Followers

Thursday, March 5, 2015

Ibu Mengandung 26 Weeks

Hai.. Pejam celik pejam celik dah masuk 26 weeks dah. Aku masih lagi gagah meneruskan kehidupan seharian. Memang gagah sangat mengecat rumah sewa di usia mengandung 6 bulan. Nak buat macam mana kan. Gagah sangat katanya walaupun bila tiba malam, hengko mula rasa sakit pinggang, lenguh ketiak, keras perut bagai..  

Bibik dah lari ko, malas aku hendak bercerita pasal dia. Useless! Menyusahkan orang.. Famly mertua terpaksa upah orang kg sendiri untuk tolong jaga atok dan urusan kerja rumah. Aku memang tak boleh harap sangat buat kerja rumah sekarang, masak apetah lagi, berdiri lama sikit dah kejang bawah perut. Memang menantu hantu. Penangan baby boy dalam perut kot.. Setakat basuh baju kami tiga beranak, mengemas sikit2 dan tolong tunggu atok boleh la. Biasanya siang aku duduk bilik atok, tunggu atok sambil mengadap laptop menyiapkan kerja...   


Sekarang ni sibuk duk pasal rumah sewa, asyik ulang alik ke Lipis ikut lakiku... Tapi tak siap siap jugak.. Haaa. Hai bila la nak siap, aku ni dah nak masuk 7 bulan, dah makin tak larat dan makin malas. Kadang malu juga dengan family mertua dengan ketidaklaratan dan kemalasan aku yang semakin menjadi jadi dan membesar sama seperti perut aku ni haaa.. Jadi kalau duduk rumah sendiri, kalau malas pun tak pe la kan, haha..boleh ke macam tu? Malas masak pergi la mamak suruh mamak masak kat ko... Masak memang la teramat malas sekarang bagi aku. Kalau dah kebulor sangat berapa hari tak makan nasi sebab tak selera, baru la gagah masak sikit ikut anak tekak nak apa..  


Lalalalaaaa.. Kakak Intan Darina dah semakin pandai nak bergaya berkat tunjuk ajar dari papanya yang setiap minggu beli baju, beg frozen dan tudung kat dia... Over sangat papa dia...  5 kali beli kat intan, aku buat hint perli2 aku tak dapat apa pun, baru la dia belanja seluar mengandung kat aku..hahaa.. Siapalah aku lepas beranak dua nanti...huhu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails