau bab makan memang over sikit. Bila dah duduk jauh dari mak ayah sendiri, jauh dari bandar lagi ni, maka perasaan mengidam dan nak sesuatu tu biasanya aku tahan je la dalam hati... Pasal tau bukan senang nak dapat. Kalau duk sebut duk ingat selalu lagi parah, lagi sakit hati sebab tau memang susah nak dapat. Contohnya ko rasa nak sangat makan nasi lauk asam pedas ikan sembilang bersama sambal tumis udang dan masal lemak pucuk ubi masakan emak.. Ape ko rasa mintak boleh terus dapat? Kene berangan je dulu, tunggu 1,2 bulan lagi balik jb baru la dapat nanti... Kadang masa berangan tu siap pikir boleh tak kalau suruh mak pos je. Tapi kalau pos apa jadi ngan lauk-lauk tu semua dari JB ke Kuala Lipis ni? Lalu, sambung je la berangan sambil google gambar makanan.... Sedih tak? 

Lepas tu selain masakan mak sendiri, aku memang la suka makan fast food dan western. Dah berapa lama jugak la mengidam nak makan Kenny Rogers punya macaroni cheese tu. Pernah cakap sekali je ngan suami tercinta. Tu pun cakap nada gurau-gurau je tak serius sebab tau dah, mana nak dapat kenny rogers kat Kuala Lipis ni.. Bukan nya aku duduk JB atau KL macam dulu, teringin je pergi terus, sorang-sorang pun jadi. Tapi sekarang lain dh, jauh nun di sini..  Alhamdullilah jumaat lepas suami bawak pergi KL sebab nak buat kereta dia, dapatlah aku tunaikan mengidam aku terhadap kenny rogers.. makan puas-puas. Puas hati satu hajat dah lepas..


Intan teman ibu mengidam cheessy macaroni kat kenny rogers. Intan ni makin besor makin konpius aku tengok dia duk ikut muka sapa..



Intan pun suka macaroni cheese iadaman ibu, maka ibu kena la kongsi ngan dia.. Habis licin macaroni cheese dalam pinggan dia.


Sekarang ni dalam kepala ingat nak balik Jb je. Nak makan puas-puas. Cepat lah masa berlalu please... 

Tuesday, March 10, 2015

Budget Beli Perabot dan Shopping Barang Baby

Hai uolss.. Jangan lah keliru ni blog ceriteras ke blog jual doorgift.. Sekarang ni aku tengah duk promote buku doa amalan harian jadi kena la tumpang kasih juga promote kat blog personal ni haa... Sebulan je promonya... Lepas ni jangan di tanya..

Oh memang gigih cari duit bulan ni.. Nak beli perabot masuk rumah baru katanya.. Pluss nak shopping barang baby jugak hujung bulan ni kat expo baby kat mid valley. Tak mula lagi beli barang baby sekarang ni. Baru la nak beli kat Expo nanti. Pengalaman aku masa intan dulu memng berbaloi shopping barang baby kat Expo baby, banyak offer, murah dan banyak free gift jugak.

Rasanya shopping sekali harung je la masa expo tu nanti. Masuk 7 bulan dah ni. Bila masa lagi kan nak shopping. Bukan macam dulu duduk KL, tiap hari boleh shopping. Ni sekarang tunggu cuti je la(TU PUN KALAU PAPA INTAN NAK CUTI, SEKARANG MADANG JE HARI CUTI PUN KERJA). Tengok siap capital letter aku taip tanda amarah sangat. Hari-hari kerja... Majikan dia la bengong! Kedekut bagi naik gaji, dah berapa tahun tak ada naik gaji, bonus lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Kedekut nak mamppppppppppppppppps... Geram sangat. Terpaksa lakiku kerja keras buat ot time cuti untuk kumpul duit lebih.. Eeee.. Tolong la.. Bukan tak bersyukur dengan rezeki yang ada, tapi aku rasa melampau sangat la bertahun tak da kenaikan, tak ada bonus. Orang atas bukan main lagi mewah, rumah berbiji biji.. Orang bawah kerja macam nak ape. 

Benci sangat. 

Ok stop cerita pasal yang membencikan. Sekarang tengah berkira kira nak beli perabot rumah. Kalau ikut husband nak beli sikit sikit tapi beli terus yang perabot elok, means yang mahal sikit pun tak pe, nanti dah ada rumah betul sendiri tak payah keluar duit beli perabot lagi. Yang aku plak pikir, beli je la yang murah-murah janji semua lengkap.  Memang selalu la beza pendapat..  Tengok je la hujung minggu ni macam mana jadi kat kedai perabot nanti.

Kelip kelip mata berangan....




Sunday, March 8, 2015

Design Custom Made Buku Doa Doorgift











Jom tengok design baru untuk Door gift Buku Doa / Surah Yasin custom made. Design-design ni antara yang di request oleh customer untuk door gift majlis perkahwinan, aqiqah, cukur jambul, pertunangan dan sebagainya. 

Jemput ke Fb Cute Creative Creation untuk lihat banyak lagi produk doorgift majlis yang bermanfaat selain dari buku doa amalan harian bersaiz mini ini.  Sangat sesuai sebagai cenderahati majlis perkahwinan dan sebagainya. 

Harga serendah RM1.30 (tempahan 1000 pcs) . 

Buku Doa Amalan Harian dengan cover customade sebagai doorgift / cenderahati bermanfaat kepada tetamu anda. Sesuai unttuk majlis kenduri kahwin, pernikahan, pertunangan, Aqiqah, Cukur Jambul, kesyukuran dan sebagainya..
- Mengandungi 46 Doa Amalan Harian & Terjemahan
- Customade Design, boleh letak nama, tarikh majlis, gambar & lain2.
- Boleh request new design untuk cover mengikut tema anda.
- Free Postage untuk tempahan 500 ke atas.

Hubungi kami untuk tempahan & maklumat lanjut
Whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation


Thursday, March 5, 2015

Ibu Mengandung 26 Weeks

Hai.. Pejam celik pejam celik dah masuk 26 weeks dah. Aku masih lagi gagah meneruskan kehidupan seharian. Memang gagah sangat mengecat rumah sewa di usia mengandung 6 bulan. Nak buat macam mana kan. Gagah sangat katanya walaupun bila tiba malam, hengko mula rasa sakit pinggang, lenguh ketiak, keras perut bagai..  

Bibik dah lari ko, malas aku hendak bercerita pasal dia. Useless! Menyusahkan orang.. Famly mertua terpaksa upah orang kg sendiri untuk tolong jaga atok dan urusan kerja rumah. Aku memang tak boleh harap sangat buat kerja rumah sekarang, masak apetah lagi, berdiri lama sikit dah kejang bawah perut. Memang menantu hantu. Penangan baby boy dalam perut kot.. Setakat basuh baju kami tiga beranak, mengemas sikit2 dan tolong tunggu atok boleh la. Biasanya siang aku duduk bilik atok, tunggu atok sambil mengadap laptop menyiapkan kerja...   


Sekarang ni sibuk duk pasal rumah sewa, asyik ulang alik ke Lipis ikut lakiku... Tapi tak siap siap jugak.. Haaa. Hai bila la nak siap, aku ni dah nak masuk 7 bulan, dah makin tak larat dan makin malas. Kadang malu juga dengan family mertua dengan ketidaklaratan dan kemalasan aku yang semakin menjadi jadi dan membesar sama seperti perut aku ni haaa.. Jadi kalau duduk rumah sendiri, kalau malas pun tak pe la kan, haha..boleh ke macam tu? Malas masak pergi la mamak suruh mamak masak kat ko... Masak memang la teramat malas sekarang bagi aku. Kalau dah kebulor sangat berapa hari tak makan nasi sebab tak selera, baru la gagah masak sikit ikut anak tekak nak apa..  


Lalalalaaaa.. Kakak Intan Darina dah semakin pandai nak bergaya berkat tunjuk ajar dari papanya yang setiap minggu beli baju, beg frozen dan tudung kat dia... Over sangat papa dia...  5 kali beli kat intan, aku buat hint perli2 aku tak dapat apa pun, baru la dia belanja seluar mengandung kat aku..hahaa.. Siapalah aku lepas beranak dua nanti...huhu...

Sunday, March 1, 2015

PROMOSI CUSTOM MADE BUKU DOA AMALAN HARIAN DOORGIFT

promosi buku doa doorgift


Promosi untuk buku doa amalan doorgift kembali lagi.. Khas untuk bride to be yang sedang mencari idea cenderahati majlis perkahwinan harga bajet yang berbaloi dan bermanfaat.

Untuk tempahan 1000 Buku Doa Amalan Harian Custom Made design, masih dengan harga yang sam iaitu RM1.30/pcs anda akan menerima hadia pecuma iaitu;
1000 tag Terima Kasih (Kalendar mini)
1 Wedding Guest Book
 19 Pcs Wedding Photo Props 

Untuk tempahan 800 Buku Doa Amalan Harian Custom Made Design, dengan harga RM1.50/pcs anda akan menerima hadiah percuma seperti berikut;
800 tag Terima Kasih (Kalendar mini)
19 Pcs Weddign Photo Props

Tempahan 500 Buku Doa Amalan Harian sebagai doorgift majlis perkahwinan, harga RM1.80/pcs anda layak menerima hadiah percuma 
500 Tag terima kasih (Kalendar Mini)


Dengan harga murah, berbaloi anda dapat pakej doorgift perkahwinan yang bermanfaat ini dengan kualiti terbaik! 

PROMOSI BERLANGSUNG DARI HARI INI (1 mAC 2015) SEHINGGA 31 MAC 2015 SAHAJA!!! 

Cepat! Cepat Sebelum Terlambat!

Jemput Ke Blog & FB Cute Creative Creation untuk melihat design sedia ada dan maklumat lanjut
whatapps : 0127164176
https://www.facebook.com/CuteCreativeCreation
http://cutecreativecreation.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails