Biasalah mengandung, kalau bab makan memang over sikit. Bila dah duduk jauh dari mak ayah sendiri, jauh dari bandar lagi ni, maka perasaan mengidam dan nak sesuatu tu biasanya aku tahan je la dalam hati... Pasal tau bukan senang nak dapat. Kalau duk sebut duk ingat selalu lagi parah, lagi sakit hati sebab tau memang susah nak dapat. Contohnya ko rasa nak sangat makan nasi lauk asam pedas ikan sembilang bersama sambal tumis udang dan masal lemak pucuk ubi masakan emak.. Ape ko rasa mintak boleh terus dapat? Kene berangan je dulu, tunggu 1,2 bulan lagi balik jb baru la dapat nanti... Kadang masa berangan tu siap pikir boleh tak kalau suruh mak pos je. Tapi kalau pos apa jadi ngan lauk-lauk tu semua dari JB ke Kuala Lipis ni? Lalu, sambung je la berangan sambil google gambar makanan.... Sedih tak?
Lepas tu selain masakan mak sendiri, aku memang la suka makan fast food dan western. Dah berapa lama jugak la mengidam nak makan Kenny Rogers punya macaroni cheese tu. Pernah cakap sekali je ngan suami tercinta. Tu pun cakap nada gurau-gurau je tak serius sebab tau dah, mana nak dapat kenny rogers kat Kuala Lipis ni.. Bukan nya aku duduk JB atau KL macam dulu, teringin je pergi terus, sorang-sorang pun jadi. Tapi sekarang lain dh, jauh nun di sini.. Alhamdullilah jumaat lepas suami bawak pergi KL sebab nak buat kereta dia, dapatlah aku tunaikan mengidam aku terhadap kenny rogers.. makan puas-puas. Puas hati satu hajat dah lepas..
Intan teman ibu mengidam cheessy macaroni kat kenny rogers. Intan ni makin besor makin konpius aku tengok dia duk ikut muka sapa..
Intan pun suka macaroni cheese iadaman ibu, maka ibu kena la kongsi ngan dia.. Habis licin macaroni cheese dalam pinggan dia.
Sekarang ni dalam kepala ingat nak balik Jb je. Nak makan puas-puas. Cepat lah masa berlalu please...
No comments:
Post a Comment