Hari ni nak story pasal nostalgia sikit. Biasalah, bila dah jadi mak orang ni, bila dah sibuk dengan anak dan rumah tangga, teringat pulak zaman anak dara, zaman bujang zaman sekolah. Zaman muka tak da jerawat lagi, zaman berat badan bawah 60kg...haha.. Aku dulu sempat sekolah kat smk taman skudai baru dari form 1 sampai form 3. Gambar masa sekolah banyak dalam album, tapi hardcopy la. Masa tu mana mampu nak ada kamera digital atau hp jadi amik gambar pakai kamera kodak, cuci gambar dan simpan dalam album je.
Yang ada gambar dalam laptop ni cuma gambar masa dah kerja. Kitorang hired sorang photographer untuk buat photshoot kitorang. Masa ni masing masing dah kerja. Agak susah nak kumpulkan semua geng-geng, ramai yang tak dapat join. Kami berempat je dapat join. Mai, Zara, nana, mira dan lain-lain semua ada kotmitmen lain... Sebenarnya, sejak lepas SPM, kitorang ada la buat reunion beberapa kali. Masa tu masing-masing tengah sambung belajar, jadi bila cuti panjang dapat lah buat reunion.. Best sangat. Tapi bila dah mula kerja, semua sibuk, ada tu yang dah duduk jauh dari JB. Lepas tu bila masing-masing dah kawin, laaaaaaaaaaaaaagi laa tak jumpa... Payah sangat. Last dapat jumpa reramai masa birthday anak zara. Tu pun kojap je eh, ada anak ko ingat boleh lepak lama2?
Out photoshoot dulu. Berbaloi sangat buat photoshoot ni pasal selepas je sesi photoshoot ni, memang dah payah gila jumpa. Aku pindah Kl kerja, John pun sama pindah pasal tukar kerja kat bangi.
Kami plan lama untuk photoshoot ni, siap tema lagi.. Hitam putih gitu. Happy sangat masa ni. Teringat dulu dalam kelas pun happy happy macam tu.. Cikgu sibuk mengajar kat depan, kitorang pulak sibuk bercorak pasal cerita fong sai yuk, drama episod malam sebelum tu.. Sampai aku pernah kena cubit kat depan kelas dengan cikgu.. malu gilaaaaaaaaaaaaaa kot. Cikgu cakap mulut aku macam bontot ayam kat belakang duk sembang time dia mengajar... Cikgu tu masa tu cikgu ganti je, dia tak tau aku ni best student dalam kelas tu walaupun mulut banyak...hahaaaa....
Masa sekolah, kitorang sangat eksited dalam menghias kelas. Selalu memang kelas terbersih dan tercantik mingguan. Sampai kelas lain jeles..huhu. Geng-geng kami ni lah yang rajin datang kelas hari sabtu untuk hias kelas. Lagi lagi kalau ada bulan kemerdekaan, lagi la meriah kelas kau hias.. Excited habis.
Ingat lagi, dulu hari jumaat biasanya balik sekolah kitorang ramai-rami pergi makan mcdonal kat plaza tasek... hehe. Tapi kena planning awal la, sebab nak kene kumpul duit belanja sekolah dulu untuk beberapa hari, baru ade bajet nak makan mcdonal..budak sekolah katakan...
Nostalgia.... Rindu zaman-zaman tu. Sekarang nak berjumpa time raya pun susah. Aku kat jb, orang ni pulak tak da, raya rumah mertua, luar johor. Cam tu la... Nasib baik ada fb, dapat juga tengok perkembangan semasa masing-masing. Ain dah jadi novelis, kakcik jadi programmer kat company lama yang aku kerja, gila bizi dia, John masih di KL, dah ada anak satu macam aku juga..
friendship yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. walaupun kita tak boleh putar balik masa untuk kembali ke zaman remaja riang ria ni, tapi kita still boleh ingat balik semua kenangan manis bersama mereka... Friendship never end... =)
No comments:
Post a Comment